Qurban kunci rezeki yang tidak disangka-sangka

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tersentuh hati bila membaca berulang ulang ulang kali entri “Apa lagi alasan untuk tidak berQurban” kisah keluarga miskin bersusah payah mengumpul duit untuk menyempurnakan qurban. Daripada entri ini keluar pula beberapa kisah dari komen rakan-rakan yang penuh dengan pengajaran.

Kisah pertama dikongsikan Blogger Ustazah Ain (kalau nak tempah buat kek bolehlah .. sebab keknya sedap) kisah pengorbanan ibu mertua kepada menantu dan cucu yang patut kita contohi.

[box type=”shadow”]Subhanallah..malunya pada diri sendiri dgn kisah di atas. Tahun ini ibu mertua membeli seekor lembu dan dia meniatkan korban tersebut untuk saya dan anak2 walhal ibu mertua hanya mempunyai pendapatan hasil mengurut dan duit kebun yang kecil..saya memang terharu dgn pengorbanannya.Hanya Allah SWT shj yg mampu membalasnya.[/box]

Kisah kedua yang dikongsikan oleh Rakan Blogger dari Indonesia Edi lebih menyayat hati dan penuh pengajaran.

[box type=”shadow”]Di Indonesia juga pernah Pemulung yang berkurban 2 ekor kambing di Masjid Al Ittihad Tebet bernama Yati (60) dan Maman (35). Sehari-hari mereka berprofesi sebagai pemulung. Pasangan suami istri ini tinggal di gubuk triplek kecil di tempat sampah Tebet, Jakarta Selatan. Dua kambing qurban yang diserahkan pemulung itu berwarna cokelat dan putih. Kambing itu justru yang paling besar di antara kambing-kambing lain. Hasil 3 tahun menabung, Pendapatan mereka jika digabung cuma Rp 25 ribu per hari. Tapi akhirnya mereka bisa membeli dua ekor kambing. Masing-masing berharga Rp 1 juta dan Rp 2 juta. Allah membalasnya dengan simpati dari pemerintah dan banyak orang ia dapatkan kemuliaan, haji gratis, rumah, dan uang dari tayangan di tv. Semoga semua ini bisa membuat kita untuk berkurban…Aamiin![/box]

Bila membaca kisah ini teringat ayat  2 dan 3 surah At Talaq yang terkenal dengan nama Ayat Seribu Dinar dimana ALLAH sudah berjanji kepada sesiapa yang bertaqwa termasuklah berQurban nescaya akan diberikan-Nya kelapangan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Terbukti apabila pasangan yang diceritakan di atas ini telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka iaitu mengerjakan haji dan membina rumah secara percuma hasil bantuan kerajaan dan masyarakat setelah sanggup bersusah payah berQurban walaupun hidup miskin.

[box type=”shadow”]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. – (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)[/box]

Murah mahal harga sebahagian lembu atau kambing tidak penting tetapi yang paling penting mengerjakan ibadah qurban tanda terima kasih kepada ALLAH atas segala rezeki yang telah kita perolehi selama ini dan tidak mustahil Qurban kita akan menjadi kunci untuk merungkai apa juga masalah yang sedang kita hadapi … tak kiralah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah bisnes, masalah anak-anak atau apa sahaja masalah yang sedang kita hadapi.

Qurban di Kemboja
Qurban di Kemboja

In shaa Allah apabila kita berQurban dengan niat mencari redha ALLAH tidak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka seperti kisah di atas … kalau bukan kita yang membuka kuncinya siapa lagi??

Kisah “Amalan Qurban rahsia jadi jutawan” perkongsian dari Rakan Blogger juga sebagai bukti Qurban adalah kunci rezeki yang pasti menyentuh hati semua.


Spread the love

56 Comments

  1. memang sangat2 menakjubkan kehebatan fadhilat membuat qurban ini, saya sendiri punya pengalaman yang sangat2 syahdu, beberapa jam selepas membuat bayaran untuk qurban, dapat order tudung diluar jangkaan kerana sudah dua bulan agak sunyi dari sebarang order mungkin juga keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kurang membuat promosi, dapat order untuk jual emas dan dapat supplier untuk jualan stok perak hasil dari belian dari insan2 yang memerlukan….. padahal masa membuat qurban itu, niat atas sesuatu yang di tuntut oleh agama kita dan pahalanya dihadiahkan kepada arwah emak saya….

    1. Ya, tepat sekali. Itulah yang ayah wna selalu terapkan. Dia takkan terlepas dari apa-apa yang boleh menjadi sumber pahala. Semangat orang lama memang sangat lain dalam soal ibadah.

      Ibadah korban memang kunci rezeki. Cuma ramai yang tidak peka dan sanggup keluarkan sedikit duit untuknya.
      Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  2. keikhlasan itu juga penting dalam beribadah..datangnya dari lubuk hati….dan soal rezeki ini juga boleh buat kita bingung..sebab kadang kal tuhan turunkan rezeki kepada kita tanpa kita duga dan diluar pemikiran kita

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!