Rasulullah SAW bertemu dengan Paderi Nastura

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam kita menyambut Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kali ini sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah SAW di tahun hijrah 1433. Kesedihan masih terasa ketika dapat menziarahi makam Baginda di Masjid Nabawi dan ada rasa rindu untuk menziarahi lagi. Kepada yang belum menziarahi Baginda azamlah bersungguh-sungguh pasti Allah SWT akan menjemput kita untuk menjadi tetamu Rasulullah SAW.

Kali ini aku nak berkongsi kisah sebelum Nabi diangkat sebagai Rasulullah di zaman mudanya. Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.

kawasan sekitar pohon tempat Rasulullah berteduh
Padang pasir tempat Nabi dan Kabilah berhenti berehat.

Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendang sementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.

Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.

“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”

Nota : Gambar Pohon Sahabi tempat Nabi berteduh yang masih hidup sehingga sekarang

“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.

“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.

” Ya!” Jawab Maisarah.

gambar pokok tempat Nabi berteduh

“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;

“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”

Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”

Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib. Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.

Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.

Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.

Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai sirah Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Entri Maulidur Rasul yang lepas


Spread the love

100 Comments

  1. perbanyakkanlah selawat.bukn hanya pada hari ini tetapi pada hari2 seterusnya.sama2lah kite saling mengingati antara satu sama lain

  2. Mari berselawat ke atas junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
    صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

    أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
    فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
    مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
    قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

    أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
    أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
    أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
    أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

    يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
    يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
    يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
    يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

    مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
    يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
    حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
    وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

    مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
    بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
    وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
    وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

    عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

    وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
    عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
    أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
    صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
    Curahan rasa Amir @ ..10 petanda BF/GF anda adalah jodoh untuk andaMy Profile

  3. “Telah datang kepadaku utusan dari Allah SWT, dia berkata : barangsiapa dari umatmu yang bershalawat kepadamu satu kali, maka Allah akan memberi orang tersebut 10 kebaikan dan menghindarkan dari 10 kejelekan, dan mengangkatnya 10 derajat dan memberinya yang setimpal dengan itu” (HR. Baihaqi)
    Curahan rasa Dadan @ ..Rumahku adalah Madrasah KeduaMy Profile

  4. kalau kita perhatikan dunia Islam hari ni, keadaannya sama seperti gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw semasa hidupnya.. Islam hanya tinggal nama.. Al-Quran hanya tinggal tulisannya.. masjid2 tersergam indah tapi kosong (daripada hidayah), hanya dipenuhi umat Islam ketika hari Jumaat dan juga sambutan2 perayaan agama Islam saja..

    persoalannya di sini, ADAKAH BENAR KITA NI ISLAM? atau mungkin tak sedar kita dah semakin begitu jauh daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw..

    ketika saat terakhir Nabi Muhammad saw di dunia, sebelum wafat Baginda begitu risau dan bimbang untuk tinggalkan umatnya.. bermacam-macam pesanan diberitahu kepada umatnya.. begitu besar cinta Baginda kepada kita.. tapi, adakah kita juga punyai rasa cinta begitu terhadap Baginda??

    teringat satu kisah tentang seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang kiamat.. dia berkata, “Bilakah terjadinya kiamat ya Rasulullah?” Rasulullah berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?” lelaki itu menjawab, “Aku tidak menyiapkan apa2 pun kecuali sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Rasulullah saw pun berkata, “Engkau bersama apa yang engkau cintai.”

    Selamat menyambut Maulidur Rasul..
    Curahan rasa Anarm @ ..Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!