Review Contest Gadget Impian

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa sungguh fenomena contest Gadget Impian mengalahkan contest-contest yang pernah dianjurkan sebelum ini. Semangat dan kesungguhan peserta untuk merebut Gadget Impian memang sangat jelas lagi nyata. Mungkin kerana inilah satu-satunya contest yang sepertinya yang pernah dianjurkan dalam dunia Blog Nusantara. Tahniah kepad 103 Blogger yang telah layak untuk menyertai contest Gadget Impian.

Contest Gadget Impian dianjurkan bukan hanya sekadar satu lagi contest dari blog Denaihati tetapi contest Gadget Impian telah dirancang sebegini kerana sebab-sebab tertentu yang diharapkan akan memberi impak positif kepada dunia Blog.

1. Misi contest Gadget Impian adalah untuk mengalakkan Blogger memasang button sosial iaitu button ReTweet, FB like dan Google + 1 yang sangat banyak faedah kepada perkembangan sesebuah Blog terutama blog baru. Tidak ramai Blogger yang ambil kisah dengan ketiga-tiga button walaupun jelas sekali kebanyakan blog profesional di Malaysia dan di luar negara menggunakan secara agresif.

2. Membudayakan penggunaan button ReTweet, FB like dan Google + 1. Sebelum ini ramai Rakan Blogger yang mengeloh kerana tidak ramai pelawat yang berminat nak klik button yang disediakan walaupun jelas sekali ketiga-tiga button ini boleh membantu untuk meningkatkan trafik dan penjenamaan sesebuah blog.

3. Contest Gadget Impian dapat menambah network di kalangan peserta dimana kita saling mengenali blogger baru dan lama yang dahulunya kita belum kenal. Bukan sekadar berkenalan tetapi juga dapat berkongsi backlinks antara blog.

4. Menambah ilmu baru selok belok mengurus dan mempromosi blog kepada dunia blog yang tidak ada batasnya. Kekadang kita juga belajar ilmu baru teknik kecurangan blogger hanya kerana untuk mengejar sebuah hadiah.

Hadiah bukanlah segala-galanya apabila kita menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh sesebuah blog. Ada banyak lagi rahsia terselindung disebalik penganjuran sebuah contest yang mesti kita gali sebelum kita menyerah kalah hanya kerana blog kita ketinggalan dalam perlumbaan mengumpul markah. Blog Denaihati telah menjadi saksi kepada banyak blog yang dahulu hanya sebuah blog yang tidak dikenali tetapi setelah menyertai banyak contest blog-blog tersebut sudah menjadi terkenal sehingga ada Blogger yang lebih terkenal dari blognya …. macam hebat tak.

Mungkin rakan Blogger mempunyai pengalaman baik setelah menyertai banyak contest yang boleh dikongsikan bersama untuk tatapan kita semua.


Spread the love

243 Comments

    1. Yer la.. awal contest jer berhabisan berblogwalk sampai nak putus jari.. sekarang macam dah malas nak promot.. tak apa la.. tak kisah menang atau kalah yang penting dapat kawan blogger dan dapat keyakinan minta tolong orang klik butang tu..
      Curahan rasa Steward John @ ..Lagu best dari SabahMy Profile

  1. izin nak manyimak bro,, tank’s banyak.
    awak masih newbie ne dari blogger tetangga..
    mohon bantuan dan dukungannya ya..

  2. Ada mas jengok seketika di blog saya ye, takut2 tak ada yg like, saja nak berhubung antara rakan blogger. Dulu tu memang tak berapa setuju, semenjak DH buat ulasan di entri ini, rasanya setuju pulak, bukan ganjaran menjadi ukuran tp persahabatan lebih utama.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!