Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “super trader saham boleh buat duit banyak“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Pulangan pelaburan saham lebih seratus peratus.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sejak kebelakangan ini banyak berita kisah pelabur kecundang kerana mengejar pulangan pelaburan yang tinggi sehingga 20 – 30 % sebulan, malahan ada yang lebih. Ramai juga broker forex dan komoditi yang ditangkap kerana gagal memberi pulangan yang dijanjikan sehingga 50% seminggu. Antara program pelaburan paling hangat tersebar dalam berita adalah kegagalan program pelaburan JJPTR yang telah mengumpul pelaburan lebih RM500 juta.
Ramai pelabur tidak pernah serik walaupun berbagai sistem pelaburan sudah kecundang, tidak kiralah samada pelabur Melayu, Cina juga India. Janji pulangan sehingga 20 – 30 % sebulan bukanlah angka yang logik untuk pelaburan biasa tetapi ianya mendatangkan minat kepada pelabur yang inginkan pulangan segera. Siapa yang tidak suka duduk diam dapat banyak duit.
Ramai pelabur tidak tahu sebenarnya trade saham boleh bagi pulangan lebih tinggi daripada 20 -30 % sebulan, lebih seratus peratus pun boleh. Cuma konsep trade saham bukanlah duduk diam dapat banyak duit. Pelabur mesti bekerja setiap hari dengan membeli dan menjual saham terpilih berdasarkan analisa pasaran yang dibuat.
Sebut saham, ramai yang akan kata takut nak main saham sebab nanti rugi. Memang trade saham bukan skim cepat kaya, kalau tak ada ilmu dan tak pandai kawal emosi memang boleh rugi 100%. Yang penting mesti ada ilmu dan pandai guna teknologi yang sudah tersedia untuk mendapat keuntungan maksima dan mengurangkan kerugian. Risiko rugi boleh dikurangkan sehingga tahap 80%, syarat kena rajin belajar dan mahir membaca situasi menggunakan semua indikator teknologi yang tersedia.
Ada pulak yang kata nak main saham BSKL, modal mesti banyak. Itu hanya persepsi yang salah. Sekarang ada ramai guru, sifu dan mentor saham yang boleh membantu kita untuk belajar cara menganalisa saham bagi mendapat pulangan pelaburan lebih seratus peratus dengan modal yang mampu.
Rugi kalau tak nak belajar ilmu saham kerana dalam industri pasaran saham ramai yang menjadi jutawan saham senyap-senyap dengan bermula dengan modal yang ribu-ribu sahaja. Jangan tak percaya ada pelabur bermula dengan modal RM5,000 kini sudah mengumpul keuntungan lebih RM500 ribu.
Kepada pelabur yang nak melabur samada pelaburan emas, forex, bitcoin dan sebagainya, sila semak senarai syarikat pelaburan tidak sah tersebut di website Bank Negara Malaysia samada tersenarai antara syarikat yang disenarai hitam atau tidak, boleh juga download aplikasi BNM di smartphone anda.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
22 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik , like it
Skim cepat kaya atau cepat lingkup lahir setiap hari, modus operai yang sama tapi syarikat yang berbeza.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Kelas kelas saham banyak didapati di pasaran, nak belajar menerusi ebook atau webinar juga ada.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Melalui pelaburan saham.. membolehkan kita menjadi salah seorang “rakan kongsi” kepada beberapa syarikat besar dalam satu masa..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Inilah keunikan pelaburan saham jika hendak dibandingkan dengan paburan-pelaburan lain..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Dengan modal yang kecil sahaja mwmbolehkan kita menjadi “share partner” kepada syarikat2 besar seperti F&n, AEON, Nestle, Malakoff, Bernas dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Peluang macam ni seharusnya di rebut oleh golongan bumiputra, supaya kita dapat sama-sama berpeluang menikmati keuntungan syarikat.
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Kalau keuntungan setiap syarikat RM10 juta, dan kita dapat menikmati 0.1% daripada hasilnya.. itupun dah dikira cukup lumayan..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Cuba bayangkan jika ada 10 buah syarikat yang dapat memberi pulangan lumayan macam tu… tak ke masyuk melihat hasilnya..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Pelaburan Saham sekiranya kita ada ilmu yang betul… In Shaa Allah, boleh memberikan pulangan yang cukup lumayan..
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Homestay di Lumut Perak
Saya pernah didedahkan dengam ilmu saham ketika bekerja dalam syarikat antara bangsa suatu ketika dahulu.
Lot saham diurusniaga kat Nasdaq US..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Buat dengan minat maka hasilnya lebih gempak..
Buat dengan terpaksa hasilnya pasti berbeza lebih lebih dalam industri kewangan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Banyak instrumen pelaburan yang ditawarkan sekarang ni. Yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan macam saya ni memang kena selalu berhati-hati dan kawal rasa tamak tu sebab pulangan 20% hingga 30% sebulan tu memang rasa banyak sangat da. Boleh gelap mata tengok banyak sangat angka kosong kosong kat belakang tu kalau tak berfikir secara rasional la. Banyak kena buat kaji selidik tentang pelaburan, saham, skim cepat kaya atau skim ponzi ni sebab konsepnya lebih kurang sama je iaitu setiap pelaburan ada keuntungan, modal besar risiko besar dan sebaliknya, cuma yg membezakannya adalah sama ada pelaburan tu berdaftar dengan BNM atau tidak, patuh shariah atau tak, dan banyak lagi kriteria-kriteria yang perlu di ambil kira. Sekadar pandangan dari newbie yang masih cetek pengetahuan tentang pelaburan dan juga perancangan kewangan masa depan ni…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Pelaburan yang agresif adalah berisiko tinggi..
Jika nak selamat atau play safe boleh pilih pelaburan yang berisiko rendah tetapi pulangan perlahan sahaja
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Banyak pelaburan yang boleh dipilih dengan pulangan lumayan, asalkan patuh syariah, tiada masalah untuk melabur.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Yang Popular Di Bulan Ramadan
Pelaburan patuh syariah wajar dipilih supaya tidak ada rasa was was dan rezelki lebih berkat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Harap semakin kurang orang kita terus terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya.
Ada duit lebih tu belajarlah main saham yang betul.
tabiat kita nak nak duit cepat dan banyak tetapi kerja sikit menyebabkan ada yang sangggup melabur mengikut nafsu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
betul juga tu…boleh semak dulu di bank negara supaya lebih terjamin dan selamat sebelum urusan yang seterusnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Perbezaan Takaful Dengan Insurans Konvensional
Kalau ada wang lebih dan ada masa memantau boleh lah main saham….
Curahan rasa galut @ ..Kepentingan Mentor Untuk Usahawan Internet
Majoriti dikalangan kita yang fikir begini tetapi sebenarnya silap. Ramai pelabur yang masih bekerja tetap boleh menjana pendapatan daripada trade saham. Nak buat mesti kena ada modal tetapi bukan belasa ribu atau puluhan ribu seperti ramai fikirkan. ILMU trade saham boleh membantu kepada majoriti yang keliru.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya
Paling bagus kalau kita menggunakan modal yang kecil sebagai pemulaan.. Bila dah banyak duit baru guna yang modal yang besar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Comments are closed.