Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara yg menarik intipati khutbah yang dibaca oleh khatin ketika solat Jumaat di Surau Al Ikhlas Bukit Belimbing, katanya asbab terlalu sayangnya Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s maka ALLAH perintah untuk korbankan anak baginda. Baginda taat pada perintah ALLAH dengan redha ingin mengorbankan Nabi Ismail. Atas ketaat tersebut ALLAH ganti Nabi Ismail yang nak di qurban dengan seekor kibas.
Kita pun sayang pada isteri dan anak-anak tetapi bila ALLAH perintah berqurban walaupun hanya sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut tetapi kita sering bagi alasan tiada duit. Nabi Ibrahim tak ada anak yang lain selain Nabi Ismail a.s tetapi taatnya pada perintah ALLAH tetap baginda hendak lakukan qurban tersebut. Kalau kita benar-benar sayang kepada isteri dan anak-anak kita dan paling penting taat pada perintah ALLAH pasti kita akan usaha sedaya upaya untuk laksanakan qurban setiap tahun walaupun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing.
Sudah pasti kita akan berusaha mencari dana untuk melaksanakan qurban kerana taatnya kita pada perintah ALLAH dan kasih sayangnya kita kepada isteri dan anak-anak. Kalau dengan sengaja memberi alasan tiada duit tanpa berusaha-usaha bersungguh bukankah itu tanda kasih sayang kita hanya di bibir, palsu di sisi ALLAH. Jadi mari kita buktikan kasih sayang kita adalah tulin bukan palsu. Sebenarnya kita tiada alasan untuk tidak melaksanakan ibadah qurban setiap tahun.
Dimana nak laksanakan qurban? Dimana-mana saja yang anda fikir mudah. Kalau nak buat secara online dan nak bantu saudara Islam di Kemboja & seluruh dunia dengan harga qurban yang murah boleh laksanakan di eQurban.com.
Kita buat sebab kita sayang pada kaum keluarga dan lebih penting taat pd perintah ALLAH. Apabila Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s taat dengan perintah ALLAH berbagai nikmat baginda berdua dapat. Kita juga akan dapat berbagai manafaat dan nikmat apabila melaksanakan qurban dengan niat kerana ALLAH. Tak percaya laksanakan setiap tahun pasti anda akan merasa nikmat qurban tersebut.
47 Comments
biasanya kalau korban allah akan berikan rezeki yg tak disangka2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online
korban tanda kita berterma kasih dan sayang pada allah. allah dah banyak bagi rezeki pd kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
raya haji dah nak dekat. masih ada masa utk beli lembu korban
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
kita cuma korbankan beberapa ratus shj. tapi allah akan gandakan rezeki kita dari segenap sudut
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
This was among the best posts and episode from your team it let me learn many new things.
qurban menambah ka slaturahim antara kite…lpas qurban boleh pangang daging hehe
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..New Auto-Debit Bank Options Coway Available
betul tu. lepas korban, masak terus. makan ramai ramai dan agihkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
huhu…insaf, hisab diri sendiri, cara menterjemahkan sayang pada keluarga yang macam mana yang Allah perintahkan…
Curahan rasa huda @ ..Lecithin Shaklee Murah, Berkesan Dan Selamat
Kalau Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya untuk kepentingan agama takkan la kita tak boleh nak korbankan sedikit wang untuk ibadah qurban ni kan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida
In sha Allah…ada rezeki utk kita lakukan ibadah korban 😊
❤❤❤ detiksihat ❤❤❤
Curahan rasa Cik Puan Ida @ ..Projek Penyusuan Extravaganza – Cara Banyakkan Susu Badan Dan Petua
Untuk beli gadget bisa tapi untuk berkurban kadang susah, semoga niat berkurban bisa terlaksana tanpa tapi dan nanti. Aamiin
betul.. kita dah banyak berbelanja utk hal dunia. tak salah korbankan sikit utk saham akhirat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Jom kita semarakan qurban, karena sekejap lagi kita nak masuk hari raya idul adha….
Curahan rasa hasan @ ..Jenis-jenis Batu Cincin Gambar dan Fotonya Terlengkap
Sangat bagus saranan berqurban ni..selain tuntutan agama boleh juga kita bersedekah kepada yang memerlukan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Kepentingan Komponen B-complex
Jejom kita sesama sertai Ibadah Qurban nih, Ada kemampuan tuh kalau nak buat tiap2 tahun pun lagi baik rasanya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
kalau berkemampuan boleh la buat korban tahun ni.. bukannya selalu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Hari Raya Haji dah semakin dekat, bolehlah qurban sebahagian lembu atau seekor kambing tanda kasih sayang kita pada keluarga dan banyak ganjaran yang Allah Taala berikan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Tak la dah tarikh hari raya Haji ni..pasti rai yang ambil peluang untuk melaksanakan ibadah ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
insyaallah tahun ni nak cuba guna equrban..harga pun berpatutan
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Water Filter & Coway Water Purifier
Saya pun sama niat nak buat aqiqah untuk anak..
Ada lebihan boleh buat qurban untuk diri sendiri..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Kepentingan Komponen B-complex
Comments are closed.