Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita.
Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
- Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
- Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
- Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
- Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
- Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
- Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
- Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
- Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
- Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
- Banyakan sedekah.
- Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
- Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
- Dan jangan terlupa zakat fitra.
Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.
Mari kita berdoa semuga ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka yang rasa terseksa dengan kedatangan Ramadhan tak kiralah yang tua atau remaja Islam yang lansung tidak berpuasa di bulan ramadhan.
Aku seisi keluarga pohon ampun dan maaf jika ada kata-kata yang salah, tulisan yang menyentuh hati, janji yang terlupa, prasangka buruk antara kita dan apa sahaja yang menyebabkan kemarahan keluarga dan rakan yang jauh dan dekat. Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka ini kita tidak menjadi orang rugi.
105 Comments
rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam ramadan buat bro denaihati dan selamat menjalani ibadah puasa
Curahan rasa mijie @ ..Salam Ramadan
Semoga Ramadhan tahun ini dapat membawa berkah dan keselamatan bagi kita serta senantiasa mendapatkan Ridho dari ALLAH SWT,,
Curahan rasa yonobae @ ..Best and Worst Areas in San Diego
subhanallah, sunnguh benar kuasa ilahi memberikan bulan suci ramadhan sebagai bulan yang penuh rahmat dan ampunan, mari kita manfaatkan betul demi meraih derajat taqwa,, amien..
alhamdulillah bulan yang penuh rahmat telah tiba semoga kita bisa mencapai takwa…amiin
Curahan rasa obat sakit kepala sebelah @ ..Xamthone Plus Cianjur
Alhamdulillah puasa’a lancar..
share aja di blog saya..
ramadhan itu bulan penuh amalan dan berkah….
jadi ayo kita perbanyak amal di bulan ramadhan ini…
Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua…
amin…..
semoga kita semua tidak menjadi orang yang merugi di bulan ramadhan ini..
salam Ramadhan al-Mubarak..semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik untuk kita semua..InsyaAllah..
Curahan rasa eiji @ ..Mantai
selamat menyambut bulan ramadhan…
Selamat mengerjakan ibadah Puasa. Beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana dikurniakan bulan Ramadhan yang tidak ada pada kaum lain
Mohon maaf juga sekiranya ada salah silap.. Dan selamat berpuasa di bulan mulia ini.. Semoga diterima amal ibadah kita.. Insya’Allah..
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Have A Blessed Ramadhan
klu ke bazar ni mesti dah set nak beli apa…
klu tak, confirm berpuluh duit abis duk beli mcm2…huhuuuu
Curahan rasa noriz @ ..Suka Duka 1st Ramadan…
jimat belanja masak sendiri je…
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Jimat Belanja DiBulan Ramadan.
lepas tu makan ramai-ramai satu keluarga.. mesti lagi syok!
Curahan rasa kid @ ..Lebih Ikhlas, Lagi Best
Ya, betul tu…makan dgn keluarga lebih bermakna…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
kat bazar.. mesti nak cari murtabak dan air asam boi + limau.. hehehee
Curahan rasa kid @ ..Hadiah Kurma di Bulan Ramadhan
selamat menjalankan ibadah 🙂
Curahan rasa Kamil ace @ ..Cara Buang Word Verification Untuk Blogspot
Maaf, zahir dan batin..semua….
Ambil lah peluang yg datang setahun sekali ini utk menambah pahala sebanyak mungkin, sebab dlm bulan ramadhan ini ada satu malam yg dinamakan bulan “Lailatu-Qadar” sama seperti seribu bulan beribadat kepada Allah…AMIN… semoga semua mendapat rahmat dari NYA.Insya-Allah…!!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.com
puasa lebih bermakna bila kita berterawih, bertadarus dan bertadarus. Ia menjadikan kita sebagai umat islam sebenar. ya benar-benar bersih dan beriman.
Curahan rasa Syarih @ ..Almond London Cukup Popular Bila Ramadan Menjelang Tiba.
Comments are closed.