Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Maaf sibuk sangat sudah agak lama tak update blog. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Kali ini Abang nak berkongi kisah qurban dan aqiqah kambing di Mekah yang telah diamnahkan kepada kami untuk diuruskan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Musim haji tahun 2017 berbeza daripada tahun lepas. Quota jemaah haji Malaysia ditingkatkan daripada 22 ribu kepada 30 ribu dan daripada maklumat terakhir lebih 40 ribu jemaah haji Malaysia telah terpilih melalui berbagai pakej haji. Oleh kerana peningkatan jumlah jemaah haji makanya kami tidak terlalu mempromosi khidmat qurban kambing di Mekah kepada jemaah umum melainkan rakan-rakan rapat dan keluarga.
Fokus lebih memberi khidmat qurban dan dam kepada lima travel agen yang membawa jemaah haji. Alhamdulillah lebih 250 ekor kambing untuk qurban dan aqiqah telah kami uruskan untuk jemaah umum dari berbagai negara dan selebihnya lebih 1300 ekor untuk qurban, aqiqah dan dam untuk jemaah haji. Majoriti adalah dari kalangan pelanggan kami sejak beberapa tahun lepas.
Ramai yang berminat buat qurban dan aqiqah di Mekah kerana harganya lebih murah, tahun ini harga seekor RM500, berbanding kambing tempatan yang jauh lebih mahal sehingga mencecah RM750 seekor. Selain daripada itu pahala berqurban dan beraqiqah di Tanah Suci berkali ganda lebih besar, setiap ibadah yang dilakukan di Mekah dijanjikan pahala 100 ribu kali ganda.
Kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang telah mengamanahkan tugas besar ini dengan ini dimaklumkan semua qurban dan aqiqah telah diselesaikan dengan jayanya. Qurban dan Aqiqah dilaksankan oleh wakil kami Ustaz Effendi bukan sekadar diserah pada agen sahaja. Video dan gambar diambil sendiri oleh wakil kami. Klik pada dua gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar. Kepada yang takut darah lebih baik jangan tengok.
Kami sangat berhati-hati untuk menyelesaikan amanah ini kerana ramai juga agen yang tidak amanah dengan menawarkan harga yang murah tetapi tidak melaksanakan qurban dan aqiqah dan ada juga sendiket yang menggunakan kandang yang sama untuk beberapa pelanggan yang berbeza, makna seeokor kambing disembelih untuk beberapa nama jemaah. Semuga kita terpelihara dari penipuan.
Video Qurban dan Aqiqah Kambing Mekah 2017
Tabung Qurban kambing di Tanah Suci Mekah
Walaupun hanya RM500 seekor lebih murah dari harga kambing tempatan, isu tidak cukup dana adalah paling utama majoriti sahabat-sahabat tidak dapat melaksanakan qurban walaupun sekurang-kurangnya seekor kambing untuk satu keluarga.
Terfikir juga nak buat tabung qurban kambing Mekah untuk musim 2018. Peserta yang berminat hanya perlu menambung kepada kami RM50 sebulan selama 10 bulan bermula bulan Oktober 2017. Kumpul sikit-sikit tak terasa sangat tapi pulangannya memang berganda-ganda.
Apa kata kekawan dengan idea ini?
Kalau suka idea ini sila komen “Saya Sokong” dan kongsi entri ini pada kawan-kawan yang mungkin juga minat dengan cara ini. Kepada yang nak ikut serta sila PM @ Amir Denaihati
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
24 Comments
harga RM500 sangat baik dan berpatutan..
sangat ingin pulak nak buat korban dan aqiqah untuk tahun 2018..
doakan saya untuk murah rezeki tahun ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik
saya sokong. Bijak idea menabung sebegini. Setidak-tidaknya takdelah terasa sgt utk keluarga sejumlah wang tu
Curahan rasa JMR @ ..Homestay Murah Port Dickson
Kalau buat tabungan konsisten ni memang boleh melaksanakan qurban tahun 2018
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mak Orang pun Boleh nak Dapat Kulit Cantik Berseri Tau!
tempat asal ibadah kurban dijalankan huhu..terbaiklah kalau boleh berkorban di sana
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Maksud Gelaran Pescao untuk Hafizh Syahrin Pelumba Moto2 Malaysia
Bestnyaaa suasana di mekah. Teringin sangat nak pergi. Bila lah jodoh dan rezeki nak sampai. Doa je pada Allah .
Mmg kebanyakan tempat harga dia mcm tu ek, walau ape pun, tanam azam nk buat korban jugak kt mekah insyaallah dipermudahkan
Curahan rasa Syakilla @ ..Cara Atasi Sindrom Malas Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Harga seekor kambing RM500 sudah cukup murah berbanding harga kambing tempatan yang diwar-warkan dari sebuah masjid baru-baru ini untuk ibadah aqiqah dan qurban bermula dari RM850 seekor. Ibadah di Mekah sangat tinggi ganjarannya.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat Penyakit
Sebagaimana kita buat perancangan dengan hal duniawi kita begitu juga dengan hal akhirat kita sudah tentu perlukan perancangan. Saya sokong sangat dengan niat Tuan Amir Denaihati tu .
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Banyak naik tu agaknya sebab ekonomi arab saudi merosot
sampai buat pinjaman riba dari imf
Hmm
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Tadika Pra Tahfiz Az Zahrah di Klang. Memang Terbaik!
Assalamualaikum ibu ucapkan. Bagus dapat buat qurban dan aqiqah di mekah
lagi afdhal sebab pahalanya berlipat kali ganda
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..8 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3 & Pantang larang hamil!
Tahun depan pun nak cuba rebut peluang untuk Qurban di Mekah. Doakan saya supaya tercapai cita-cita tu.
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
saya sokong semoga berhasil idea yang mulia ini untuk membuka tabung kurban di Mekkah
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Jajan – Getuk Lindri
makin lama makin mahal ye harga kambing ni.. kalau harga lebih renda mesti lebih ramai yg nak buat akikah dah korban
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menu Best di Hayaki Cafe
So far tak pernah lagi turun harga kambing ni. Semuanya makin naik, cuma petrol aje baru turun 2 sen baru-baru ni.
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Ibadah Qurban adalah ibadah yang secara langsung dirasakan oleh orang-orang yang ada disekitar, pendidikan peduli terhadap lingkungan sosial sangat kental di Ibadah ini.
Ibadah Mahdoh sekaligus Ghoir Mahdoh
Semoga setiap tahun kita diberikan rizki untuk menjalankan ibadah Qurban ini
Bikin Baju Design Sendiri
banyak korban kambing tahun ni..
ada tu sampai cecah rm800.. mahal
harapnya next year rm500 dapat dikekalkan
pasti customer akan buat korban lg..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Healthy home organic Shaklee bantu anda membersih rumah dan pakaian dengan selamat
Musim haji tahun lepas pun Rm500 semuga boleh dikekalkan untuk musim haji tahun depan ..aamiinn
Ada beli kambing tempatan untuk aqiqah anak, memang RM750 harganya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Salahkan Orang Lain Lagi Senang
Comments are closed.