Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Artikel diterbitkan pada 21-03-2011 19:28

Terkini video Pemimpin politik katanya @ Video Aksi Seks

Asalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia baru digemparkan dengan serangan tentera bersekutu tanpa belas kasihan ke atas Libya tetapi di Malaysia lain pulak ceritanya. Menjelang pilihan raya DUN Sarawak 1Malaysia digemparkan dengan rakaman video aksi seks pemimpin politik. Wakil media luar dan dalam negara telah diberi peluang menyaksikan tayangan klip video tersebut dengan kawalan ketat di Hotel Carcosa Negara. Wartawan yang telah melihat klip video tersebut berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti salah seorang pemimpin utama pembangkang dengan pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini sudah berlaku beberapa pendedahan salahlaku seks dikalangan pemimpin politik. Bukan mudah sebenarnya nak jadi pemimpin politik ni. Seorang pemimpin terutama pemimpin politik Islam bukan sahaja mesti kelihatan bersih tetapi mesti benar-benar bersih. Pemimpin politik Islam tidak boleh lansung buat atau menghampiri apa sahaja kegiatan yang tidak bermoral terutama salahlaku seks yang boleh memerangkap diri mereka. Musuh-musuh politik akan sentiasa mencari kesempatan kelemahan yang ada pada seseorang pemimpin politik.

Politik itu tidak kotor tetapi pemain politik itu yang selalunya mengotori politik dan ianya selalu bukan sahaja di sebelah yang memerintah tetapi juga berlaku di kalangan pembangkang. Sebab tu ada bijakpandai berkata kalau tiada hentam menghentam itu bukan dinamakan politik. Untuk itu setiap pemimpin politik mesti bersedia untuk menerima apa juga risiko berpolitik.

Selain ada pengalaman peribadi dengan Tun Dr Mahathir aku juga mempunyai pengalaman peribadi dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi belum bersedia nak mendedahkan. Aku tidak membenci beliau tetapi memang tidak akan menyokong beliau untuk menjawat jawatan Perdana Menteri atas alasan pengalaman yang pernah aku lalui.

(Tulisan ini tidak bermaksud untuk mempengaruhi sesiapa kerana setiap orang ada pengalaman dan ideologi tersendiri)

Skandal Seks Anwar Ibrahim DOA AKU

TERKINI

1. Datuk T yang menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik – Malaysiakini

 

anwaribrahim Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Gambar Anwar menafikan Video seks (Sumber Malaysiakini)

 

2. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim denied on Monday that he was the man in the Feb 21 sex video revealed to journalists earlier Monday – Thestar Online.

3. Ramai sungguh yang email untuk dapatkan sumber download video aksi seks pemimpin politik ini. Buat masa ni mengikut sumber salinan video hanya ada pada Datuk T sahaja.

4. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media – Malaysiakini.

5. Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

6. Zaid Ibrahim bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan denganisu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

7. Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh ‘suruhanjaya awam’ yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO – Malaysiakini

8. Businesswoman Umi Hafilda Ali claims there are 18 sex videos involving an opposition politician. She claimed that the videos show the politician having sex with different partners including prostitutes and men – Thestar

9. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

10. Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim hari ini mengakui bahawa beliau adalah Datuk T, tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

 

anwarvideo3 300x265 Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Gambar Anwar dengan Pelacur. Yakinkah kita??

 

11. It is learnt that the two – former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah – are now out on police bail – thestar

  • shah March 23, 2011 at 12:04 am

    politik makin kotor! aku x suka politik
    Entri terbaru shah – Lagi artis wanita mula bertudungMy Profile

  • zuls March 22, 2011 at 7:47 pm

    Macam biasa, isu politik.. cara yang selamat, tunggu dan lihat. Jangan sampai dah buat macam-macam andaian, lepas tu percaya pulak dengan andaian. Takut sampai ‘masa’ esok-esok tak terlarat nak jawab.
    Entri terbaru zuls – pagerank profile twitter @zulseffortMy Profile

    • shah March 23, 2011 at 12:02 am

      setuju ngan zul
      Entri terbaru shah – Lagi artis wanita mula bertudungMy Profile

      • denaihati March 23, 2011 at 9:42 am

        tetapi hukum alam manusia akan membuat berbagai andaian cuma kita sebagai blogger tak perlu nak mereka-reka cerita untuk sekadar menjadi popular.

  • Luthfi March 22, 2011 at 6:00 pm

    menggelabah kot? tak tuduh dia pon dah kata macam tu sekali.
    bagi DNA dulu, pastu baru la nak salahkan orang lain.
    kalih isu semua ni

  • Newbie Blogger March 22, 2011 at 3:35 pm

    kalau masalah politik tak tahu nak koment macam mana , tak mengerti sangat takut salah pun
    Entri terbaru Newbie Blogger – Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World make me tiredMy Profile

  • matjoe March 22, 2011 at 2:16 pm

    mainan politik yg jelik pada pandangan mata
    Entri terbaru matjoe – Materialistik Yang Menghukum CintaMy Profile

    • denaihati March 23, 2011 at 9:49 am

      siapa juga yang bermain politik seperti ini sememangnya rendah moralnya.

  • akubiomed March 22, 2011 at 2:04 pm

    Mainan politik semacam pernah ada yang kata cuba mengelak tapi tetap terpalit juga

  • sejenjang March 22, 2011 at 1:53 pm

    PUT ONE SELF IN THEIR SHOE.Politik sudah semakin kotor.itu perbuatan orang yang corrupted minda.Apakah cara begitu, untuk dijadikan contoh dan teladan baik kepada generasi pelapis.
    Ikuti berita seterusnya, mana tidak DSAI tampil kerana telah jelas dan nyata dia jadi target.wallahualam.

    • denaihati March 23, 2011 at 9:52 am

      Politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia sudah menuju zaman kehancuran kerana politik yg ada di dunia sekarang ini bukan politik yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah.

  • Fossil Malaysia March 22, 2011 at 12:41 pm

    Siapakah Datuk T tu.. memang panas ni.. Kes yg DNA pun belum selesai lagi.. timbul pula kes lain..

  • madlut March 22, 2011 at 11:58 am

    kalau tiada angin masakan pokok bergoyang….tapi kita pulak jangan percaya sangat selagi belum ada bukti yang benar2 kukuh, judge secara bijak

  • yanmie March 22, 2011 at 11:00 am

    Semalam tengo berita dengan anak, terkejut anak tnya seks tu apa..aiyooo lately bnyk sangat berita “seks”. bahaya jugak untuk anak kecil yang tengok tv niem pedahal berita aje pun, maybe sbb kerap dipaparkan berita sedemikian :(
    Entri terbaru yanmie – Gambar Supermoon – Bulan BesarMy Profile

  • hairulnizam March 22, 2011 at 10:04 am

    kita tengok siapa yg kena, benar atau salah nantikan penghakimannya.

    • denaihati March 23, 2011 at 9:56 am

      Ya kita tunggu sama-sama siapa yg kena bak kata perpatah sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ketanah juga suatu hari nanti.

  • Bang Iwan March 22, 2011 at 9:10 am

    Di Indonesia juga sering ada kasus seperti ini
    Entri terbaru Bang Iwan – Film Raga 111111 Menyambut Sea Games 2011My Profile

  • Tok Esah March 22, 2011 at 8:23 am

    panas panas panas!!
    Entri terbaru Tok Esah – TAKZIAH- Bonda Yang Di-Pertuan Agong Mangkat Terengganu BerkabungMy Profile

    • denaihati March 22, 2011 at 10:02 am

      Semakin panas tak abis isu DNA keluar pulak isu ni dan banyak lagi isu yg tergantung begitu sahaja. Adakah ini konspirasi atau memang betul2 berlaku?

  • Mancis March 22, 2011 at 3:13 am

    dunia politik memanglah macam tu. kalau tak mahu dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai..kata org. tapi memang benar, yg mengotorkan politik tu sebenarnya ialah diri politician itu sendiri.
    Entri terbaru Mancis – Kemalangan Nyaris Ngeri di Muadzam ShahMy Profile

  • yas March 22, 2011 at 2:48 am

    baru tau melalui berita tadi…gua setuju…pemimpin tak kira islam atau tidak mesti menjaga sikap,adat,budaya segala mendelah….kalau tak camne rakyat nak ikut…ibarat ketam mengajar anaknya berjalan…
    Btw gua benci ngan suasana politik kat mesia nih…pembangkang atau kerajaan sama jer….
    Entri terbaru yas – Bila cuti sekolahMy Profile

    • denaihati March 22, 2011 at 10:08 am

      Tu lah sebabnya ramai dah menjauhkan diri dengan politik akibat dari ahli politik yg ikut je ketua walaupun tak betul. Kenapa tak kita open mind yg betul kita sokong yg tak betul kita tegur walaupun pemimpin sendiri.

1 2 3 4