Ramadhan bulan penuh BERKAT..apa azam kita??

Alhamdulillah syukur sangat Aku diberi peluang oleh ALLAH swt untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan KEBERKATAN dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan Pengampunan. Insyallah Aku berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu akan bersua lagi…

Selamat Berbuka Puasa

Aku BerAZAM untuk ….

1. Solat 5 waktu berJEMAAH kerana mengikut Nabi saw sangat memBERATkanNya sehingga Nabi saw mengarahkan para sahabat mengumpul kayu api untuk membakar mereka yang tidak solat berJEMAAH. Nabi tidak pernah solat sendirian sehinggalah Baginda wafat.
2. Perbanyakkan solat SUNAT bermula dengan solat FAJAR, solat ISRAQ, solat DHUHA, solat WUDUK, solat TAUBAT, solat RAWATIB, solat TERAWIH, solat TAHAJJUD, solat ISTIKHARAH, solat TASBIH dan penutup dengan solat WITIR.
3. Istiqomah dengan dzikir pagi dan dzikir petang, dzikir minimum 300 pagi dan 300 petang serta banyakkan Istigfar.
4. Bersedekah setiap hari walaupun HANYA RM1.00.
5. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
6. Bertadarus Al-Quran bersama keluarga.
7. Banyakkan IKTIQAF di Masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.
8. Mengadakan majlis ILMU bersama keluarga dengan membacakan beberapa hadis nabi setiap hari.
9. Tidak membazir terutama JUADAH makanan.

Kepada Emak,abah, isteri, anak-anak, adik beradik, keluarga, jiran, teman dan TEMAN BLOGGER aku menghulur sepuluh jari memohon AMPUN dan MAAF jika ada perbuatan, perkataan dan tulisan yang menguris perasaan. DOAkan Ramadhan tahun ini Ramadhan TERBAIK untuk kita semua…..

Fadhilat Amal : Dari Aisyah r.a : “Adalah Nabi saw beriktiqaf sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga wafatnya, kemudian beriktiqaf para isterinya sesudahnya (iktiqaf isterinya adalah di rumah).” (Al-Hadith)

P/s : Entri puasa tahun lepas yang dikitar semula

[ad#serverfreak]

Comments

  1. says

    Dari Abu Ja’far Muhammad bin Ali z, secara marfu’ dari Nabi bersabda,

    “Barangsiapa menjumpai Ramadhan dalam keadaan sehat dan muslim lalu ia berpuasa pada siang harinya, shalat pada sebagian malamnya, menahan pandangannya, menjaga kemaluannya, lisan dan tangannya, menjaga shalat-shalatnya dengan berjamaah, bersegera menuju shalat Jumat, maka sungguh dia telah berpuasa sebulan, menyempurnakan pahala serta mendapatkan lailatul qadar, dan dia beruntung dengan hadiah dari Rabb Tabaraka wa Ta’ala.”

  2. says

    Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu.

  3. says

    Bulan ramadhan bulan pelebur dosa dan pintu pertaubatan , salah satu berkah ramadhan adalah kita dapat melebur dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan amal dan do’a, sangat besar keutamaan bulan ramadhan sebagai bulan penghapus dosa.

    • says

      Maka jangan sia-siakan kesempatan ini perbanyak amal ibadah kita pada bulan ini dan jadilah manusia yang dapat memberi manfaat bagi lingkunggan sekitar kita.

        • says

          Kita dibuat untuk dapat merasakan apa yang dirsakan saudara-saudara kita yangf kurang beruntung dalam hal materi dan kita dibuat bersyukur dengan apa yang telah kita dapat , hal ini membuat batin kita peka dengan keadaan sesama manusia.

    • says

      Betapa bulan ini dapat membuat kita menjadi orang yang beriman, kita digojlok dengan lapar dan dahaga , bangun ditengah malam untuk dapat melatih keimanan dan kecintaan kita kepada Allah , karena segala yang kita lakukan adalah karena Allah SWT.

  4. says

    Puasa dapat mempersempit tempat beredarnya darah yg merupakan tempat masuknya setan ke jiwa manusia krn setan masuk ke jiwa manusia melalui tempat beredarnya darah sehingga dgn puasa dapat menenangkannya dari godaan setan dan mematahkan pagar hasrat dan kemurkaan karenanya Nabi saw menjadikan puasa sebagai tameng krn ia dapat memutus hasrat utk berhubungan suami-istri.

    • says

      Mendekatkan diri kepada Allah SWT tidaklah sempurna hanya dgn meninggalkan semua hasrat jiwa yg diperbolehkan pada selain waktu berpuasa kecuali setelah mendekatkan diri kepada-Nya dgn meninggalkan segala yg diharamkan Allah dalam segala keadaan baik itu berupa perkataan dusta kezaliman ataupun permusuhan di antara manusia yg berkaitan dgn darah harta dan harga diri mereka.

  5. hanc says

    assalamualaikum bro… Selamat menyambut ramadhan. Moga ramadan kali ini benar2 bermakna bg kita semua.. Hanc pun minta maaf law dee buat salah k.

  6. says

    Kita nikmati kejujuran, pandangan harus bersih sekuat-kuatnya jaga dari apa yang diharamkan oleh Allah agar bening dan nikmat hati ini.

Trackbacks