Ramalan Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tajuk paling hangat untuk orang politik Malaysia iaitu “Bila pilihan raya umum ke 13”. Mana-mana aku pergi samada berjumpa dengan puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak pernah sesaat terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari desas desus di kampung dan di bandar katanya tarikh Parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.

Tanda pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.

Parti politik kian rancak perkempen masuk ke desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.

Berdasarkan keputusan undian Ramalan PRU 13 di blog Denaihati kemenangan pasti akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. Ada orang politik kata pengundi atas pagar ini orang yang tiada pendirian mudah disuap. Bagi pengundi atas pagar pulak orang politik ini terlalu taksub dengan parti mereka sehingga semua informasi walaupun salah diterima bulat-bulat tanpa justifikasi sewajarnya.

Seronok bila tengok jumlah undian Ramalan PRU 13 bertambah setiap hari. Ketika entri ini ditulis lebih 3051 pembaca telah mengundi dengan kedudukan PR 45%, BN 44% dan Atas Pagar 11%. Lebih ramai yang mengundi pasti lebih tepat ramalan PRU 13 jadi mungkin Rakan Blogger boleh bantu buat special entri.

Nak tanya kepada yang layak mengundi dah mendaftar ke? Bukan susah sangat nak daftar mengundi tak percaya baca entri ini “Daftar Mengundi“. Mengundi adalah tanggungjawab dan ada Ulama yang kata berdosa kepada rakyat yang tidak menyempurnakan tanggungjawab memilih pemimpin. Jadi jangan sia-siakan hak kita sebagai Rakyat Malaysia.

[poll id=”2”]


Spread the love

113 Comments

  1. dari BN, pemimpin tertinggi asyik turun padang utk terus raih sokongan semula rakyat setelah tersungkur akibat tsunami politik 2008 manakala PR pula semacam ada krisis dlm PAS sejak akhir akhir ni tapi masih kekalkan momentum dlm meraih sokongan rakyat utk bentuk sebuah kerajaan di bawah kepimpinan baharu selepas 54 thn.
    Curahan rasa ariff @ ..Komuniti : Pencarian Adik Nurul Nadirah Abdullah Yang HilangMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!