Rugi dan kena tipu berniaga

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.

buat-duit-dengan-blog

Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia jana income rumah sewa!

Rahsia Jana Income dgn Menulis!

Cara elak diserbu LHDN![/box]

Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.

make money online dengan facebook

Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya‬ ayat 35

Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.

Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.


Spread the love

101 Comments

  1. Meniaga memang seronok apabila dapat untung. Tapi yang sedihnya bila ada kawan yang mula nak meniaga dan pinjam duit dari kawan2 yang lain termasuk aku. (dia pinjam RM1000). Lagi dahsyat dia pinjam dengan member2 sampai puluh2 ribu. sampai hari ni tak bayar2..dah ingatkan suruh bayar sikit2 tapi xmau..kadangkala orang2 jenis camni la yg menyebabkan nape ramai peniaga2 lingkup..pinjam pandai, bayar tak mau…haish..

  2. Salam. Saya pun pernah juga kena tipu beberapa ratus ringgit masa disekolah menengah dulu (lepas tu pun ada lagi kena tipu). Tapi sebab saya suka niaga, saya teruskan usaha saya. Sekarang saya dah mula berniaga lebih serius dgn company sendiri. Baru mula beberapa minggu. Harapnya berjalan lancar lepas ni.

  3. Alhamdulillah tak pernah lagi kena tipu. Saya akan siasat dalam dalam dulu sampai puas hati sebelum nak join bisnes. Paling cuak kalau bisnes yang sehari dapat ribu riban. Huuu, takot! Orang kate kalau cepat sangat kayanye, maka cepat jugak kayapnye!

    Mohon kita semua dijauhkan!
    Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak Ramping Dengan Air Coklat?My Profile

  4. Pengalaman kena tipu tu pernah kami alami. Masa tu, ada kawan yang makcik nya menyertai prorgam ‘franchise’ untuk buka kedai mesin basuh. Sebelum menerima mandat untuk membuka ‘franchise’ tersebut, perlu menyertai beberapa slot seminar untuk penerangan. Tapi berbayar dalam RM300 ++.

    Program yang menarik & slot seminar tersebut sudah berjalan beberapa kali. Gambar peserta juga sudah didokumentasi menjadikannya kita lebih percaya untuk terlibat sama. Perjumpaan dengan orang yang uruskan program tersebut & pembayaran untuk slot seminar sudah diberi.

    Tapi beberapa minggu kemudian, bila di telefon pengurus tersebut tidak di angkat nya. Banyak kali juga ‘call’. Tak juga angkat. Bila kita rujuk kepada makcik kepada kawan saya tu, dia pun terkena sama.

  5. Pernah juga kena tipu.kerja dah siap tapi payment nya tak siap-siap sampai sekarang. Bukan sikit tu RM17,000 tu..
    Satu lagi pernah dapatkan produk yang nak jual online tapi orang boleh dapatkan dengan mudah kekedai macam Farmasi tu…

    Ini sebahagian asam garam dan sepak terajang yang mematangkan kita menjadi peniaga yang sejati..cewahhh..
    Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..9 Fakta Menarik Berkenaan Online Game!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!