PRU13 Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, saat Malaysia Memilih untuk PRU13 semakin hampir. Debaran semakin dirasa dikalangan calon dan penyokong yang sudah bermatian berkempen sejak berakhirnya PRU12. Medan sosial media Facebook dan Twitter menjadi medan yang paling hangat menyebarkan ideologi cuba memujuk kawan-kawan dengan berbagai ayat manis yang disertakan dengan video, gambar dan dalil ayat al Quran dan Hadith. Tak kurang juga yang mengutuk, memaki dan mengherdik jika pandangan mereka tidak diterima sehingga tiada ruang perbezaan pendapat. Adakah silent majority akan bertindak seperti survey INI yang memihak kepada BN?

Badan dah penat berkempen, minda dah letih membaca berbagai manifesto dan akujanji makanya 8 pagi 5/5/2013 adalah waktunya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kesianlah kepada yang penat-penat buat kerja tapi rupanya bukan pengundi. Pastikan selepas ini daftar sebagai pengundi untuk PRU14.

Sebelum nak pergi mengundi kena buat persiapan. yang paling penting semak daftar pemilih dan lokasi mengundi supaya tak perlu buang masa kalau tersalah pusat mengundi lagi parah kalau dianggap sebagai Pengundi Hantu. Kepada sesiapa yang belum semak nama dan lokasi mengundi boleh buat semakan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – http://daftarj.spr.gov.my. Bukan susah nak semak hanya perlukan memasukan no kad pengenalan dalam kotak yang disediakan dan dalam beberapa saat akan terpampang keputusannya seperti ini …

Semak Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Pasti datang awal untuk mengundi jangan dilewat-lewatkan manalah tahu cuaca tak bagus sebelah petang atau berlaku masalah-masalah lain sehingga kita gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Rakyat Malaysia .. pasti rugi tu. Untuk melancarkan proses mengundi sila ikut Tips Untuk Mengundi seperti yang telah dimaklumkan oleh SPR dalam betuk animasi di bawah.

PRU13 Tips Untuk Mengundi

Untuk mengetahui Calon Parlimen kawasan anda sila klik SINI. Undi adalah rahsia walaupun ramai yang telah menzahirkan termasuk dikalangan Rakan Blogger. Pemenang sebenar adalah Rakyat Malaysia yg akan mendapat berbagai kemudahan seperti yang telah dijanjikan oleh Pemimpin Parti Politik.

Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.

PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang bakal diumumkan pada malam 5/5/2013. Mungkin entri nasihat INI boleh dijadikan panduan.

SUDAHKAH ANDA SEMAK DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI ANDA?? 


Spread the love

33 Comments

  1. Infonya sangat bagus gan juga sangat bermanfaat sekali ,,terimakasih semoga lancar dalam mengelola bloggernya
    sukses selalu

    Infonya sangat bagus gan juga sangat bermanfaat sekali ,,terimakasih semoga lancar dalam mengelola bloggernya
    sukses selalu
    Curahan rasa Lutvie Hakim @ ..Obat Herbal Alami Asam LambungMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!