Qurban dan Aqiqah kambing mekah 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Maaf sibuk sangat sudah agak lama tak update blog. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Kali ini Abang nak berkongi kisah qurban dan aqiqah kambing di Mekah yang telah diamnahkan kepada kami untuk diuruskan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Musim haji tahun 2017 berbeza daripada tahun lepas. Quota jemaah haji Malaysia ditingkatkan daripada 22 ribu kepada 30 ribu dan daripada maklumat terakhir lebih 40 ribu jemaah haji Malaysia telah terpilih melalui berbagai pakej haji. Oleh kerana peningkatan jumlah jemaah haji makanya kami tidak terlalu mempromosi khidmat qurban kambing di Mekah kepada jemaah umum melainkan rakan-rakan rapat dan keluarga.

Fokus lebih memberi khidmat qurban dan dam kepada lima travel agen yang membawa jemaah haji. Alhamdulillah lebih 250 ekor kambing untuk qurban dan aqiqah telah kami uruskan untuk jemaah umum dari berbagai negara dan selebihnya lebih 1300 ekor untuk qurban, aqiqah dan dam untuk jemaah haji. Majoriti adalah dari kalangan pelanggan kami sejak beberapa tahun lepas.

Ramai yang berminat buat qurban dan aqiqah di Mekah kerana harganya lebih murah, tahun ini harga seekor RM500, berbanding kambing tempatan yang jauh lebih mahal sehingga mencecah RM750 seekor. Selain daripada itu pahala berqurban dan beraqiqah di Tanah Suci berkali ganda lebih besar, setiap ibadah yang dilakukan di Mekah dijanjikan pahala 100 ribu kali ganda.

Kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang telah mengamanahkan tugas besar ini dengan ini dimaklumkan semua qurban dan aqiqah telah diselesaikan dengan jayanya. Qurban dan Aqiqah dilaksankan oleh wakil kami Ustaz Effendi bukan sekadar diserah pada agen sahaja. Video dan gambar diambil sendiri oleh wakil kami. Klik pada dua gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar. Kepada yang takut darah lebih baik jangan tengok.

Kami sangat berhati-hati untuk menyelesaikan amanah ini kerana ramai juga agen yang tidak amanah dengan menawarkan harga yang murah tetapi tidak melaksanakan qurban dan aqiqah dan ada juga sendiket yang menggunakan kandang yang sama untuk beberapa pelanggan yang berbeza, makna seeokor kambing disembelih untuk beberapa nama jemaah. Semuga kita terpelihara dari penipuan.

Video Qurban dan Aqiqah Kambing Mekah 2017


Tabung Qurban kambing di Tanah Suci Mekah

Walaupun hanya RM500 seekor lebih murah dari harga kambing tempatan, isu tidak cukup dana adalah paling utama majoriti sahabat-sahabat tidak dapat melaksanakan qurban walaupun sekurang-kurangnya seekor kambing untuk satu keluarga.

Terfikir juga nak buat tabung qurban kambing Mekah untuk musim 2018. Peserta yang berminat hanya perlu menambung kepada kami RM50 sebulan selama 10 bulan bermula bulan Oktober 2017. Kumpul sikit-sikit tak terasa sangat tapi pulangannya memang berganda-ganda.

Apa kata kekawan dengan idea ini?

Kalau suka idea ini sila komen “Saya Sokong” dan kongsi entri ini pada kawan-kawan yang mungkin juga minat dengan cara ini. Kepada yang nak ikut serta sila PM @ Amir Denaihati

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

24 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!