Assalamualaikum dan selamat pagi,
harini team Denaihati Network akan berada di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, untuk bersama-sama menemuramah dan menyertai program yang dianjurkan oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).
Majlis yang dinamakan Inovasi Digital Johor ini diadakan untuk memberikan penerangan dan maklumat kepada orang ramai bagaimana untuk menambah pendapatan dengan Ekonomi Digital.
Ini merupakan acara ketiga diadalam oleh MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia.
Program #YouCanDuit untuk membantu rakyat setempat
Sebelum ini, dua acara seperti ini telah diadakan di Kuching, Sarawak dan juga di Kuala Terengganu, Terengganu. Kali ini lokasi Johor Bahru sebagai lokasi ketiga dalam siri jelajah Malaysia ini.
Kami diberitahu, seterusnya MDEC akan mengadakan acara seperti ini di Perak, Pahang dan Sabah.
Program #YouCanDuit ini diwujudkan untuk membantu seluruh warganegara Malaysia untuk menambah pendapatan harian. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akan mendapat manfaat secara langsung apabila menyertai program ini.
Ekonomi Digital merupakan trend yang sedang berkembang dan akan menjadi satu ekosistem yang diterima oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
Anda tidak perlu lagi mengeluarkan modal yang besar untuk menjana pendapatan melalui Ekonomi Digital yang sedang berkembang pesat ini.
#YouCanDuit Pemangkin Ekonomi Digital
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak MDEC, boleh terus ke halaman #YouCanDuit di pautan berikut : http://youcanduit.mdec.my
Jangan lupa untuk follow Facebook Fanpage Denaihati Network untuk lintas langsung terus dari Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru. Kami akan membawakan berita-berita terkini untuk memberi lebih kefahaman kepada semua mengenai program #YouCanDuit yang dianjurkan oleh MDEC ini.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- eUsahawan membantu usahawan mikro untuk membina perniagaan berdaya saing #YouCanDuit
- iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk pengunjung Perasmian My Agro Hypermart
- Liputan Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart
- Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
23 Comments
Semoga program ini bisa meningkatkan taraf ekonomi warga malaysia …. Dan bisa juga menambah penghasilan tambahan bagi warga nalaysia…
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
Selamat bagi yang sudahenghasilkan duit .. Dan sukses selalu ….. Dan berjaya selalu
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Oh… Rupanya program di Johor ini akan dijalankan pada hari ini 12 Ogos 2016. Mungkin lain kali akan hadir. Berita terkini akan diadakan pula di Kota Bharu, Kelantan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Saya teruja bila dapat sms mengatakan anda layak dan terpilih untuk program eUsahawan Desa anjuran MDec ini. Peluang ini saya todak lepaskan peluang dan terus membalas mesej “Hadir” sebagai balas terhadap mesej tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Lebih menarik lagi, ianya percuma, makanan disediakan untuk sarapan pagi dan tengahari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Lepas saja habis kursus, mereka memberi kita sijil penyeryaan atau sijil penghargaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Deman Pokemon Go Melanda Malaysia
Comments are closed.