Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tersentuh hati bila membaca berulang ulang ulang kali entri “Apa lagi alasan untuk tidak berQurban” kisah keluarga miskin bersusah payah mengumpul duit untuk menyempurnakan qurban. Daripada entri ini keluar pula beberapa kisah dari komen rakan-rakan yang penuh dengan pengajaran.
Kisah pertama dikongsikan Blogger Ustazah Ain (kalau nak tempah buat kek bolehlah .. sebab keknya sedap) kisah pengorbanan ibu mertua kepada menantu dan cucu yang patut kita contohi.
[box type=”shadow”]Subhanallah..malunya pada diri sendiri dgn kisah di atas. Tahun ini ibu mertua membeli seekor lembu dan dia meniatkan korban tersebut untuk saya dan anak2 walhal ibu mertua hanya mempunyai pendapatan hasil mengurut dan duit kebun yang kecil..saya memang terharu dgn pengorbanannya.Hanya Allah SWT shj yg mampu membalasnya.[/box]
Kisah kedua yang dikongsikan oleh Rakan Blogger dari Indonesia Edi lebih menyayat hati dan penuh pengajaran.
[box type=”shadow”]Di Indonesia juga pernah Pemulung yang berkurban 2 ekor kambing di Masjid Al Ittihad Tebet bernama Yati (60) dan Maman (35). Sehari-hari mereka berprofesi sebagai pemulung. Pasangan suami istri ini tinggal di gubuk triplek kecil di tempat sampah Tebet, Jakarta Selatan. Dua kambing qurban yang diserahkan pemulung itu berwarna cokelat dan putih. Kambing itu justru yang paling besar di antara kambing-kambing lain. Hasil 3 tahun menabung, Pendapatan mereka jika digabung cuma Rp 25 ribu per hari. Tapi akhirnya mereka bisa membeli dua ekor kambing. Masing-masing berharga Rp 1 juta dan Rp 2 juta. Allah membalasnya dengan simpati dari pemerintah dan banyak orang ia dapatkan kemuliaan, haji gratis, rumah, dan uang dari tayangan di tv. Semoga semua ini bisa membuat kita untuk berkurban…Aamiin![/box]
Bila membaca kisah ini teringat ayat 2 dan 3 surah At Talaq yang terkenal dengan nama Ayat Seribu Dinar dimana ALLAH sudah berjanji kepada sesiapa yang bertaqwa termasuklah berQurban nescaya akan diberikan-Nya kelapangan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Terbukti apabila pasangan yang diceritakan di atas ini telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka iaitu mengerjakan haji dan membina rumah secara percuma hasil bantuan kerajaan dan masyarakat setelah sanggup bersusah payah berQurban walaupun hidup miskin.
[box type=”shadow”]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. – (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)[/box]
Murah mahal harga sebahagian lembu atau kambing tidak penting tetapi yang paling penting mengerjakan ibadah qurban tanda terima kasih kepada ALLAH atas segala rezeki yang telah kita perolehi selama ini dan tidak mustahil Qurban kita akan menjadi kunci untuk merungkai apa juga masalah yang sedang kita hadapi … tak kiralah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah bisnes, masalah anak-anak atau apa sahaja masalah yang sedang kita hadapi.
In shaa Allah apabila kita berQurban dengan niat mencari redha ALLAH tidak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka seperti kisah di atas … kalau bukan kita yang membuka kuncinya siapa lagi??
Kisah “Amalan Qurban rahsia jadi jutawan” perkongsian dari Rakan Blogger juga sebagai bukti Qurban adalah kunci rezeki yang pasti menyentuh hati semua.
56 Comments
orang yang buat qurban akan diberi ganjaran yang tak disangka. tak semestinya dlm bentuk duit
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Alhamdulillah. Lagi seminggu kita nak sambut raya haji pada tahun ini. Moga qurban yang kita buat pada tahun ini diterimanya. Amminn…..
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Cerita di Indonesia tu mengingatkan saya tentang kisah anak adam qabil dan habil. Sungguh sesiapa yang menyediakan yang terbaik akan dibalas dengan yang terbaik juga.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Qurban ni tak semestinya kita buat sorang. Mungkin boleh berkongsi dengan 2, 3, 4, 5, 6 atau 7 orang untuk melaksanakan ibadah qurban. Jadi taklah kita rasa qurban ni membebankan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Dengan berqurban je kita pun boleh dapat rezeki yang melimpah ruah. Kehebatan Qurban yang tak terjangkau di akal fikiran.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Allahu, terharunya wawa membaca entri kisah sahabat tuan denaihati yang tuan denaihati.com kongsikan diatas. begitu mulia hati mereka. walaupun berpendapatan sedikit, namun demi untuk melaksanakan ibadah qurban akhirnya Allah makbul jua permintaannya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Betul tu. Mereka yang gaji tak seberapa pun boleh beri qurban yang terbaik. RP 1 juta tu bukannya sedikit. Itulah kalau kita nak buat baik, Allah pasti bantu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
mereka yang sentiasa melaksanakan ibadah qurban suatu hari nanti Allah pasti akan murahkan rezeki mereka. Begitu banyak pahala dan kebaikan yang kita perolehi dengan melaksanakan ibadah qurban ini selain dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Ya betul tu wawa. Cuma kita saja yang tak tahu betapa banyaknya pahala ibadah qurban ini. Tanpa kita sedar, kita juga dapat menolong orang yang susah dari segi makanan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Comments are closed.