Risiko membeli tanah lot rumah tanpa geran individu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramai yang berminat dengan tajuk bitcoin, sebelum ini Abang ada menulis tajuk “bitcoin satu skim penipuan yang ramai terperangkap“. Kali ini Abang nak berkongi risiko membeli tanah lot rumah geran kongsi. Semuga ianya memberi manafaat dan tidak terperangkap dalam masalah yang berpanjangan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas Abang dapat tawaran daripada sahabat lama untuk beli tanah lot rumah. Selepas Abang buat penilaian, harga yang ditawar memang lebih murah berbanding dari nilai semasa. Status tanah tidak ditukar masih kekal status pertanian. Geran tanah tidak dipecah, semua pembeli seramai 40 nama akan berkongsi satu geran iaitu dimasuk nama dalam geran yang sama. Pembelian mesti secara tunai sebab tidak layak untuk buat pinjaman bank.

Sekali dengar memang menarik sebab harga tanah yang dijual murah dengan kemudahan infrastruktur asas yang disediakan seperti jalan dan parit tapi bila diselidik rupanya banyak masalah dikemudian hari apabila membeli tahah lot rumah tanpa geran individu.

Untuk menambah ilmu, Abang buat status di Facebook, mungkin ada kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman boleh berkongsi kisah. Berikut antara beberapa perkongsian daripada sahabat-sahabat.

  1. Azfar Roslan : Tak ok ada risiko dan proses agak rumit.
  2. Yusni Yusop : Tak digalakkan proses agak rumit.
  3. A Wa Ng : Jangan beli menyesal nanti.
  4. Roslan Hamid : Pengalaman peribadi saya, safe not to proceed. Proses pecah lot memakan masa yang lama sehingga tuan tanah meninggal dunia, lepas tu ada waris yang tak setuju dengan pembahagian lot-lot tersebut. Sampai sekarang tak settle dan person in charge pun dah give up. Duit sangkut dan saya anggap aje investment yang tak menjadi.
  5. Zainah Kassim : Beli boleh tapi mau bertahun juga tunggu kelulusan serah balik kurnia semula, pecah tanah dan tukar status dari pertanian ke rumah kediaman, tuan tanah need cash untuk kos urusan tu semua. tu yang makin panjang urusannya, memang waris boleh urus tapi jika ramai waris macam-macam pulak nanti kerenah. Better cari yang dah lulus Tn Hj.
  6. Nizam A. Rashid : 40 nama? Abaikan je la.
  7. Mohammad Rusdi Carlos : Status tanah tak kisah tapi 40 nama nanti jadi isu bila nak jual balik atau nak buat wasiat.
  8. Ir Ahsan : Beli tanah yang dah ada geran individu. Mahal sikit tak per. Tak sakit kepala kemudian hari.
  9. Meor Zaidee (Abang Ensem) : Kalau gua, gua tak beli. Itu je gua nak gitaw.
  10. Fareed Sunder Abdullah : Jangan beli, geran kongsi, 40 orang. Susah bila nak jual, kecuali dipecahkan pada lot-lot kecil, jadikan geran individu.

Majoriti kawan-kawan tidak mengalakkan Abang membeli tanah lot rumah yang ditawarkan  walaupun harganya murah.

Berdasarkan perkongsian kawan-kawan antara risiko membeli tanah lot rumah adalah

  1. Tidak boleh buat pinjaman bank jadi perlukan duit tunai untuk membeli tanah dan membina rumah.
  2. Tiada geran individu kerana terpaksa berkongsi geran bersama semua pembeli.
  3. Proses  untuk tukar nama tanah kepada geran individu sangat rumit dan memerlukan masa yang sangat lama.
  4. Seandainya pembeli meninggal dunia proses untuk serah kepada waris sangat rumit.
  5. Kos pengurusan tukar nama dan tukar status tanah sangat tinggi tidak berbaloi dengan harga jualan tanah yang murah.

Kalau kawan-kawan pembaca ada pengalaman membeli tanah lot rumah tidak pecah geran sila kongsikan kisah untuk panduan kepada bakal pembeli tanah jenis begini.

Contoh tanah lot rumah dengan geran individu

Sekarang memang banyak syarikat yang menjual tanah lot rumah tanpa geran individu dengan harga yang murah. Fokus syarikat-syarikat ini di kawasan bandar yang berpotensi untuk meningkat maju.

Kalau benar dikemudian hari banyak risiko terutama apabila si pembeli meninggal dunia, mengapa syarikat-syarikat ini terus beroperasi dengan konsep jualan tanah lot begini. Mungkinkah syarikat-syarikat ini hanya fikir nak buat duit senang tanpa memikirkan masalah yang bakal ditanggung oleh pembeli?

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

54 Comments

      1. di kelantan byk jual tanah lot. geran ada yg smpi 5 tahun baru dapat.” kata broker” bila pertikai..broker suka bodohkan buyer sbb tak percaya ke dia. broker dlm kepala rm je. ramai jgk org beli walau geran dpt lepas 5 tahun..” kata broker lah

  1. Apabila urusan jual beli yang melibatkan geran, tanpa adanya geran ia akan rumit hatta motor dan kereta sekalipun (walaupun tak serumit isu geran tanah). Kena fikir panjang, urusan pecah lot yang sangat lama satu hal, tiba-tiba meninggal dan waris pula buat hal (kepala lain-lain) ini lagi merumitkan keadaan proses status seterusnya tanah tersebut.
    Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer 100 Peratus Asli Dan HalalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!