Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Februari 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini.
Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami jalan-jalan cari makan dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga.
Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan.
Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam.
Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan.
Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Blogger dan wartawan Hilal Azmi kabarnya pun ada pengalaman teruk makan di restoran Melayu ketika berhoneymoon dengan wife.
Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja.
Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan.
Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Berjaya dengan Bisnis Burger! Klik Sini
Rahsia Bejaya Bisnis CupCake di Rumah! Klik Sini
Rahsia buat Roti Canai & Muratabk yang SEDAP! Klik Sini[/box]
Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. (sekarang dah tutup)
Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah?
170 Comments
nak dibandingkan servis melayu dan mamak, memang tak boleh nak bersaing lagi dari segi servis. kualiti makanan, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan.ada juga kawan aku baru buka restoran ala-ala hipster di Ipoh..alhamdulillah, segala kritikan dan tips untuk memajukan kedai beliau dia dengar dengan baik dan ikut perlahan-lahan, hasilnya sangat memberansangkan, memang tak menang tangan dibuatnya 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
kalau char kuey tiau memang memilih sikit, sebab tak semua boleh buat char kuey tiau yang sedap.kalau tak sedap tu, memang tak boleh pegi langsung.ada juga char kuey tiau yang dikenali sebagai char tau geh…memang aku tak suka makan taugeh, kalau diasingkan, dapat lihat, kuantiti taugehnya lebih 90% daripada kuey tiau yang ada, rasa sangat tertipu
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
memang cara pikir dan visi orang tempatan perlu lagi diperbaiki dalam mengelola sebuah bisnis
Curahan rasa Web Guru @ ..Tips to optimize your adsense ads for higher revenue
kalau nk ikot kan. kedai melayu mempunya layanan yg baik. lagi lagi kita regular customer alhamdulillah selalu dpt diskaun
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
itu belum termasuk pelayan yang masam mukanya masa ambik order.. macamlah kita datang nak makan percuma..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Status halal shoyu
Aku suka dgn kenyataan ini cuma aku tak suka sebutan melayu tu, memajoriti sangat.. aku juga lama dlm bidang ni dan tempat semua aku keje menyajikan layanan sepantas mungkin, layanan pantas kunci utama seiring dgn kelazatan menu itu sendiri.. ok dah 3 tahun aku tinggalkan kerjaya direstoran dan sekarang menjawat jawatan sebagai pemandu lori semenanjung.. pekerjaan aku memerlukan sentiasa memenuhkan perut tidak tetap tempat (terlalu banyak gerai dan restoran aku cuba )jadi aku simpulkan lebih 90% perkhidmatan dan menu yg aku cuba utk restoran org kita tak kira waktu adalah tidak memuaskan dan ianya ‘sangat’..sebagai contoh ada 2 restoran berdekatan, jadi aku bertiga pergi ke restoran org kita, (hanya nk mengeteh she katanya )setelah menunggu, memanggil dan berharap pada pekerja disitu utk mengambil pesanan lebih kurang 2minit tanpa langsung dihiraukan kami..kawan aku memujuk katanya pergi ke restoran pengendali india muslim yg hanya selang beberapa pintu dan kami akur, yg membuatkan aku bertambah sedih, hanya duduk tidak sampai seminit pesanan kami diambil dan kurang dari 10 minit minuman sampai menyusul kemudian makanan..sungguh besar jurangnya.. utk makluman.. kami mengeteh sahaja menghabiskan lebih rm40.. jadi siapa yg rugi? Sudah tentu kami kerana tidak dapat membantu org kita. Sekian
Maaf… lebih 20 minit kami menunggu tanpa dihiraukan… ya landing tidak diehdahkan.
Sy tinggal di alor star dan selalu makan di imam kuetow.. xder isu pon masalah bayaran.. sbb dah biase bayar n sebut makanan yg order.. lgpon menu bukan banyak smpai susah nak ingat.. so.. xsetuju ngan pendapat blogger nie..
kadang2 peniaga melayu ssh nak berubah sbb bila perubahan berlaku spt menggunakan teknology segala bagai melibatkan menambahan kos operasi.. pelanggan akan tanggung kos tersebut dengan kenaikan harga makanan… so.. demi menjaga pelanggan lama.. cara lama lebih sesuai sbb harga minimun dikenakan kepada pelanggan..
Artikel memuji restoran imam bukan mengeji yg dikatakan pasal isu servis tak bagus tu direstoran tempat dibangi.. sekian.. harap jgn skip bila baca.
baca tak habis dah nak kondem pendapat orang.
masalah kau ni.
kena baca abis dulu bro, setakat ni saya makan di Alor Star pun takde masalah, makanan pun murah-murah juga, seronok juga kalau tinggal di sana
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Comfort zone dan zon selesa
Tak sukakan perubahan untuk berhijrah kearah lebih maju
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan Menambah Kesuburan Lelaki & Wanita Cara Islam
boleh jemput dtg ke restoran kami pula restoran munif hijjaz D GREENWOOD DI GOMBAK . MAKAN NASI ARAB CGHEF DR SYRIA DAN TOMYAM KELAPA MUDA
identiti unik tu… mungkin mereka takut nak berubah, takut pelanggan tetap nak benda yang dah biasa 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Jika Tak Lulus Peperiksaan SPM
mungkin juga mereka lebih selesa berada di tempat sekarang..takot amik rezeki kalau berubah..tapi..hmm
Curahan rasa JMR @ ..Jangan bersedih dik.
orang yang peka dapat mengambil pelajaran dari semua kejadian hidup dan menjadi entry yang menarik seperti ini
Curahan rasa Buka Hati @ ..Hukum Menggunakan Sepatu Berhak Tinggi
Terjah Tudia Char Kuey Teow di Putra Height pun sedap juga ni Denaihati…
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
char kuey teow kat pasar malam pun sedap kalau kena dengan gayanya… tak gitu bro sani
Curahan rasa puteraduyong @ ..Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati
Kan… setuju juga. Bukan ja restoran, kedai pun kalau yg menjaganya M layanan so-so ja. Sedihhh..
Curahan rasa Ida @ ..Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung
Tak tau lah kenapa asal M jerk kena ada tabiat gitu kan… nak kena tukar mentaliti aa kalau nak berjaya….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan
Comments are closed.