Pusat Pakaian Hari Hari, pilihan pelbagai rekaan terkini dengan harga berpatutan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila Ramadhan tiba, pasti ramai yang mula mencari kelengkapan pakaian dan peralatan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang beberapa bulan sebelum Ramadhan sudah selesai menyediakan semua kelengkapan ini.

Sekiranya mengambil pilihan untuk tempah khas kepada tukang-tukang jahit, memang ianya perlu dibuat lebih awal atau tempahan kita tidak akan dilayan di saat-saat akhir. Namun sekiranya kita tidak berkesempatan untuk melakukan tempahan tersebut, usah khuatir kerana ada banyak lagi pilihan pakaian yang siap untuk dibeli.

Pusat Pakaian Hari Hari

Antara tempat pilihan yang bagus untuk anda jadikan pilihan adalah Pusat Pakaian Hari Hari. Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis pakaian dengan rekaan terkini untuk seisi keluarga. Dari anak-anak hinggalah kepada ibu bapa.

Pusat Pakaian Hari Hari - pilihan bijak 11.10.54

Bahkan mereka juga menawarkan pilihan pakaian sedondon untuk seisi keluarga. Ini seringkali menjadi pilihan para ibu bapa untuk sama-sama memakai baju sedondon dengan anak-anak mereka. Apa yang paling menarik adalah, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari Hari ini adalah sangat berpatutan.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini, apabila kita mempunyai pilihan untuk berjimat cermat, itu adalah perkara yang baik. Terdapat tawaran set untuk seisi keluarga pada harga yang sangat berpatutan di Pusat Pakaian Hari Hari ini.

Pusat Pakaian Hari Hari - set pakaian keluarga
pakej set pakaian keluarga

Pusat Pakaian Hari Hari ini mempunyai 76 cawangan diseluruh negara, kebiasaannya kita boleh temui pusat pakaian ini walaupun di bandar-bandar kecil. Pilihan pakaian yang pelbagai dan juga harga yang rendah membuatkan ramai yang memilih untuk membeli belah di pusat pakaian ini.

Pusat Pakaian Hari Hari - pilihan bijak 10.54.39

Sekiranya anda masih mencari-cari pakaian atau kelengkapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, jangan ketinggalan untuk merebut peluang berjimat cermat dengan membeli belah bersama keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan.

Baru-baru ini, sempat bersama beberapa rakan blogger untuk membeli belah keperluan di Pusat Pakaian Hari Hari, jom kita lihat beberapa gambar gelagat rakan-rakan blogger memilih pakaian hari raya bersama keluarga.

rakan blogger yang memilih pusat pakaian hari hari
shakiddo dan melastik bintang, gambar sumber : melastikbintang.com
Baju raya anak
shakiddo sedondon dengan anaknya, sumber gambar: shakiddo.com
Eizil dan isteri sedondon dengan set pakaian Hari Hari
Eizil dan isteri sedondon dengan set pakaian Hari Hari

Kepada yang masih mencari-cari kelengkapan hari raya, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran serta promosi yang disediakan di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan rumah anda.

Selamat membeli belah.


Spread the love

84 Comments

  1. kami sefamily pun dah beberapa tahun jadi pelanggan setia Hari-hari…

    maklumlah anak ramai…

    ada pulak Kad Ria… lagilah best 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!