Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “10 orang terkaya Malaysia 2017“.Kali ni Abang nak kongsi rahsia kenapa perlu jadi blogger yang ada jenama.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Seorang sahabat telah mencadangkan Abang bercuti di Ipoh. Sampai di hotel The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, kami diberitahu terlebih pax. Kalau ikut polisi hanya 3 pax untuk satu villa, kami datang 5 pax jadi sepatutnya tak boleh dan mereka akan refund. Abang kata tempah di Agoda jadi tak tahu polisi tersebut. Krew kata nak bincang dengan pengurus, Abang bagi bisnis kad kata kalau boleh nak jumpa pengurus.
Selepas menunggu 10 minit pengurus datang, dia terangkan polisi demi keselesaan tetamu tapi untuk kes kami dibenarkan dengan sedikit tambahan bayaran. Sepanjang tiga hari alhamdulillah khidmat yang diterima memang sangat baik dan Abang baru faham The Banjaran bukan seperti hotel biasa-biasa tetapi tempat beristirehat dan merawat diri.
Bila Abang kongsi di sosial media kami bercuti di Ipoh, kawan Abang pembekal seafood cadangan singgah restoran Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja. Kami usaha mencari di Tanjung Rambutan, alhamdulillah tak mengecewakan, tuan restoran kenal nama Denaihati, layanan memang baik dan hidangan memang sedap.
Seminggu sebelum bercuti di Ipoh, kami ada masalah di hotel Mutiara Johor Bahru, kami memang selalu menetap di hotel ini apabila ke Johor Bahru. Nak mudah kami tempah bilik yang besar dengan beberapa katil tambahan. Tapi kali ini kami dipaksa bayar untuk sarapan pagi sedangkan sudah termasuk dalam pakej dan tidak boleh bayar bil terus ke bilik. Berurusan dengan staff semua tak mahu layan tapi bila tunjuk bisnis kad pada pengurus semua berubah dengan layanan yang lebih sopan.
Rahsianya perkenalkan diri, saya Denaihati, blogger dan sosial media influencer. Banyak pengalaman jadi lebih mudah apabila mereka tahu kita adalah blogger yang ada jenama dan terkenal. Semua jadi lebih mudah tapi jangan sesekali salah guna kuasa nanti industri akan hilang hormat.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
57 Comments
Dia terkenal kerana ilmu yang berguna dikongsi dengan pembaca. Jadi orang akan sentiasa kenang jasa dan budi.
Curahan rasa Mohd @ ..7 Group WhatsApp Kegemaran Staff di Pejabat. Anda Yang Mana?
ok tak lama lagi DT akan antara yang terkenal.
huhu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
Name card blogger boleh jadi macam kad tunjuk kuasa plak ye. Hehe…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Bagi saya untuk menjadi blogger yang berpengaruh dan terkenal perlu berani tampil untuk memberikan maklumat-maklumat yang berguna untuk pembaca mengikut bidang yang diceburi dan diketahui.
Adalah lebih mudah untuk fokus dan pengguna akan lebih mudah tahu siapa kita sebenarnya.
Curahan rasa Hasrul @ ..Bercuti Di Jepun: 7 Tips Percutian Bajet Berkesan
persaingan sekarang ni dah tak macam dulu. skarang makin sengit dan ramai yg hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT
harap harap kita tidak terlalu kejar sangat title terkenal sehingga menjejaskan tujuan asal buat blog iaitu utk share info.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT
Menjadi blogger fames itu butuh proses Bang, jangan pernah nak berharap bise terkenal dalam waktu singkat. Benar tak? 😉
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gara-Gara Menyulap Motor Dinasnya, Polisi Perbatasan Ini Dipanggil Jokowi ke Istana Negara
Betul tu… Nak berjaya macam blog Denaihati perlukan usaha dan kesungguhan… Faktor masa juga turut memainkan peranan..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Tue la best jadi blogger tapi kalau blogger terkenal la..Kalau tepian macam saya ni, memang tak la..haha..Hope 1 day boleh jadi segah Denai Hati…Tunjuk name card je orang kenal…
Jangan cepat mengalah… Sebelum jadi blogger terkenal, tuan Denaihati juga pernah melalui fasa yang sedang kita lalui sekarang…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Cuma pada zaman sekarang ni persaingan jadi bertambah hebat… Sebab terlalu ramai Blogger baru muncul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Sebut blooger DenaiHati memang ramai yang dah kenal. Bagi yang baru2 ni, kena rajin2kan kenalkan diri pada towkey kedai. Cakap nak buat review. Tapi pastikan betul, jangan tipu-tipu. Boleh luaskan network dan kenal lebih ramai orang.
Curahan rasa Zuriat @ ..5 Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
bila la kan nak jadi blogger terkenal tu..Denai pon dlm 5 thn kan naik? sy maybe lg 3-4 thn la..hahaha
Tak per sabar… Sampai masanya akan jadi seperti Tuan Denaihati juga… Yang penting teruskan menulis blog… Jangan berhenti..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Dasat. Memang kena jadi blogger terkenal nie. Fokus utama, share ilmu. Yang lain tu, sipi sipi 🙂
Ya betul… Dalam blog content is a number one… Content Is A King… Bila Content kita utamakan, yang lain akan datang dengan sendirinya pada satu hari nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Comments are closed.