Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.
Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.
Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya ayat 35
Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.
Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.
No related posts.
101 Comments
Asam garam dalam berniaga. Bila sebeut berniaga memang kena bersedia dengan perkara macam ni. Cuma lagkah selamat kena lebih berhati-hati lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
sabar lah ketika kita sedang terkena cobaan
apk terunik dan terbaik untuk android http://androoz.com/
Curahan rasa adesutisna @ ..Download Apk Game Pororo Penguin Run Terbaru
Itu ajelah yang mampu dibuat jika kena tipu sebanyak itu. 800K bukan sikit kan. Tapi banyak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
hanya yang cekal dan kuat shj boleh bertahan dengan risiko rugi dan kena tipu dlm bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
Yea. Bila berniaga, kena bersedia denagn semua perkara macam tu. Kena tangok baik-baik rakan niaga kita. Kenal hati budi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
berniaga apapun memang ada risikonya.. nak jadi peniaga kenalah betul niatnya..kalau kita menipu dalam perniagaan memang tak halal lah rezeki kita dapat dan lama kelamaan bisnes kita buat akan bungkus..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Huawei Honor 7 Recorded 9 Million Pre-order
rugi dan kena tipu dlm bisnes sebenarnya memberi pengajaran yg berguna
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
Betul tu. Jika berniaga dengan cara yang salah. Tak lama bertahan. lama-lama akan bungkus juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
saya masih mencari keberanian tuk berniaga tu..pernah gagal juga dalam bidang perniagaan..kalaulah rugi hingga mencecah ratusan ribu ringgit tu tak tahu la saya nak cakap..tak pernah lagi pegang duit banyak² ni..
Curahan rasa Sharafie @ ..Lokasi Celcom Wifi Hotspot Seluruh Malaysia
Berniaga besar untung dan rugi pun besar juga. Kena bersedia untuk meghadapi risiko yang bakal tiba.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
memang berniaga bukan hal yang mudah mesti belajar azas-azasnya dari yang ahli
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Betul tu, Belajar dari yang pakar insyallah selamat dan ok bisnes yang diuasahakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Newbie kena berhati-hati, kerana lebih banyak penipu dalam perniagaan di Malaysia ini.
Curahan rasa Sanz @ ..Why Mobile Friendly Websites are The Real Deal in 2015
yg baru start bisnes kena banyak bersabar dan sentiasa hati hati. takut ada yg ambil kesempatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
Kena berhati-hati. bukan semua orang menipu. Cuma kena pandai cara kawan niaga yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Baru-baru ni ada kawan ditipu ketika berniaga, kesian sangat pada dia. Alhamdulillah, dia tabah dan bangkit semula!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) di Malaysia
Comments are closed.