Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.
Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.
Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.
Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)
185 Comments
Assalamualaikum… mungkin ini adalah permualaan yang baik… harap semuanya akan berjalan dengan lancar… penyenaraian FGVB merupakan satu langkah yang sangat baik untuk ekonomi para peneroka Felda bukan saja pada masa sekarang tapi untuk generasi pada masa akan datang juga… kebanyakan keluarga aku terdiri daripada peneroka felda…
Curahan rasa Ikmal @ ..Semua Lelaki Nak Yang Cantik, Yang Tak Cantik Mana Nak Letak ?
tapi aku bukanlah peneroka Felda …hahha…
Curahan rasa Ikmal @ ..Semua Lelaki Nak Yang Cantik, Yang Tak Cantik Mana Nak Letak ?
Asssalam, aku tak tahu kenapalah pihak pembangkang nie asyik nak menentang saja… cubalah sokong sikit demi kebaikan semua… Biar kita jadi pembangkang yang dihormati bukannya yang dibenci…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Keputusan Malaysia Vs Taiwan 28 Jun 2012 | Kelayakan Piala Asia (AFC) B22 2013
Di Malaysia pembangkang memang macam tu kena terima. Kebaikannya kerajaan akan lebih berhati2 dlm pentadbiran jadi bagus pembangkang sekarang dikekalkan sebagai pembangkang yang kuat utk PRU13.
wah… jadi pelabur… hebat2 😉
erm, suami sy pun baru juga berjinak2 dlm pelaburan hartanah di bank, baru2 ni dah dpt sedikit pulangan 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Si Peramah di bulan Mei ’12
Orang cina dah lama terlibat dlm pelaburan saham dan property tapi kita belum terlambat.
Banyak belajar tampah ilmu,
Sentiasa ke depan bila peluang bertemu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
DH memang seorang yg bijak,
Apa peluang terus bertindak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Yang kaya bertambah kaya,
Yang untung semakin beruntung.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Saham perladangaan memang banyak untung,
Apa salahnya keluar modal sedikit dpt lebih untung.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
FGVH saham perladangan,
Ada modal boleh dpt keuntungan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
memang betul zakat sangat penting untuk pembangunan ummah, rezeki yang kita dapat bukannya untuk kita sahaja, kekadang ianya singgah kejap aja
Curahan rasa sharinginfoz @ ..Jemputan Majlis Hari Jadi dalam Botol
Kalau betul caranya insyaallah boleh untung…
Curahan rasa myvitrd @ ..Bercuti Di Cameron Highlands | Green View Garden – Part 2
Plan balik ni mcm nak melabur di FGB tapi tak sure
lagi.. Tgh tunggu green light dari sahabat…
Curahan rasa nurmisnan @ ..CTRL + ALT + DEL
Sekarang ni harga tengah bagus kalau nak beli.
Menyesal tak beli dulu. Adui kalau tak dapat juga dividen
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Comelnya awek yg promote tu…manis jer muka
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Danger Pengguna illegal Drug Yang Membunuh Kita Semakin Berleluasa
wahhhh masyukkkk… tahniah kepada semua pemegang saham…mak cik tengok dan senyum dari jauh jer lah yer…
Curahan rasa sweetkurma @ ..desperate housewife – gelombang cinta
rezeki Allah bagi mesti kena pulangkan balik kepada yang hak. boleh guna sikit utk buat hadiah contest ni heee.
Curahan rasa denaihati @ ..Income Blog untuk apa
Semua yang tak beli semua senyum dari jauh. Gigit jari. Hope ada rezeki nak dapatkan Shares ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
agak tinggi jugak harga ditutup yer.
Curahan rasa Jyundoo @ ..Selamat Pengantin Baru buat rakan-rakan
Harap terus meninggi, baru lah untung
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Comments are closed.