Pulangan pelaburan saham lebih hebat dari skim cepat kaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “super trader saham boleh buat duit banyak“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Pulangan pelaburan saham lebih seratus peratus.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sejak kebelakangan ini banyak berita kisah pelabur kecundang kerana mengejar pulangan pelaburan yang tinggi sehingga 20 – 30 % sebulan, malahan ada yang lebih. Ramai juga broker forex dan komoditi yang ditangkap kerana gagal memberi pulangan yang dijanjikan sehingga 50% seminggu. Antara program pelaburan paling hangat tersebar dalam berita adalah kegagalan program pelaburan JJPTR yang telah mengumpul pelaburan lebih RM500 juta.

Ramai pelabur tidak pernah serik walaupun berbagai sistem pelaburan sudah kecundang, tidak kiralah samada pelabur Melayu, Cina juga India. Janji pulangan sehingga 20 – 30 % sebulan bukanlah angka yang logik untuk pelaburan biasa tetapi ianya mendatangkan minat kepada pelabur yang inginkan pulangan segera. Siapa yang tidak suka duduk diam dapat banyak duit.

Ramai pelabur tidak tahu sebenarnya trade saham boleh bagi pulangan lebih tinggi daripada 20 -30 % sebulan, lebih seratus peratus pun boleh. Cuma konsep trade saham bukanlah duduk diam dapat banyak duit. Pelabur mesti bekerja setiap hari dengan membeli dan menjual saham terpilih berdasarkan analisa pasaran yang dibuat.

Sebut saham, ramai yang akan kata takut nak main saham sebab nanti rugi. Memang trade saham bukan skim cepat kaya, kalau tak ada ilmu dan tak pandai kawal emosi memang boleh rugi 100%. Yang penting mesti ada ilmu dan pandai guna teknologi yang sudah tersedia untuk mendapat keuntungan maksima dan mengurangkan kerugian. Risiko rugi boleh dikurangkan sehingga tahap 80%, syarat kena rajin belajar dan mahir membaca situasi menggunakan semua indikator teknologi yang tersedia.

Ada pulak yang kata nak main saham BSKL, modal mesti banyak. Itu hanya persepsi yang salah. Sekarang ada ramai guru, sifu dan mentor saham yang boleh membantu kita untuk belajar cara menganalisa saham bagi mendapat pulangan pelaburan lebih seratus peratus dengan modal yang mampu.

Rugi kalau tak nak belajar ilmu saham kerana dalam industri pasaran saham ramai yang menjadi jutawan saham senyap-senyap dengan bermula dengan modal yang ribu-ribu sahaja. Jangan tak percaya ada pelabur bermula dengan modal RM5,000 kini sudah mengumpul keuntungan lebih RM500 ribu.

Kepada pelabur yang nak melabur samada pelaburan emas, forex, bitcoin dan sebagainya, sila semak senarai syarikat pelaburan tidak sah tersebut di website Bank Negara Malaysia samada tersenarai antara syarikat yang disenarai hitam atau tidak, boleh juga download aplikasi BNM di smartphone anda.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

22 Comments

  1. Banyak instrumen pelaburan yang ditawarkan sekarang ni. Yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan macam saya ni memang kena selalu berhati-hati dan kawal rasa tamak tu sebab pulangan 20% hingga 30% sebulan tu memang rasa banyak sangat da. Boleh gelap mata tengok banyak sangat angka kosong kosong kat belakang tu kalau tak berfikir secara rasional la. Banyak kena buat kaji selidik tentang pelaburan, saham, skim cepat kaya atau skim ponzi ni sebab konsepnya lebih kurang sama je iaitu setiap pelaburan ada keuntungan, modal besar risiko besar dan sebaliknya, cuma yg membezakannya adalah sama ada pelaburan tu berdaftar dengan BNM atau tidak, patuh shariah atau tak, dan banyak lagi kriteria-kriteria yang perlu di ambil kira. Sekadar pandangan dari newbie yang masih cetek pengetahuan tentang pelaburan dan juga perancangan kewangan masa depan ni…hehe
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017My Profile

  2. Harap semakin kurang orang kita terus terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya.

    Ada duit lebih tu belajarlah main saham yang betul.

    1. Majoriti dikalangan kita yang fikir begini tetapi sebenarnya silap. Ramai pelabur yang masih bekerja tetap boleh menjana pendapatan daripada trade saham. Nak buat mesti kena ada modal tetapi bukan belasa ribu atau puluhan ribu seperti ramai fikirkan. ILMU trade saham boleh membantu kepada majoriti yang keliru.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Hidup ikut kemampuan jangan terlebih gayaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!