Projek Review Ultrabook Toshiba

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bermula 5/3 – 30/4/12 adalah Bulan Ultrabook Toshiba Portege Z830 di blog, twitter dan FB Fanpage Denaihati. Sempena Bulan Toshiba Portege Z830 banyak aktiviti akan berlansung secara aktif di semua channel sosial media Denaihati. Aku tidak mahu syok sendiri tetapi nak ajak semua Rakan Blogger ikut serta. Sila baca dengan teliti apa yang akan ditulis di bawah ini dan tolong baca 4-5 kali sebelum membuat keputusan.

1. Terbuka kepada semua Blogger baru dan lama  dari seluruh dunia.

2. Perlu buat satu entri kreatif dan berinformasi yang boleh menarik perhatian penganjur tentang Ultrabook Toshiba Portege Z830 dan tinggalkan link entri tersebut di commentLuv entri ini. Tajuk entri mesti ada perkataan Ultrabook Toshiba Portege Z830.

3. Diakhir setiap entri sila sertakan ayat berikut “Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel MalaysiaEizil.comAnarm.neteQurban.com, Alansarproperties.comKedai Kak Siti, Azri.my, Apesal.com dan Jerungperkasa.com

4. Tarikh tutup untuk mengirim link penyertaan adalah pada 11.59pm, 6/3/12.

5. Entri yang menarik perhatian penganjur akan di publish di blog Denaihati bersama review ringkas blog dan backlinks.

6. Entri yang terpilih akan juga di retweet dan di post di wall FB Fanpage Denaihati.

7. Setiap blog yang terpilih diberi masa 7 hari untuk mengumpul markah terbanyak. Jumlah markah dikira berdasarkan (kena menuntut ilmu dengan finalist contest gadget impian) :

  •  Jumlah FBlike, Retweet, Linkedin, Google + 1 dan Komen di entri yang di publish di blog Denaihati.
  • Jumlah link referrer daripada blog terpilih ke blog Denaihati mengikut pengiraan google analytic.
  • Jumlah komen untuk entri terpilih di post Fanpage Denaihati.
  • Jumlah FBlike, Retweet, Linkedin, Google + 1 dan Komen di entri original blog terpilih bermula dari masa entri di publish di Blog Denaihati.

8. Pemenang dikira mengikut jumlah markah terbanyak.

9. Hadiah utama adalah sebuah Ultrabook Toshiba Portege Z830 i5 dan hadiah-hadiah saguhati lain akan diumumkan kemudian. Yang pasti setiap perserta yang terpilih akan mendapat backlinks dan promosi jenama blog yang meluas.

10. Keputusan adalah muktamat.

11. Penganjur pada bila-bila masa boleh mengubah syarat jika perlu untuk melancarkan penganjuran.

12. KEPADA SEMUA PEMBACA JANGAN TINGGALKAN APA-APA KOMEN DALAM ENTRI INI MELAINKAN KOMEN DAN LINK PENYERTAAN SAHAJA.  Semua komen selain komen penyertaan akan di delete. Yang teringin nak komen bolehlah komen masa retweet, kat Google + 1 atau Facebook bukan apa takut penganjur tak perasaan link penyertaan. Nak komen boleh komen di entri “Pembaca blog Denaihati dengar kata“.

Mari kita ramai-ramai meriahkan Bulan Ultrabook Toshiba Portege Z830 sambil berkongsi ilmu dan mendapat hadiah yang menjadi impian ramai Blogger. Selamat maju jaya. Kalau nak menang jangan bagi tahu kawan-kawan kalau ramai join susah juga nak bersaing.

Nota : Hadiah Toshiba Portege Z830 adalah pemberian Tohsiba. Kepada Syarikat dan Blogger yang sudi nak menjadi penaja sila DM dan link anda akan disertakan dalam semua entri peserta.


Spread the love

108 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!