Saham Felda Global Ventures terkini

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Penyenaraian saham FGVH adalah penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Sebagai seorang yang sudah lama melibatkan diri dengan dunia saham BSKL penyenaraian FGVH sangat ditunggu oleh para pelabur runcit. Alhamdulillah aku sebagai pelabur runcit bumiputera dapatlah sikit saham FGVH.

Felda Global Ventures Holding

Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.

Ada suara-suara yang menentang penyenaraian FGVH kerana takut jadi seperti MAS yang tak habis-habis ditimpa masalah. Bagi aku MAS dan FGVH dalam sektor yang sangat berbeza. MAS dalam sektor penerbangan yang sangat terkesan dengan masalah ekonomi dunia dan peningkatan harga bahan bakar. Suka tak suka pihak pembangkang mesti menentang penyenaraian FGVH sebagai modal politik tak kan pulak pembangkang setuju dengan apa yang Kerajaan buat walaupun ianya baik. Hijrah ekonomi bumiputera memang susah pasti ada halangan, ya lah nak berubah daripada kebiasaan Felda sejak berpuluh tahun dahulu nak menjadi GLC besar dunia pasti ada yang tak setuju. Ada pihak yang takut peneroka akan rugi dengan meminjam bank untuk membeli saham Felda maka sekarang sudah terjawab. Untuk maklumat pihak tersebut majoriti pelabur bumiputera juga pinjam duit dari bank dan broker saham untuk membeli saham FGVH.

Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.

Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.

Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)

---

  1. Wa.Baguslah nak belajar ilmu pasal saham ni.Diam2 ilmu disimpan ni.Kena buat entri khas ni.
    Entri terbaru Ahmad Tarmizi – Pendedahan Terkini Handphone Menjadi Sumber PendapatanMy Profile

  2. hehe.. ramai yang tak tahu pasal saham ni.. mungkin DH boleh buat entry cerita lebih lanjut mengenai saham..
    Entri terbaru CMRatu – Gambar terbaru Damia MaisarahMy Profile

  3. sampai sekarang masih belum mengerti tentang saham dan cara mengikutinya….
    Entri terbaru Dadan – 10 Bunga Hidup BahagiaMy Profile

  4. Saya fikir saham dalam bidang perladangan memang demikian grafiknya, pada saat ada kenaikan harga minyak mentah dunia maka harga komuditi akan beranjak ikut naik mengimbangi.
    Entri terbaru Mas Gie – Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012My Profile

  5. regina rdn says:

    kenaikkan yg bagus juga

  6. Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46
    Entri terbaru Portal Kesehatan – Penyakit Jantung RematikMy Profile

  7. Terima kasih atas perkongsian mengenai saham ini
    Entri terbaru Portal Kesehatan – Penyakit Jantung RematikMy Profile

  8. dari apa yg saya baca, ramai yg tak setuju dgn penyenaraian fgv ni bukan sbb kena buat pinjaman tu je.. tp tak pandai saya nak menerangkannya..sbb saya mmg tak arif bab saham. tp apa yg saya tahu. penyenaraian ni akan merugikan warga felda. walau pun akan berjaya. tapi ada kemungkinan besar yg pegangan pelaburan yg majoriti tu bukan org felda..kalau tak silap saya itu yg tak dipersetujui oleh org… maaf kalau silap. tp saya mmg tak berapa nak arif bab ni.. cuma menyampaikan apa yg saya baca…

  9. bagi yang ngerti investasi dan punya banyak duit pasti beli..
    Entri terbaru herbalife – Agen Herbalife YogyakartaMy Profile

  10. Saham wih selalu tertarik dengar kata ini
    Entri terbaru smp3lembang – Hasil Akhir Semifinal Piala Eropa 2012 Italia Vs JermanMy Profile

  11. Ternyata Penyenaraian saham FGVH ini adalah masuk dalam yang terbesar di ASIA
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Nyeri DadaMy Profile

  12. Terima kasih atas berbagi pengetahuan dan juga informasinya ini sahabat
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Nyeri DadaMy Profile

  13. aku sokong part mas ngan felda sektor yg berbeza..
    Yang penting dah untung jgn lupa zakat.. hidup utk memberi..

  14. aku tak paham ape2 pasal saham T_T
    Entri terbaru g4m3m4l4y4 – O2Jam Dalam Peranti Mudah AlihMy Profile

  15. Bertindak sekarang untuk masa depan,
    Peluang yang ada jgn persiakan,
    Baru semalam saham diurusniagakan,
    Sudah meningkat ke paras yang dibanggakan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

Artikel pilihan...close