Proton Saga FLX

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minggu lepas seorang teman yang menetap di Keningau, Sabah datang ziarah dengan Proton Saga FL baru kepunyaan bapa mertuanya. Katanya beli cash hasil jual tanah memang menarik jatuh cinta pulak tengok. Memang tidak dinafikan kereta Proton semakin canggih mengikut peredaran zaman. Tengok kereta Proton Saga FL ni teringat pulak pada Kak Jie yang beli dengan duit hasil iklan Innity.

25/7/2011 Proton Saga FL melangkah setapak lagi dengan pelancaran Proton Saga FLX, pelancaran rasmi pada bulan OgosWalaupun comel tapi Proton Saga FLX memang kelihatan menarik dengan reka bentuk yang up to date sekali tengok dari belakang ada ala-ala potongan Mez C-Class pulak tu.

Proton Saga FLX pasti jadi rebutan

Baru-baru ini Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan Produa MyVi. Dengan kehadiran Proton Saga FLX pasti mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran Automobil Malaysia. Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK. Tapi adakah kita sendiri yakin dengan Jenama Kereta Nasional. Kalau tanya aku pasti dan masih memandu Wira Sedan di samping kereta yang lain.

Proton Saga FLX memang menarik

Kepada yang mencari kereta untuk menyambut Aidil fitri tahun ni bolehlah mula menempah. Anggaran Harga Proton Saga FLX CVT Standard  bermula pada RM41,998 dengan beberapa pilihan mengikut selera pembeli. Saksikan video Proton Saga FLX.

Berita terbaru Proton :

1. 17 Okt 2011 – Proton kini mengumumkan pemberian jaminan ke atas komponen power window sepanjang hayat kenderaan yang dibeli oleh orang ramai. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, jaminan itu meliputi kereta yang dijual di pasaran domestik untuk pendaftaran persendirian dan syarikat. ”Kami memberi jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan. ”Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton,” kata beliau dalam satu taklimat di sini hari ini. Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa. Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.

2. 18 Okt 2011 – Proton Holdings Bhd. merancang mengkomersialkan kenderaan elektriknya pada 2013, kata Pengarahnya Datuk Zainuddin Che Din. Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.


Spread the love

78 Comments

  1. xde duit nk wt downpayment? xde duit nk renew insurance? xde duit nk service maintanance? xde duit nk modify kereta? klick sini. hanya RM20, anda boleh dapat sehingga RM 5k

  2. bulan 5 baru beli fl..tup tup dah kluar flx pulak..haih meruntun hati..boleh ke nak tuka gearbox fl kpd yg mcm flx ni?

  3. cantik la plak..tp npe proton xwt promo utk student da..student skrg ni rmai nk pkai kreta..

  4. Totally agreed..especially after seeing this about proton saga flx..have a look..:)

    http://says.my/greenlife/proton-saga-cvt

    The Proton Saga has been a part of our Malaysian heritage with multiple innovations over the past years. Take a look at the new features in the ProtonSaga has this year. Find out what CVT, ABS+EBD and Proton Ride & Handling means, and how it would benefit your drive.

  5. saga harga bwh 45k ok ke pakai cvt ? cvt ni biase nyer pakai kt kreta mewah.. macm mne dia punyer maintenance yek… harap2 cvt ni ok lah jgn mcm gearbox perdana plk asyik rosak je, yg menarik power window lifetime warranty… bagus2 barulah kereta rakyat

  6. wah proton sudah mulai masuk ke Indonesia ni. Malaysia hebat juga ya!

    1. da lama masuk indon..tp lagi murah dr malaysia…june2011 pergi batam…harga GEN2 high end spec…lps convert MYR…lbh krg 42000 ja…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!