Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada sabtu yang lepas bersamaan dengan 16 Ogos 2014, telah berlangsung majlis perasmian Pusat Kesihatan Al Ansar Health Cawangan Bandar Baru Bangi.
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress. Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar.
Al Ansar Health juga merupakan salah satu penaja bersama ketika SBB2014 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beberapa rakan blogger juga telah ke Al Ansar Health cawangan Shah Alam untuk merasai sendiri Rawatan Alternatif Resdung.
Papan tanda baru yang besar telah dipasang di cawangan Bandar Baru Bangi ini. Lokasinya terletak di Seksyen 8 berhampiran dengan Kedai Tudung Fareeda.
Sesudah para tetamu menikmati juadah, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa. Haji Khanafi memotong reben sebagai simbolik perasmian dan seterusnya menandatangani papan tanda Al Ansar Health.
Kemudian para tetamu masuk ke pejabat urusan Al Ansar Health Cawangan Bangi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Untuk hari perasmian tersebut, pembeli juga mendapat diskaun 10% bagi produk yang dibeli, diskaun 50% untuk rawatan. Bagi pembelian RM100 ke atas pula, percuma Mug Ekslusif Al Ansar dan percuma Eye Massage dengan pembelian RM200 ke atas.
Di sini, ada terdapat perawat lelaki dan perempuan bagi menjalankan terapi kepada pesakit. Antara terapi yang dilakukan di Pusat Kesihatan Al Ansar Health ini adalah:
- Rawatan resdung
- Rawatan bekam
- Terapi Sentuhan MMT (saraf)
- Tips Penjagaan Mata
- Khidmat nasihat
- Jualan produk kesihatan
Selain itu, turut juga dijual produk penjagaan kesihatan bagi kegunaan harian. Antara produk-produk keluaran Al Ansar Health adalah:
- Air Cypress
- Walit Madu
- Jus Peria
- Jus Arjuna
- Magnetic Aura Oil
- Aroma Oil
- Susu Kambing dan lain-lain lagi.
Buat mereka yang inginkan produk kesihatan Al Ansar Health, boleh juga ke laman Kedai Al Ansar Health Online
Bagi mereka yang ingin terus ke Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health cawangan Bandar Baru Bangi, boleh ke alamat di bawah:
Alamat : 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89263575 / 013-3322786 / 011-2327 7786
SENARAI CAWANGAN & STOKIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN AL ANSAR HEALTH
Lain-lain gambar :
122 Comments
Suami raya sedang mencari tempat untuk rawatan bekam. Kalau ada yg boleh share kos rawatannya? Terima ksh.
Curahan rasa Maizura @ ..Petikan Pembuka Kata Oleh Dr. Azizan Osman (DAO) dalam Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa
Comments are closed.