Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahniah kepada semua rakan pembaca yang dipilih oleh ALLAH untuk sekali lagi bernafas dalam bulan yang pernuh keberkataan untuk meraih berbagai ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang sangat mulia Ramadhan ditunggu oleh ramai atas maksud yang berbeza.
Ada peniaga yang sudah berniaga selama sebelas bulan menunggu bulan Ramadhan kerana di bulan ini mereka akan menutup operasi untuk fokus kepada ibadah. Ramai juga yang tidak pernah berniaga selama sebelas bulan menunggu bulan Ramadhan untuk berniaga di bazar Ramadhan, meraih keuntungan sekali setahun. Di bulan Ramadhan ramai juga berpeluang menjual biskut raya, baju raya dan berbagai keperluan Aidilfitri secara online dan off line.
Ada juga menunggu Ramadhan kerana di bulan inilah mereka akan mengeluarkan zakat harta, zakat pendapatan atau zakat perniagaan selain zakat fitrah. Mereka juga berusaha memberi infaq di masjid-masjid yang menganjurkan majlis berbuka puasa serta memberi sedekah kepada fakir miskin. Mereka menyahut seruan Rasulullah SAW dengan memberi sebanyak mungkin kerana sedekah yang terbaik adalah sedekah di bulan Ramadhan.
Ada juga menunggu Ramadhan untuk berterawih dan bertadarus siang dan malam untuk khatam 30 juzuk Al Quran. Bangun di tengah malam bermunajat memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan sepanjang sebelas bulan. Berzikir mengingati ALLAH tanda syukur diberi nikmat Islam dan iman. Ada juga yang beriktikaf di masjid mengharap bertemu dengan malam Lailatulqadar untuk mengecapi kelebihan beribadah seperti 1000 bulan beramal. Paling nikmat menunggu waktu berbuka puasa untuk berbuka bersama keluarga tersayang dan sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan di buffet Ramadhan yang disediakan disana sini.
Ada juga menunggu Ramadhan kerana di bulan Ramadhan mereka akan menghabiskan masa beribadah sambil mengerjakan Umrah di Mekah dan menziarahi Rasulullah di Madinah. Nikmat solat terawih dan qiamullail bersama imam Masjidil Haram dengan ratusan ribu jemaah adalah satu pengalaman yang memang ditagih kepada yang sudah biasa.
Di bulan Ramadhan anak-anak paling gembira mendapat kebebasan untuk keluar rumah di waktu malam atas alasan solat terawih. Di masjid ada di kalangan anak-anak berpesta bagaikan taman permainan kerana terlepas pandangan daripada ibu bapa yang berada di rumah. Untuk kaum wanita inilah masanya sibuk membakar kuih raya berbagai warna dan rasa. Hubungan suami isteri semakin erat di bulan Ramadhan kerana sentiasa bersama setiap hari.
Apa juga matlamat kita kedatangan Ramadhan dinanti ramai, bersyukurlah kita kerana berpeluang memohon ampun dan beramal di bulan yang sangat mulia. Semuga Ramadhan kali dapat membersihkan jiwa dan meningkatkan martabat iman kita setelah kita keluar dari Madrasah Ramadhan.
44 Comments
Universiti Ramadhan hampir ke penguujungnya… akan terasa kerinduannya selama sebula n menempuh tempoh tarbiah universiti Ramadhan
Curahan rasa muhammad nizam @ ..#Cabaran20Hari Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak
Ramadhan tahun ini cukup bermakna buat kami sekeluarga walaupun hidup tidaklah semewah apa yang digambarkan tetapi tetap hidup dalam sejahtera. Selamat berpuasa semua rakan-rakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Liga Super 4 Julai 2015
Bersederhana adalah yang terbaik berbanding mewah-mewah dan berbaziran… selamat berhujung Ramadhan buat semua
Curahan rasa muhammad nizam @ ..#Cabaran20Hari Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak
dulu arwah atuk sebelah ibu meninggal dunia pada jumaat pertama ramadan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat
Alhamdulillah Allah pertemukan kembali dengan Bulan Ramadhan jangan sia-siakan anggaplah ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Memang sedih bila Ramadhan dah nak berlalu pergi. Banyak kenangan Ramadhan tahun ini yang membuatkan hati rasa sayu!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!
marhaban ya ramadan salam sukses selalu buat para blogger semua
Curahan rasa PENGKILAP BATU @ ..Pengkilap Batu Akik Produk Lokal
alkham dulillah tahun ini bulan ramadan saya bs berkumpul bareng keluarga kecil saya
Indahnya ramadahan tahun ini, bisa berkumpul bersama keluarga lagi…. Marhaban ya, ramadhan. Semoga tahun berikut nya kita diberikan kesehatan….
Curahan rasa moh Amin @ ..Kerajinan Tangan Dari Stik Es Krim Keren
alhamdulillah, masih bertenaga untuk berpuasa dan beribadah di bulan ramadan ini, persiapan raya saja belum buat 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Mudah Jual Dengan Orang Yang Nak Beli
Alhamdulillah..dapat kita menyambut bulan Ramadhan lagi pada tahun ini 2015 bersamaa 1436H. Semoga kita dapat memberi kekuatan untuk melakukan ibadat dengan sebanyaknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
Tahun ini saya dan keluarga akan pulang beraya di kampung Bachok, Kelantan, yakni rumah mertua. Semoga ianya menjadi kenyataan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
Selamat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang barakah ini. Semoga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada bulan-bulan Ramadhan sebelumnya. Insha Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
Salam Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H buat Tuan Denaihati dan semua rakan-rakan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan semua umat Islam menunggu ketibaannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
minggu ni saya nak balik kampung, berbuka puasa dengan bonda pula, sambil tengok dia bua kuih rempeyek.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Syarat-Syarat Permohonan Separa Perubatan
Salam Ikhwan Fahmi dan selamat menyambut bulan Ramadhan serta selamat berpuasa. Semoga selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat. Insha Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
Indahnya Ramadhan Kalau kita pandai menghayatinya.. Jangan asyik dengan tv dan fb jer.. Selamat berpuasa
Curahan rasa Weschairs @ ..Selamat Datang Ramadhan2015
Keinahan dan keberkataan bulan Ramadhan lebih baik daripada seribu bulan. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan medapat pahala berlipat kali ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
Comments are closed.