Renovasi Rumah cara menjimatkan perbelanjaan dan masa

Spread the love

Assalamualaikuma dan salam 1Dunia, tak sangka pulak entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” mendapat maklumbalas yang baik daripada Rakan Blogger terutama yang sudah ada pengalaman renovasi rumah. Bukan mudah sebenarnya nak renovasi rumah seperti tulisan Kak Jie kalau tak bincang betul-betul boleh bermasam muka suami isteri. Renovasi rumah untuk menjadikan rumah impian suatu proses yang panjang dan meletihkan terutama jika masih tinggal dalam rumah yang sama ketika renovasi berlansung.

Seperti yang dikongsikan Rakan Blogger ada dua masalah besar yang biasa berlaku ketika renovasi rumah iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Ada pepatah bahasa Inggeris berbunyi “Fail to plan, plan to fail” dan pepatah ini memang sesuai untuk renovasi rumah. Kalau tak percaya tanyalah mereka yang ada pengalaman renovasi rumah semua masalah adalah disebabkan perancangan yang tidak sempurna.

Aku juga melalui masalah yang sama iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Aku telah memilih kontraktor yang baik dan rekabentuk rumah yang baik dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties. Rupanya itu semua tidak cukup banyak perkara-perkara kecil yang sangat penting perlu dirancang sebelum renovasi rumah.

Aku nak bagi beberapa cadangan yang boleh menjimatkan perbelanjaan dan masa ketika renovasi rumah berdasarkan pengalaman peribadi. Kedua-kedua ini sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi kualiti renovasi dengan tidak menjejas kewangan kita.

1. Mengupah pelukis plan untuk melukis mereka bentuk rumah secara lengkap untuk luaran, dalaman, taman dan pendawaian. Lukisan plan dalaman mesti lengkap untuk semua ruang termasuk ruang tamu, bilik, dapur dan bilik air. Kalau tidak mampu membayar pelukis yang mahal kita boleh dapatkan khidmat pelajar daripada kolej tertentu. Jangan harapkan kontraktor untuk memahami apa yang kita impikan kerana belum tentu mereka boleh menterjemah perkataan kita ke rekabentuk impian kita. Tanpa lukisan plan yang sempurna akan mengakibatkan pembaziran perbelanjaan apabila kita minta kontraktor mengubahsuai dan sudah pasti juga akan membazirkan masa. Perkara ini berlaku pada aku dimana aku terlupa melukis rekabentuk bilik air seperti yang diinginkan yang mengakibatkan kontraktor mengubahsuai beberapa kali.

Membina bagunan hanya sebagaian daripada renovasi rumah.

2. Sangat penting memilih kontraktor yang berkualiti dan faham lukisan plan. Kontraktor yang mahir akan hanya memesan bahan binaan mengikut keperluan yang tidak melebihi daripada keperluan renovasi dan ini akan menjimatkan perbelanjaan. Kontraktor yang mahir juga boleh menyiapkan renovasi rumah mengikut jadual yang ditetapkan dengan jumlah pekerja yang cukup. Salah pilih kontraktor akan menyebabkan renovasi rumah terbengkalai dan terpaksa tukar kontraktor yang lain.

3. Memilih bahan keperluan lebih awal mengikut kualiti dan budget yang ditetapkan seperti jubin ruang tamu, jubin bilik tidur, jubin tangga, jubin bilik air, jubin dapur, jubin dinding, jubin luar, frame tingkap, frame pintu, jenis siling, jenis lampu, jenis paip air, sinki, mangkuk tandas, jenis pintu, jenis tingkap, kabinet dapur, jenis atap, jenis dan warna cat dan sebagainya. Pemilihan lebih awal akan dapat mengawal perbelanjaan dan kualiti setiap bahan. Jangan sampai banyak belanja digunakan untuk membina bagunan tetapi akhirnya kekurangan budget untuk membeli bahan yang sesuai untuk menyempurnakan rumah dan akhirnya rumah impian tidak bertahan lama berbagai masalah akan dihadapi hanya beberapa tahun didiami.

4. Paling penting mesti membuat pengawasan sendiri ketika renovasi sedang berjalan supaya jika ada yang tidak betul boleh dibetulkan segera tanpa perlu meruntuhkan bahagaian yang tidak mengikut spesifikasi dan ini sudah pasti akan menambahkan belanja dan membazirkan masa. Perkara ini biasa berlaku apabila tuan rumah meletakan kepercayaan seratus peratus kepada kontraktor tanpa pnegawasan dan akhirnya perlu keluar belanja yang besar untuk mengubahsuai semula.

Semua yang aku kongsikan adalah dari pengalaman sendiri yang boleh dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang sedang merancang untuk renovasi rumah. Benarlah kata bijak pandai pengalaman adalah guru yang terbaik.


Spread the love

178 Comments

  1. belajar drpd kesilapan lalu..
    tq bro, turut membantu w/pon entah bila nak laksanakannya ni.. 🙂

  2. betul, kena pantau kerja pembinaan (renovasi) tu sbb kalau tuidak, bazir masa dan duit lagi utk betulkan semula seperti yg kita mau…

    alhmdllh suami sy mmg memantau kerja2 renovasi, hampir2 mereka tersilap buat tp berjaya ditegur awal2… 😉

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!