Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Spread the love

Terkini video Pemimpin politik katanya @ Video Aksi Seks

Asalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia baru digemparkan dengan serangan tentera bersekutu tanpa belas kasihan ke atas Libya tetapi di Malaysia lain pulak ceritanya. Menjelang pilihan raya DUN Sarawak 1Malaysia digemparkan dengan rakaman video aksi seks pemimpin politik. Wakil media luar dan dalam negara telah diberi peluang menyaksikan tayangan klip video tersebut dengan kawalan ketat di Hotel Carcosa Negara. Wartawan yang telah melihat klip video tersebut berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti salah seorang pemimpin utama pembangkang dengan pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini sudah berlaku beberapa pendedahan salahlaku seks dikalangan pemimpin politik. Bukan mudah sebenarnya nak jadi pemimpin politik ni. Seorang pemimpin terutama pemimpin politik Islam bukan sahaja mesti kelihatan bersih tetapi mesti benar-benar bersih. Pemimpin politik Islam tidak boleh lansung buat atau menghampiri apa sahaja kegiatan yang tidak bermoral terutama salahlaku seks yang boleh memerangkap diri mereka. Musuh-musuh politik akan sentiasa mencari kesempatan kelemahan yang ada pada seseorang pemimpin politik.

Politik itu tidak kotor tetapi pemain politik itu yang selalunya mengotori politik dan ianya selalu bukan sahaja di sebelah yang memerintah tetapi juga berlaku di kalangan pembangkang. Sebab tu ada bijakpandai berkata kalau tiada hentam menghentam itu bukan dinamakan politik. Untuk itu setiap pemimpin politik mesti bersedia untuk menerima apa juga risiko berpolitik.

Selain ada pengalaman peribadi dengan Tun Dr Mahathir aku juga mempunyai pengalaman peribadi dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi belum bersedia nak mendedahkan. Aku tidak membenci beliau tetapi memang tidak akan menyokong beliau untuk menjawat jawatan Perdana Menteri atas alasan pengalaman yang pernah aku lalui.

(Tulisan ini tidak bermaksud untuk mempengaruhi sesiapa kerana setiap orang ada pengalaman dan ideologi tersendiri)

Skandal Seks Anwar Ibrahim DOA AKU

TERKINI

1. Datuk T yang menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik – Malaysiakini

 

Gambar Anwar menafikan Video seks (Sumber Malaysiakini)

[ad#Adsense234x60]

 

2. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim denied on Monday that he was the man in the Feb 21 sex video revealed to journalists earlier Monday – Thestar Online.

3. Ramai sungguh yang email untuk dapatkan sumber download video aksi seks pemimpin politik ini. Buat masa ni mengikut sumber salinan video hanya ada pada Datuk T sahaja.

4. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media – Malaysiakini.

5. Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

6. Zaid Ibrahim bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan denganisu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

7. Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh ‘suruhanjaya awam’ yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO – Malaysiakini

8. Businesswoman Umi Hafilda Ali claims there are 18 sex videos involving an opposition politician. She claimed that the videos show the politician having sex with different partners including prostitutes and men – Thestar

9. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

10. Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim hari ini mengakui bahawa beliau adalah Datuk T, tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

 

Gambar Anwar dengan Pelacur. Yakinkah kita??

[ad#Adsense234x60]

 

11. It is learnt that the two – former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah – are now out on police bail – thestar

[ad#nuffnang336]


Spread the love

70 Comments

  1. Susah juga nak komen. Bagi pendapat saya adalah
    1. Heran bila DSAI kena tangkap mcm tuk…100 peratus beliau dan penyokong belia tuduh UMNO yang buat angkara. Yang melapur dan menuduh beliau adalah adalah orang orang paling dekat dengan beliau sendiri. Putar punya putar seolah kerajaan atau UMNOxxxxxxxx. hheeeheeeee.
    2. Inilah orang politik mereka boleh main main kan undang2 dan maruah dan akhlak dapat diputar putar.
    3. Jika mcm kita siapa nak ambil peduli.
    4. Sejujurnya saya memangkan PR pada pilihanraya yang lepas dan sehingga memberi kemenangan kepada PKR kerana janji manis. TAPI TAYI yang kita dapat.
    ITULAH JANJI TAYI. Jangan marah penyokong PKR sebab saya sebelum ini adalah orang kuat sokong PKR tapi selepas menang hampeh. LAIN KALI JANJI TU WAJIB DIkota

  2. Tak kisah la politik tu kotor atau tak dari pandangan orang masing2. Apa yg pasti, org yg ‘beraksi seks’ atau ‘sedang melakukan zina’ tu telah dirakam dlm bentuk video tentang ‘aksi’nya. Hanya org yg melihat video tu sj yg berani mengatakan “betul, mmg dia” atau “itu bkn dia”. Apa pun rakaman video itu menunjukkan moral si pelaku zina itu yg mana dari segi Islam adalah satu dosa besar dan jika si pelaku zina itu org politik amatlah teruk dan jijik tentang moralnya malah tidak layak diangkat sebagai pemimpin di negara Malaysia yg diberkati Allah ini.

  3. kadang2 krajaan pn satu hal jgk.. isu kontroversi politik mcm ni sepatutnya dtimbulkn.. x bgus untk minda MASYARAKAT.. media jgn lebih2 ea?? ingt,, kuase yg ade jgn dsalah-gune.. ngara kte,, Malaysia,, ngara Islam.. ingt2 le tatasusila tu.. bumi ni dah smpai dh trikh luputnya.. aku takut..

  4. aslm..x kisah spe dtuk k y pasti mke2 y mengaibkn keburukn org len nraka jwpnya..An-Nur 19..nauzubillahiminzlik..

  5. This article is too smeared with author’s prejudice and short-sightedness to be considered of any value at all.

    – “… DS Anwar Ibrahim tetapi belum bersedia nak mendedahkan. Aku tidak membenci beliau tetapi memang tidak akan menyokong beliau …”

    What were you trying to imply here?

    It was bad enough that you seem happily not to question the act of Dato’ T-bag exposing the sex tape to media & journalists, instead of submitting it directly to the authorities. What, is that normally an acceptable practice to you?

    Looking at some of the comments here, a lot of people seems pretty confused and undecided. They ought to, because your post only carry half-truths. Anwar made a pretty convincing statement about why he wasn’t the person in the video, including his alibi and the physical difference between him and the man in the video. Why did you not include anything he said here?

    Or maybe you’re just interested in profiting from this highly sensationalised topic?
    Curahan rasa Suraya Hamdan @ ..Japan May Excuse Itself From Kyoto ProtocalMy Profile

    1. Mudah je aku memang tak support Anwar Ibrahim untuk perjuangan POLITIKnya. Setiap dari kita ada hak untuk suka atau tidak suka pemimpin tertentu jadi itu pilihan aku so puan Suraya tak perlu upset kerana aku pun tak kisah kalau sesiapa nak sokong Anwar Ibrahim.

      Aku tidak suka nak cerita keaiban Anwar Ibrahim berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui.

      Sememangnya ramai diluar sana confuse bukan sahaja dengan Anwar Ibrahim tetapi dengan kefanatikan sesetengah manusia dengan politik. Bukan semua orang hidup dengan politik kerana ada banyak hal dalam dunia ni yg kita boleh fokus selain politik.

      1. That sounds very hypocritical of you. If you hate politics, then why post it? Again, profiting from highly sensationalised topic, sir? Because I don’t see you making so much effort on ‘selain politik’ topics in your blog recently.

        Why do you think anyone cares whom u dislike/like. It was about you embellishing the truths, confusing your readers and implying negativity towards other people. If you don’t feel any guilt at all for that, then you must have a really low moral ground.
        Curahan rasa Suraya Hamdan @ ..Darlie Was Darkie Before The White TreatmentMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!