Rogol, dera, bunuh, maksiat, bunuh diri sudah menjadi budaya umat Islam, Malaysia

Spread the love

Berikut antara tajuk berita yang aku petik dari beberapa berita online. Baca tajuk berita sahaja sudah mendatangkan bimbang di hati, apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama umat Islam. Keruntuhan istitusi kekeluargaan dan akhlak di kalangan umat Islam di Malaysia semakin parah.

1. Sembilan mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan

2. Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran

3. Konstabel mengaku tidak bersalah tembak bakal isteri

4. Hilang ikut lelaki baru dikenali

5. Masyarakat tak kisah maksiat

6. Bunuh diri kecewa cinta

7. Terjun hotel separuh bogel

8. Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu

9. Pekerja stesen minyak maut minum racun

10.Rasidi mengaku bersalah bunuh 4 ahli keluarganya

Siapakah yang harus dipersalahkan? Budaya kita sekarang amat sudah terpesong daripada ajaran Islam. Apabila berlaku masalah seperti tajuk berita di atas maka majoriti daripada kita meletakan kesalahan kepada orang lain dengan menuding 1 jari kepada orang lain tanpa menyedari 4 jari lagi menuding kepada diri sendiri. Seandainya setiap ibubapa boleh menjaga dan mendidik anak-anak mereka dengan baik pastilah masalah seteruk ini tidak menjadi parah. Malangnya ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru-guru dan pembantu rumah.

jenayah siber di laman sosial

Amalan Islam yang sebenar adalah melihat kebaikan dan menutup keaiban orang lain dan sentiasa muasabah kelemahan diri sendiri bukan membanggakan kebaikan diri sendiri dan mendedahkan keaiban orang lain. Tanggungjawab ibubapa bukan sekadar mencari rezeki dan kemewahan tetapi yang lebih penting mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh sebagai bekalan diakhirat kelak.

Berapa ramai yang benar-benar risau fikir masalah umat kita yang semakin parah.


Spread the love

44 Comments

  1. pemdedahan awal dan pembelajaran dari peringkat rendah perlu dipupuk dan di ambil berat supaya benda ini semua dapat dielakan

  2. Pingback: kisah benar rogol
  3. jangn dipersalah kan Islam itu sendiri,tetapi siap yg x mengikut Islam itu sendiri.muhasabah diri

  4. Semuanya bermula dari rumah. Didikan dari peringkat awal mempengaruhi anak-anak, selain dari masyarakat yang semakin parah 🙄

    1. @imran, Setuju sangat dengan saudara. Semua tu boleh dielak melalui didikan awal.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  5. Saya tidak bersetuju jika semua yang dinyatakan penulis dikatakan sudah menjadi satu budaya umat Islam. Hanya segelintir kecil sahaja yang terlibat dengan perkara demikian. Media massa telah memberi liputan meluas tentang perkara tersebut, mungkin untuk publisiti dan berita hangat, tetapi perkara demikian boleh dijadikan satu sempadan dan peringatan buat kita.

    Salam buat Denaihati.com dari Macam-2.com
    .-= Jali´s last blog ..Beberapa Perkara Tentang Diri Saya… dan Mungkin Juga Anda =-.

    1. @Jali, Setuju juga dengan Saudara Jali. Biar benda ni jadi satu peringatan untuk kita semua.
      .-= Steward John´s last blog ..Botak itu seksi? =-.

  6. Pegangan agama dlm diri umat islam kian luntur. Mungkin malaysia terikut2 sgt dgn budaya2 luar. Pemikiran juga x sama mcm dulu. Dulu kalo nk buat ssuatu mesti fikir batas2 islam dsb.
    .-= Amir´s last blog ..Keyword popular di Malaysia minggu ini =-.

  7. ini yang menyebabkan saya nak pindah ke negeri Mekkah
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Checkboxes in Explorer =-.

    1. @Frantz-Senpai, Sampai berpindah ke Tanah Mekah kamu Frantz? Amboi.. hehehe. Malaysia masih juga selamat.. tak perlu khuatir.
      .-= Steward John´s last blog ..Botak itu seksi? =-.

  8. ni yg buat kami takut pulak nak balik Malaysia ni. MOga2 dijauhkan dr perkara2 yg tak elok ni. Banyak golongan tu hanya hidup ikut hawa nafsu. Tapi mungkin ada yg belum terlambat utk kembali ke pangkal jln.

    1. @temp. housewife, Malaysia masih selamat.. cuma certain tempat jak tu.. bukannya semua tempat tak selamat dikunjungi. Mana2 negara pun mengalami masalah macam ni juga.

  9. aku ada highlight kan isu keselamatan di malaysia dalam artikel aku sebelum ini. mmg aku rasa tiada keamanan yg benar2 aman di malaysia ni. menakutkan lagi adalah…
    .-= mohdisa´s last blog ..Tiga Emas Dua Rekod =-.

  10. Pingback: uberVU - social comments
  11. nie ler perangai manusia yg dah terleka dgn dunia..
    .-= qismina´s last blog ..Selagi Bergelar Manusia =-.

  12. entah la..aku pun xtau nk cakap pe lg psl ni..melayu oh melayu, islam oh islam..melayu kan terkenal dgn sifat dengki, sifat baran, cetek akal..macam2

    1. @x-po, terima kasih jadi penGOMEL pertama. Mengikut statistik pendera tertinggi juga orang Melayu, yang paling ramai terkorban di jalanraya juga orang Melayu… mana silapnya!!!

      1. @denaihati, Tak juga boleh disalahkan Melayu.. dah negara ni majoriti Melayu. Kalau dekat Amerika mesti kebanyakkan kes tu oleh mat saleh sebab dah majoriti penduduk Amerika tu mat saleh.
        .-= Steward John´s last blog ..Rumah Kedua? =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!