Renew Passport Malaysia Online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti yang aku dah tulis dalam entri “Say No to SMS‘ teknologi ni kalau dimaksimumkan memang boleh menjimatkan kos. Kita boleh semak saman online, semakan status halal online, bayar saman online, renew road tax kenderaan online, semak keputusan peperiksaan online, memohon kemasukan Universiti online, bayar bil dan hutang online, kirim duit online dan macam-macam lagi kemudahan yang tidak perlu kita keluar rumah. Tapi lah sejauh mana kita menggunakan semua kemudahan ini.

Sebelum ini Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan khidmat semak status perjalanan online dan yang terbaru khidmat Renew Passport Malaysia Online. Pemohon mesti mengisi borang secara online dengan betul dengan disertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran 5cm x 3.5cm  yang diambil dalam tempoh 3 bulan. Buat masa ini pembayaran di buat secara kredit kad sebanyak RM300 untuk 5 tahun, RM100 untuk 2 tahun dan RM150 untuk kanak-kanan bawah 12 tahun.

Untuk mengambil passport Malaysia baru pemohon perlu membawa passport lama, bukti pembayaran dan MyKad di Pejabat Imigresen yang telah dipilih. Untuk pemohon bawah umur 18 tahun perlu juga membawa MyKad penjaga dan surat beranak ketika mengambil passport baru. Pemohonan yang tidak lengkap akan di tolak. Kepada yang ingin Renew Passport Malaysia online sila ke website MyOnline Passport.

Semakin mudahlah hidup kita cuma yang penting kita mesti bersedia untuk transformasi diri memaksimumkan teknologi.


Spread the love

156 Comments

      1. Hahaha.. memang terbaik, Tapi kita bukannya tahu sangat macam mana orang Paleolitik hidup, manatahu kena berjaga2 pasal ancaman Dinosaur ataupun keadaan bumi yang belum stabil waktu tu

    1. Zaman 1990-an dulu handphone masih belum ada, TV pun ada beberapa channel jer, semua benda kena pegi kaunter, masih juga boleh hidup kan.. Rasanya zaman tu lagi best. Kes yang kita dengar sekarang ni jarang sangat…

  1. kat sini hantar kat pejabat kedutaan. lepas tu mereka akan hantar ke London untuk dibuat. Maka dapatlah passport dari London..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!