Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramai yang berminat dengan tajuk bitcoin, sebelum ini Abang ada menulis tajuk “bitcoin satu skim penipuan yang ramai terperangkap“. Kali ini Abang nak berkongi risiko membeli tanah lot rumah geran kongsi. Semuga ianya memberi manafaat dan tidak terperangkap dalam masalah yang berpanjangan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Beberapa hari lepas Abang dapat tawaran daripada sahabat lama untuk beli tanah lot rumah. Selepas Abang buat penilaian, harga yang ditawar memang lebih murah berbanding dari nilai semasa. Status tanah tidak ditukar masih kekal status pertanian. Geran tanah tidak dipecah, semua pembeli seramai 40 nama akan berkongsi satu geran iaitu dimasuk nama dalam geran yang sama. Pembelian mesti secara tunai sebab tidak layak untuk buat pinjaman bank.
Sekali dengar memang menarik sebab harga tanah yang dijual murah dengan kemudahan infrastruktur asas yang disediakan seperti jalan dan parit tapi bila diselidik rupanya banyak masalah dikemudian hari apabila membeli tahah lot rumah tanpa geran individu.
Untuk menambah ilmu, Abang buat status di Facebook, mungkin ada kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman boleh berkongsi kisah. Berikut antara beberapa perkongsian daripada sahabat-sahabat.
- Azfar Roslan : Tak ok ada risiko dan proses agak rumit.
- Yusni Yusop : Tak digalakkan proses agak rumit.
- A Wa Ng : Jangan beli menyesal nanti.
- Roslan Hamid : Pengalaman peribadi saya, safe not to proceed. Proses pecah lot memakan masa yang lama sehingga tuan tanah meninggal dunia, lepas tu ada waris yang tak setuju dengan pembahagian lot-lot tersebut. Sampai sekarang tak settle dan person in charge pun dah give up. Duit sangkut dan saya anggap aje investment yang tak menjadi.
- Zainah Kassim : Beli boleh tapi mau bertahun juga tunggu kelulusan serah balik kurnia semula, pecah tanah dan tukar status dari pertanian ke rumah kediaman, tuan tanah need cash untuk kos urusan tu semua. tu yang makin panjang urusannya, memang waris boleh urus tapi jika ramai waris macam-macam pulak nanti kerenah. Better cari yang dah lulus Tn Hj.
- Nizam A. Rashid : 40 nama? Abaikan je la.
- Mohammad Rusdi Carlos : Status tanah tak kisah tapi 40 nama nanti jadi isu bila nak jual balik atau nak buat wasiat.
- Ir Ahsan : Beli tanah yang dah ada geran individu. Mahal sikit tak per. Tak sakit kepala kemudian hari.
- Meor Zaidee (Abang Ensem) : Kalau gua, gua tak beli. Itu je gua nak gitaw.
- Fareed Sunder Abdullah : Jangan beli, geran kongsi, 40 orang. Susah bila nak jual, kecuali dipecahkan pada lot-lot kecil, jadikan geran individu.
Majoriti kawan-kawan tidak mengalakkan Abang membeli tanah lot rumah yang ditawarkan walaupun harganya murah.
Berdasarkan perkongsian kawan-kawan antara risiko membeli tanah lot rumah adalah
- Tidak boleh buat pinjaman bank jadi perlukan duit tunai untuk membeli tanah dan membina rumah.
- Tiada geran individu kerana terpaksa berkongsi geran bersama semua pembeli.
- Proses untuk tukar nama tanah kepada geran individu sangat rumit dan memerlukan masa yang sangat lama.
- Seandainya pembeli meninggal dunia proses untuk serah kepada waris sangat rumit.
- Kos pengurusan tukar nama dan tukar status tanah sangat tinggi tidak berbaloi dengan harga jualan tanah yang murah.
Kalau kawan-kawan pembaca ada pengalaman membeli tanah lot rumah tidak pecah geran sila kongsikan kisah untuk panduan kepada bakal pembeli tanah jenis begini.
Sekarang memang banyak syarikat yang menjual tanah lot rumah tanpa geran individu dengan harga yang murah. Fokus syarikat-syarikat ini di kawasan bandar yang berpotensi untuk meningkat maju.
Kalau benar dikemudian hari banyak risiko terutama apabila si pembeli meninggal dunia, mengapa syarikat-syarikat ini terus beroperasi dengan konsep jualan tanah lot begini. Mungkinkah syarikat-syarikat ini hanya fikir nak buat duit senang tanpa memikirkan masalah yang bakal ditanggung oleh pembeli?
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
54 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like it thanks
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Setuju sangat..Jangan nak murah sekarang susah di belakang hari..
Kalau murah, ada kekurangan yang tersembunyi, contohnya kena masukkan infra air dan letrik denan kos yan tinggi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji Rendah Mampu Beli Rumah
Kalau taknak ambil risiko jangan beli yang takda geran. Hahaha
Curahan rasa semakkini @ ..Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Kalau tak ada geran, macam mana nak jual tanah tersebut? Kena ada geran juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
di kelantan byk jual tanah lot. geran ada yg smpi 5 tahun baru dapat.” kata broker” bila pertikai..broker suka bodohkan buyer sbb tak percaya ke dia. broker dlm kepala rm je. ramai jgk org beli walau geran dpt lepas 5 tahun..” kata broker lah
Apabila urusan jual beli yang melibatkan geran, tanpa adanya geran ia akan rumit hatta motor dan kereta sekalipun (walaupun tak serumit isu geran tanah). Kena fikir panjang, urusan pecah lot yang sangat lama satu hal, tiba-tiba meninggal dan waris pula buat hal (kepala lain-lain) ini lagi merumitkan keadaan proses status seterusnya tanah tersebut.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer 100 Peratus Asli Dan Halal
Bila pecah lot, ia akan melibatkan kos yang tinggi, penama dalam geran kena bagi kerjasama untuk keluarkan kos bersama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
tobatla aku x beli tanah yang xde geran mcmni..nanti susah anak anak kan
Curahan rasa ubat tahan lama paling berkesan @ ..dyxy foundation malaysia
sekarang mmg nampak mudah dan murah tapi anak anak akan berdepan masalah di masa akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tukar Password Unifi
Kalau masa ibu dan ayah belum selesai, zaman anak anak dikhuatiri mereka tak ambil kisah dengan tanah yang ditinggalkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
Orang kampung memang sanggup beli tanah lot yang takdak geran individu ni sebab murah. Tapi risiko tu lah pada masa depan. Saya pun ada pengalaman ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Bacaan Doa Akhir Awal Tahun dan Sambutan Maal Hijrah 1439H
lebih baik keluarkan duit lebih sikit dari pening kepala di masa akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menu Best di Hayaki Cafe
Nak uruskan nama pewaris jadi makin sukar sebab komitmen kerja di bandar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Hari ini ada orang jual rumah banglo RM50,000 asalkan dibina atas tanah sendiri, siap bagi komisyen RM17,000, baki RM33,000 lagi nak buat rumah pun tak cukup.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Mudah Failkan Cukai E-Filing
Wah…ne ilmu ne..nk beli tanah bukan sikit2 modal…tq atas perkongsian bmanfaat
Curahan rasa Imah @ ..Miss V Berbau : Atasinya dengan Flushy Panties
Kurang kurang kena ada RM50 ribu untuk beli tanah, itu belum masuk upah nak ratakan tanah lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Salahkan Orang Lain Lagi Senang
perlu banyak belajar sebelum memutuskan untuk pelaburan hartanah di bidang ini jadi ingat abangensem
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
betul. beli tanah ni bukan benda main main. makan duit beribu ribu. kalau tak susah di masa akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tukar Password Unifi
pernah juga mendengar masalah kawan-kawan yang membeli tanah tnapa geran individu bermasalah
Curahan rasa aRzMoHa @ ..Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar
Kalau geran kongsi, tiba tiba ada yang meninggal dunia, kena tunggu waris jadi dewasa baru boleh pindah nama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
Comments are closed.