Sahabat adalah teman kepada kejayaan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah ALLAH pertemukan aku dengan ramai insan-insan yang berjaya. Melihat kejayaan seseorang adalah motivasi kehidupan tetapi lebih penting menyelami perjalanan sebuah kejayaan seseorang kerana sudah pasti banyak onak dan duri. Kejayaan tidak datang bergolek pasti penuh dengan ujian dan kegagalan yang perlu di tempohi. Itulah yang kita perlu belajar apabila bercita-cita nak menjadi insan berjaya. Mencemburi kejayaan seseorang untuk dicontohi adalah baik tetapi mengata nista itu buruk perangai.

Bersama Datuk Husam CEO Karangkraf
Bersama Datuk Husam CEO Karangkraf
Bersama Ustaz Halim, Mudir Pondok Pasir Tumboh Kelantan
Bersama Ustaz Halim, Mudir Pondok Pasir Tumboh Kelantan

Insan-insan hebat berjaya kerana mereka kerja kuat, kerja bersungguh-sungguh, berdisplin, sanggup korban masa, korban tenaga, meninggalkan keluarga bila perlu, tidak pernah putus asa walaupun melalui berbagai kegagalan, tidak pernah mengalah, sentiasa positif, berjiwa kental, tidak berhenti belajar. Dan banyak lagi, terlalu banyak catatan positif kalau nak ditulis tidak cukup satu entri yang ada pada diri insan-insan yang berjaya.

Bersama Datuk Dr Azizan Osman pakar motivasi Malaysia
Bersama Datuk Dr Azizan Osman pakar motivasi Malaysia
Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber
Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber

Itu semua memang hebat tapi lebih hebat lagi walaupun sudah berjaya insan-insan ini masih lagi bekerja kuat untuk manafaat seluruh alam. Mereka menjadi seperti lampu bukan hanya menerangi diri sendiri tetapi menerangi insan lain untuk membina kejayaan bersama. Itu bezanya mereka yg berjaya berbanding orang lain yg sentiasa memberi alasan pada diri sendiri utk melapik kegagalan demi kegagalan hidup.

Bersama Ustaz Azhar Idrus
Bersama Ustaz Azhar Idrus
bersama aqif azizan
Bersama saudara Aqif Azizan sifu bisnis online

Nak berjaya menjadi blogger hebat berkawanlah dengan blogger yang sudah berjaya. Nak menjadi usahawan yang berjaya berkawanlah dengan usahawan yang sudah berjaya. Nak menjadi penulis buku yang berjaya berkawanlah dengan penulis buku yang sudah berjaya. Nak menjadi jutawan hartanah berkawanlah dengan insan yang sudah menjadi jutawan hartanah. Kawan disekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.

Datuk Roslan Hamid
Selfie bersama Datuk Roslan Hamid di Big Bad Wolf 2013

Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)


Spread the love

93 Comments

  1. Nak berjaya tak boleh berkawan dengan orang yg cepat putus asa, malas dan banyak alasan.. Memang kene cari orang yg lebih berjaya sebagai landmark utk kita follow.. Cari org yg negatif memanjang, habis lah..

  2. Assalamualaikum . Wr.Wb. Ijinkan saya bersilaturahmi ke website denaihati.com, artikel sahabat adalah teman kepada kejayaan itu sangat bagus, Semoga dengan silaturahmi ini membawa berkah, terima kasih, sukses selalu.

  3. Saya sangat setuju dengan artikel “sahabat adalah teman kepada kejayaan”, semoga jalinan persahabatan akan selalu terjalin selamanya, salam silaturahmi, semoga kita sukses, terima kasih.

  4. Ye. saya setuju dengan ungkapan ini. Apabila kita nak kena seseorang itu, kita perlu tahu dengan siapa dia berkawan.

    Dalam dunia teknologi baru sekarang ni, kita boleh lihat dengan circle of friends dalam profil sosial media. Ini kerana status rakan akan memberikan kesan secara tak langsung kepada individu tersebut.

    Kalau hebat kawan-kawan kita, maka hebatlah diri kita. Kalau hampaslah rakan-rakan kita, makan kita juga turut jadi hampas.
    Curahan rasa Kambing BBQ @ ..Keunikan Tempat Pemanggang KambingBBQ kamiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!