Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
Huwaa such a great tips! …positif always inysaAllah sntiasa didekati bnde2 postif kan cth mind set positif utk berjaya..anyway saya newbie nanti jalan – jalan taw kat sini.. banyak lagi nak belajar http://www.nadiasecreto.com/
Setiap orang Allah dah tentukan rezeki nya.. namun kalau duduk saja rezeki takkan datang sendiri.
Curahan rasa azlanvai @ ..Kisah hari ini untuk anda renungkan
Semua orang mahu kaya..sampai ada yg nk cepat kaya sehingga sebaliknya jd kayap..kalau aku kaya..heh
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Selangor MSL 15 Feb 2014
Orang macam ni selalunya tak ada sifat2 seperti di atas.
Setuju sgt. Kaya berharta tapi xde ilmu pun takkan membantu apa2. Hanya menghabiskan boreh je bak kata org dulu. Tapi andai kaya, berilmu dan menggunakan nya di jalan yang betul, insyaAllah kekayaan yang kita miliki tu akan terus bertambah dengan kemuliaan hati jua.
Menjadi orang kaya tu adalah ujian, menjadi miskin juga adalah ujian. Berjaya tak berjaya mengharungi ujian kenikmatan dan kesederhanaan tu, hanya atas usaha kita juga.
kita semua kaya dan berjaya insyaAllah!
Curahan rasa baby comel @ ..Drama Yes Boss TV3 Episode 1 Online
Sangat setuju Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya.
Saya akan berusaha untuk jadi orang kaya dan saya akan bantu mereka yang memerlukan nanti.
Curahan rasa Pakar Bagaimana @ ..Bagaimana Cara Sebenar Membeli Rumah Lelong ?
nak kaya semua bermula dari bawah. Ilmu itu yang penting. INSYA ALLAH, ada ilmu dah usaha kalau diperaktikkan boleh berjaya.
Saya sokong dengan berkenaan dengan ilmu, orang kaya memang suka pergi seminar sana sini demi mengutip ilmu baru. Ada pengalaman jumpa orang kaya masa seminar dulu.
Curahan rasa Bahrain @ ..Berjalan-Jalan Ke Bahrain
kayakan jiwa dulu baru kayakan harta..itu yg terbaik..hehehehe
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Muslim Niaga
Assalamualaikum Tuan Amir
Saya sangat bersetuju dengan entry ini . Kita banyak membazir masa dengan menonton TV tidak kira masa dan apa jua program.Lebih lagi program berbentuk hiburan komidi dan sebagainya.
Saya pun tidak terlepas dari menonton rancangan berkenaan.Namun ia boleh mengingatkan saya dari terus lalai seperti itu.
Ada beberapa sahabat saya sebagai penjawat awam pada malamnya akan berniaga.
Dan mereka tidak heran dengan program2x tv.
Curahan rasa Mohd Azrin bin Abu Bakar @ ..Idea , Idea , Cepat berikan aku idea itu!
Semoga kita dapat kaya harta, ilmu dan amal.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jadual Dan Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2014
terbaik bro perkongsian ni 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..[MTV] Akim – Menunggu (PARODY)
eh macam dah ada sikit2 kriteria tu hihi
Terima kasih tuan DH.
Nyata mereka yg banyak memberi, insyaAllah bakal lebih banyak menerima limpahan rezki Allah.
Terima kasih tuan DH
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Teknik Tidur Cara Pro!
point point yang saya setuju… ilmu sangat penting dan mentor juga… sama juga seperti kita belajar agama, tidak boleh pelajari dari buku sahaja kena ada guru yang mengajar juga…
Suka memberi atau bersedekah juga besar hikmahnya kepada pemberi…
In syaa allah ingin juga menjadi kaya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Membeli Belah Di AEON BIG Shah Alam
ameen…sama2 kita tingkatkan amal dan prestasi
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Teknik Tidur Cara Pro!
saya berazam dan nak belajar dari orang yang kaya bertambah kaya.. ameen…
Curahan rasa KiD @ ..Pasangan Finalis Fear Factor Malaysia
Comments are closed.