Rahsia orang kaya bertambah kaya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.

Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.

Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.

Kedekut

Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.

Berjimat Cermat

Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.

Suka Memberi

Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.

Banyak Sumber Pendapatan

Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.

Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.

Ilmu

Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.

[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]

Disiplin

Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.

Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.

buat-duit-dengan-blog

Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.

Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.

Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.


Spread the love

182 Comments

  1. Saya pernah mendengar cerita dari adik ipar sendiri tentang wujudnya seorang kaya yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan, tetapi hanya memiliki sebuah kereta biasa sahaja. Rupa-rupanya beliau fokus kepada pelaburan hartanah supaya dapat membanyakkan jumlah hartanah yang berjaya dimiliki. Dengar kata beliau dah miliki 60 buah rumah dari pelbagai jenis dan kawasan. Memang seorang jutawan atau orang kaya yang bijak, bukannya mahu menunjuk-nunjuk dengan simbol kemewahan, iaitu kereta.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  2. Apapun mereka yang berusaha pasti ada ganjarannya kan dan juga setiap manusia ada rezeki mereka masing masing. Nak berjaya menjadi kaya ikut contoh mereka ni.

  3. Banyak jugak rahsia orang kaya bertambah kaya ini. Mereka kaya pun sebab mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diingini itu. Kalau kita berusaha jugak, tak mustahil kita boleh berjaya jugak ;D
    Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.My Profile

  4. Nak jadi orang kaya, bukannya dengan melibatkan diri dalam skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera seperti jaminan keuntungan 11% secara tetap setiap bulan selama 2 tahun dan sebagainya.

    Ini kerana dibimbangi ia adalah skim cepat kaya, dan berunsur riba. Mana ada pelaburan boleh menjanjikan keuntungan secara tetap. Tengok sendiri jutawan di atas, mereka melibatkan diri dalam perniagaan yang ada risiko untung dan rugi, begitu juga pelaburan yang ada potensi untung dan rugi juga.

    Nak kaya cepat adalah sikap tergesa-gesa. Kena belajar dulu cara yang betul dan tidak menyanggahi syariat Islam itu sendiri.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  5. Orang kaya juga pandai bergaya dan bijak memiliki kemewahan.

    Selagi kemewahan itu dalam kemampuan mereka, itu hak mereka.

    dan kena ingat bukan semua orang mereka boleh bantu. Rakyat Malaysia sahaja pun dah 30 juta, kalau nak bantu semua, Bill Gates pun boleh lingkut. Sebab tu saya kata, jangan kata jutawan atau orang kaya tu sombong jika tak membantu kita yang dalam kesusahan, kerana mereka juga setiap hari berdepan dengan permintaan yang sama setiap masa.

    PS; Sebaliknya, kita lah yang perlu mengubah nasib kita sendiri ke arah lebih baik. Kekayaan itu harus dicapai selagi kita bersyukur dan menunaikan kewajipan kita kepada Allah.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Saya Juga Seorang UsahawanMy Profile

  6. Ya, orang kaya ni saya lihat ilmu, pengalaman bisnes dan network mereka sangat mantap.

    Adanya banyak perniagaan, boleh dikatakan kebanyakan cabang perniagaan mereka cukup berjaya.

    Seolah-olah kalau terjun ke dalam apa bidang perniagaan dalam sektor apa sekalipun, mereka tetap berjaya.

    Memang betul itu rezeki yang Allah beri kepada mereka. Tapi pasti ada asbab, kemahiran, ilmu dan pengalaman yang sama-sama kita boleh pelajari selain yang telah disebutkan dalam artikel ini.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  7. Ya, orang kaya di kawasan saya dan orang yang saya kenal pun, memang mereka agak kedekut dan berkira.

    Mereka tidak membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak lupa tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang berada dalam kesusahan dengan apa yang mereka mampu.

    Orang kaya ada tabiat yang sudah biasa di kalangan mereka. Kedekut bukanlah budaya negatif jika dilihat dari sudut menyimpan, menabung dan mengelakkan pembaziran yang tak sepatutnya.

    kedekut adalah apabila tak sanggup bayar zakat dan tak sudi LANGSUNG membantu mereka yang dalam kesusahan.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  8. Mungkin itu antara tips-tips atau prinsip bagaimana orang kaya berfikir. Logik juga kalau difikirkan balik. Mereka gunakan dan amalkan sikap-sikap tersebut dalam konteks untuk menjaga kekayaan mereka.
    CUma bagi kita atau orang lain mungkin, cara mereka itu tak patut.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  9. Dua corak permikiran yang berbeza…orang kata nak goyang kaki jadilah orang kaya tapi jika nak kaya tak boleh goyang kaki…cara kita berfikir dan bertindak itulah yang akan menjadikan kita…bagi aku tak perlulah kita terlalu menyalahkan orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Soalan BocorMy Profile

  10. Kebanyakkan dari kita juga apabila dah kaya menjadi tidak berdisiplin. Terutama disiplin dari segi kewangan. Boros sana, boros sini. Dan paling menyedihkan kerana banyak duit mereka gunakan untuk berjudi dan berjoli. Dgn alasan dulu aku miskin tak dapat enjoy sekarang aku kaya suka hati akulah…macam-macam…
    Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  11. Mentaliti orang kita ni memang beranggapan orang kaya mmg lahir dari keluarga kaya, dan orang miskin tidak akan menjadi kaya. Sebab itu kebanyakkan dari kita ingin kaya tapi tidak mahu berusaha. berusaha dan kaya itu lebih bermakna daripada kita lahir terus kaya…..
    Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!