Puasa Enam bagus disegerakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sedih rasanya meninggalkan Ramadhan bulan yang penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan pengampunan dan gembira dapat menyambut Syawal bersama keluarga tercinta. Bagi mereka yang tahu kehebatan Ramadhan sangat mengharap agar setiap tahun itu adalah bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan madrasah yang mendidik kita menjadi insan yang sentiasa dekat dengan Allah swt. Menjadi suatu mujahadah kepada umat Islam untuk mengekalkan aktiviti ibadah yang telah dilaksanakan dalam bulan ramadhan untuk dilaksanakan dalam 11 bulan yang lain.

Selamat Berbuka Puasa

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Allah Subhanahu Wataala berfirman : “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Umat Islam disunatkan untuk melaksanakan puasa enam di bulan Syawal berdasarkan sabda Baginda Rasulullah yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim). Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Untuk mereka yang ingin berpuasa Qada bagi menganti puasa wajib yang ditinggal atas sebab tertentu maka ada fatwa yang membenarkan untuk dilakukan serentak dengan puaasa enam. Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Marilah kita berazam untuk menyempurnakan puasa enam yang ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun. Sayang sungguh kalau kita tidak dapat melaksanakan hanya kerana mengejar hari terbuka yang ada di sana sini. Puasa enam bagus disegerakan kerana semakin ditangguh semakin terlupa akhirnya.


Spread the love

85 Comments

  1. Memasuki Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal! Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Film Laskar PemimpiMy Profile

    1. ETELAH melewati bulan Ramadhan, kita memasuki bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam penanggalan hijriyah. Nyaris tidak ada penyambutan terhadap datangnya bulan syawal. Berbeda dengan ketika menyambut Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal!
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Film Laskar PemimpiMy Profile

        1. Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu.

          1. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu.

  2. Pingback: IMCurtain.com
    1. Kemudahan yg ada adalah hadiah jadi tak salah di amalkan kerana kekadang apabila diasingkan kekadang kedua-dua lansung tak buat. Islam itu sederhana dan mudah.

  3. puasa 6 merupaka satu lagi keistimewaan yang diberikaNya kepada hambanya bagi berpeluang menanbahkan serta menampung amalan kita.Seeloknya puasa 6 patut disegerakan.
    Curahan rasa sunglasses @ ..Used ray banMy Profile

      1. Bulan syawal juga adalah bulan yang baik untuk menikah. Hal ini sekaligus mendobrak khurafat, yakni pemikiran dan tradisi jahiliyah yang tidak mau melakukan pernikahan pada bulan Syawal karena takut terjadi malapetaka.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Film Laskar PemimpiMy Profile

      1. alhamdulillah sdg bgn sahur sambil tgu utk solat subuh.. kalau blh buat serentak hari ni da start puasa sunat enam la yer.. Ya Allah, indah nya islam…
        Curahan rasa tpinky @ ..Syukur AlhamdulillahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!