Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tak tahu termasuk aku lah tu yang road tax kenderaan ni boleh renew lebih awal kalau tak silap 60 hari sebelum tarikh luput. Biasanya hari-hari terakhir tu lah tergesa-gesa bertindak renew road tax samada buat sendiri atau minta bantuan agen atau minta bantuan bank yang kita buat pinjaman pembelian kenderaan. Aku biasanya memang minta bantuan bank saja nak bagi diaorang susah sebab dah makan banyak intrest dari pinjaman 7 tahun tu.
Sebenarnya kita je yang menyusahkan diri. Road tax kenderaan boleh diperbaharui secara online dengan melayari website MyEG Road Tax Renewal dan yang paling menarik kita mempunyak 3 pilihan untuk mendapat Road Tax baru kita iaitu dihantar terus oleh agen MyEG ke rumah/pejabat, kirim melalui pos laju atau ambil terus di pejabat MyEG. Bagi aku yang paling mudah tanpa mengeluarkan peluh adalah dihantar terus ke rumah/pejabat tapi kenalah bayaan sikit mengikut lokasi. Bayaran juga dibuat melalui pembankan online.
Risau tentang insuran. Jangan risau insuran pun boleh dibeli secara online melalui website MyEG Insurance Renewal. Yang kena risau kalau ada saman yang belum berbayar. Kalau dah kena blacklist oleh PDRM atau JPJ memang tak dapat nak tolong kecuali pergi bayar dulu saman tersebut. Jadi sebelum nak renew road tax online tu eloklah semak saman trafik secara online atau SMS.
Dengan teknologi jika kita pandai memaksimumkan penggunaan pasti hidup lebih berkualiti dan banyak masa yang terbuang untuk pergi renew road tax di lokasi yang jauh dari rumah/pejabat boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih produktif. Itulah dunia di hujung jari kalau pandai menggunakan pasti bertambah mudah dan kaya kita ni. Tahun depan insyallah aku nak renew road tax secara online menjimatkan masa dan menjimatkan kos belanja pasti aku bertambah kaya sikit. Jimatlah sebab kalau keluar pergi renew roadtax pasti singgah kedai mamak yang teh tariknya dah naik harga sebab gula dah naik harga dan yang paling penting tak perlu bazirkan petrol yang pasti akan naik juga harga. Kalau kita tak pandai nak berjimat siapa lagi?
45 Comments
hihi sy pon selalu guna yang ni.. dorg siap hantar tmpt kita nanti lagi 😀
Tp untuk kenderaan yg lama x boleh kot
Curahan rasa shah URL @ ..Related Post Pada Sidebar
cara terbaik dizaman online sekarang nih..tak yah beratur dah.
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Jimat Belanja DiBulan Ramadan.
Terima kasih atas info ini DH…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Nk tanye? Roadtax sy mati hujung bulan 8 ni, Kalo renew sekarang boleh ke? Selain on9 myeg, kalo renew kt pejabat pos bleh x?
Boleh renew awal 3 bulan
Terima kasih ye..
jimat masa, tp kena kuar duit lebih sikit lah…kan
Curahan rasa hafizal @ ..Pelancaran Motosikal elektrik pertama l Modenas CTric
terima kasih berkongsi ilmu pengetahuan..
thanks bro. sebelum ni teragak2 juga nak renew online. selalunya suruh ejen yg buat
Curahan rasa Amirez @ ..7 Sebab Jambu Layak Jadi Juara Maharaja Lawak
nak try renew roadtax online la camni
Curahan rasa aizuddin @ ..Bulan Rejab – Pengertian- Peristiwa Penting & Amalan Sunat
yap, saya pun menggunakan myeg. Untuk bayar road tax dan juga cek saman.
Curahan rasa beritacikgu @ ..Evolusi 70 tahun telefon mudah bimbit
boleh lar gune je MyEG nanti…. macam kat iklan, keluar tandas dapat Road tax…lol!!
Ada mengunakan MyEG untuk semak saman dan bayar saman. Belum pernah mengunakan untuk memperbaruhi cukai jalan.
Tahun depan boleh cuba try test la tu
Ya betul tu, saya pun begitu juga.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
mudah la skit nak renew nati..
Curahan rasa zack @ ..Sup China yang diperbuat dari Air Tong Sampah
Semua mudah dengan adanya online system namun mereka yang tidak ada internet tidak dapat menikmati kemudahan ini.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Salam satu dunia..
ternyata ada yang seperti ini?
Curahan rasa wawank @ ..Malam Galau
saya dah try perkhidmatan My EG ni. memang bagus servis dorang,bleh tolong buatkan plak tu. saya buat ngan MyEG HQ tapi bila dah siap, MyEG Bangiyang hantar kat saya.
masa ni lah baru tau ada saman speed trap.teruk betul la polis ni, dah 6 bulan kene speed trap tak hantar pun surat bgtau saya dah kene speed trap. huhuhu
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..15 maut keracunan Ecoli di Eropah
Comments are closed.