Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.
Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.
Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.
Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)
185 Comments
Saham dilabur demi masa depan,
Ditambah dengan pendapatan gaji,
Saham akhirat perlu juga dicarikan,
Untuk dihitung di akhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
salam..
syukur..alhamdulillah
ada juga dapat hari tu
sedikit sebanyak 🙂
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Tanggungjawab Bapa Menunaikan Hak Anak
sungguh beruntung sy ank felda… tumpang bahgai untuk ma dan abah..
Curahan rasa lin azlina @ ..Hadiah dah sampai
menarik..xtau sgt psl shm2 nie..
Curahan rasa syu90 @ ..Samsung Galaxy Mini 2 yang Cute !
langsung tk pernah terlibat dengan saham , tp ok baca dan tambah ilmu disini
Curahan rasa puanbee @ ..Blogger Di Event Mr Bean
abah kepada abang ipar seorang peneroka..setiap tahun dia hantar anak dia tunaikan umrah
dia terima apa sahaja yang diberi kepada peneroka..katanya apa yang dapat itulah rezeki Allah
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Syoknya Tidur
terbaik lah Felda
Curahan rasa Juan @ ..Google Adsense Earnings – June 2012
jika kita tgk usaha kerajaan sekarang utk meningkatkan hasil perahan minyak sawit boleh dipuji..
pendekatan dan kawalan ketat disetiap kilang oleh pegawai ‘tunas’ dapat melakukan perahan 21-23%..perbezaan 4 percent ni byk membantu peneroka dan pekebun kecil dgn peningkatan 500 pendptan mengikut harga semasa..
mmg berbaloi2 pelaburan ni.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Giveaway JebengOtai Pertama
Hebat, saya memang tak tahu langsung ilmu saham. Dan memang tidak berani untuk melaburkan duit dalam saham ni, sebab tak cukup ilmu. Kalau dah cukup insyallah.
wah, cerita pasal saham juga? sama mcm blog ariff shah 🙂
Curahan rasa azriMy @ ..Penangan Google Adsense, Mahu Juga Aku Merasa
Alhamdulillah. Seperti dijangkakan. Masa masuk pun sesuai. Itupun dagangan ketika ekonomi suram. Kalau sebaliknya, sudah tentu tutup dengan nilai luar biasa.
p/s: Sama2 kita terima manfaat sebagai pelabur runcit. Saham komiditi lah antara jaminan terbaik masa panjang.
Curahan rasa irsah @ ..OMG MS Office 2010 Full dan Lite Product Key Download Percuma
eek.. macam ucapan tan sri isa samad kat astro awani petang td jer,.. siap ada pembangkang kata… kurang arif tentang saham sbb cuma ada asb jer, sebab saham sure selamat…
Curahan rasa aimaniman @ ..Histeria : Hantu Maria mengganas
Terbaik dari Felda.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Spain mara ke Final setelah menang menerusi sepakan Penalti 4-2
huk3..nak beli saham ni tapi modal blom cukup…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pengalaman di Tune Hotel Downtown Pulau Pinang
Buat loan je bro banyal bank n syarikat broker nak bagi sebab syarikat kerajaan.
aku ada minat juga nak beli saham2 perladangan cuma belum tahu lagi selok beloknya,
Curahan rasa onlajer @ ..Cabaran hidup berumah tangga seperti menggenggam bara api
Comments are closed.