Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bermula 5/3 – 30/4/12 adalah Bulan Ultrabook Toshiba Portege Z830 di blog, twitter dan FB Fanpage Denaihati. Sempena Bulan Toshiba Portege Z830 banyak aktiviti akan berlansung secara aktif di semua channel sosial media Denaihati. Aku tidak mahu syok sendiri tetapi nak ajak semua Rakan Blogger ikut serta. Sila baca dengan teliti apa yang akan ditulis di bawah ini dan tolong baca 4-5 kali sebelum membuat keputusan.
1. Terbuka kepada semua Blogger baru dan lama dari seluruh dunia.
2. Perlu buat satu entri kreatif dan berinformasi yang boleh menarik perhatian penganjur tentang Ultrabook Toshiba Portege Z830 dan tinggalkan link entri tersebut di commentLuv entri ini. Tajuk entri mesti ada perkataan Ultrabook Toshiba Portege Z830.
3. Diakhir setiap entri sila sertakan ayat berikut “Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel Malaysia, Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Alansarproperties.com, Kedai Kak Siti, Azri.my, Apesal.com dan Jerungperkasa.com“
4. Tarikh tutup untuk mengirim link penyertaan adalah pada 11.59pm, 6/3/12.
5. Entri yang menarik perhatian penganjur akan di publish di blog Denaihati bersama review ringkas blog dan backlinks.
6. Entri yang terpilih akan juga di retweet dan di post di wall FB Fanpage Denaihati.
7. Setiap blog yang terpilih diberi masa 7 hari untuk mengumpul markah terbanyak. Jumlah markah dikira berdasarkan (kena menuntut ilmu dengan finalist contest gadget impian) :
- Jumlah FBlike, Retweet, Linkedin, Google + 1 dan Komen di entri yang di publish di blog Denaihati.
- Jumlah link referrer daripada blog terpilih ke blog Denaihati mengikut pengiraan google analytic.
- Jumlah komen untuk entri terpilih di post Fanpage Denaihati.
- Jumlah FBlike, Retweet, Linkedin, Google + 1 dan Komen di entri original blog terpilih bermula dari masa entri di publish di Blog Denaihati.
8. Pemenang dikira mengikut jumlah markah terbanyak.
9. Hadiah utama adalah sebuah Ultrabook Toshiba Portege Z830 i5 dan hadiah-hadiah saguhati lain akan diumumkan kemudian. Yang pasti setiap perserta yang terpilih akan mendapat backlinks dan promosi jenama blog yang meluas.
10. Keputusan adalah muktamat.
11. Penganjur pada bila-bila masa boleh mengubah syarat jika perlu untuk melancarkan penganjuran.
12. KEPADA SEMUA PEMBACA JANGAN TINGGALKAN APA-APA KOMEN DALAM ENTRI INI MELAINKAN KOMEN DAN LINK PENYERTAAN SAHAJA. Semua komen selain komen penyertaan akan di delete. Yang teringin nak komen bolehlah komen masa retweet, kat Google + 1 atau Facebook bukan apa takut penganjur tak perasaan link penyertaan. Nak komen boleh komen di entri “Pembaca blog Denaihati dengar kata“.
Mari kita ramai-ramai meriahkan Bulan Ultrabook Toshiba Portege Z830 sambil berkongsi ilmu dan mendapat hadiah yang menjadi impian ramai Blogger. Selamat maju jaya. Kalau nak menang jangan bagi tahu kawan-kawan kalau ramai join susah juga nak bersaing.
Nota : Hadiah Toshiba Portege Z830 adalah pemberian Tohsiba. Kepada Syarikat dan Blogger yang sudi nak menjadi penaja sila DM dan link anda akan disertakan dalam semua entri peserta.
108 Comments
Siap juga akhirnya. 3 jam ambik masa perah idea. ini contest kedua daripada DH yang sempat saya join 😉
Curahan rasa Amirez @ ..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di Dunia
sesi mencuba dan terus mencuba dari blog hatisamronkin.com.
Curahan rasa nik @ ..Toshiba Ultrabook Portege z830 misi terlaksana?
Kepada semua peserta sila update senarai penaja kerana ada penaja baru azri.my yang akan sponosr top up RM10 x 5.
Curahan rasa denaihati @ ..Pembaca blog Denaihati dengar kata
Percubaan join contest
http://blog.izzataziz.net/read/ada-apa-dengan-ultrabook-toshiba-portege-z830/
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Ada apa dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830?
ok buat draft tengah malam semalam, hari ni baru ada masa nak edit dan terus post. Rasa-rasanye tiga jam gak la saya buat post ni dengan kaji betul-betul Z830 ni, tak macam ariffshah.. kejap je siap. Tak cukup power saya ni..hehe
Curahan rasa muazfaris @ ..Apakah Kelebihan Ultrabook Toshiba Portégé Z830 ultraseksi?
akhirnya saya join buat kali pertama contest di DH,…sekadar bermonolog…….
Curahan rasa tuan tanah @ ..Kenapa Perlu Pilih Ultrabook Toshiba Portege Z830
salam saya join untuk memberi sokongan .. terima kasih ..
PSST : DH kena baca entri tu dan komen sikit , takut ada info yg tersalah sebab saya dpt info dari google jek semua tu …
kalau ada tersalah sy boleh update lain 🙂
Curahan rasa puanbee @ ..Ultrabook Toshiba Portege Z830 i7 Ultraseksi & Ultraslim
Jangan masuk untuk menyokong je tapi buat sungguh heeee. Ni harganya lagi mahal dari gadget impian.
Curahan rasa denaihati @ ..Pembaca blog Denaihati dengar kata
ingat nak beri sokongan jek .. sebab tk boleh fokos ni , cuti dah nak dekat ..takut tk de depan lappy jek
Curahan rasa puanbee @ ..Ultrabook Toshiba Portege Z830 i7 Ultraseksi & Ultraslim
Assalamu’alaikum…ini kali pertama, saya mencoba ikutan Projek Review seperti ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Gadget Idaman Saya
Saya sudah buat review Toshiba Protege Z380!
Curahan rasa azmanisma @ ..Toshiba Protege Z830 Idaman Saya
Sekedar mencoba ikutan http://metrotik.com/ultrabook-toshiba-portege-z830-perpaduan-terbaik-antara-gaya-desain-dan-performa
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ultrabook Toshiba Portégé® Z830 Perpaduan terbaik antara Gaya, Desain, dan Performa.
first! heheheeh… tiba-tiba rajin pulak nak join contest lagi
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Saya Berminat Dengan Toshiba Ultrabook Z830?
bro ariff dah join. punah harapan
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Sambal Belacan Kampung
Terima kasih menyahut cabaran. Menarik juga informasi yang dikongsiakn.
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara Meningkatkan Trafik Blog
Comments are closed.