Program #eUsahawan Mampu Jana Pendapatan Berlipat Kali Ganda

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tanpa kita sedari zaman sekarang sudah maju dan berubah. Segalanya berubah dari segi kehidupan seharian seperti prasarana, pakaian, teknologi dan juga sudah tentu ekonomi. Pada masa kini, kos saraan hidup semakin meningkat dan faktor ekonomi dunia juga memainkan peranan yang penting dalam pendapatan dan perbelanjaan setiap orang.

Namun begitu, seharusnya kita menjadi lebih kreatif dan pantas merebut peluang yang ada terutamanya bakal-bakal usahawan dan usahawan yang semakin ramai di dalam industri perniagaan ini. Ramai yang ingin berniaga tetapi kurang ilmu pengetahuan dari bebeberapa perkara seperti teknik pemasaran.

Pada masa ini, pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sedang giat menyediakan program khas eUsahawan untuk para usahawan di bawah kempen #YouCanDuit

eUsahawan Buat Duit

Program eUsahawan

MDeC telah melancarkan program e-Usahawan bertujuan memberi inspirasi dan mendedahkan belia Malaysia dan usahawan mikro kepada keusahawanan digital. Program eUsahwan ini telah dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan rakan kongsi industri termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Mara, Persatuan Eksekutif Perniagaan, eSentral, Celcom, Karangkraf dan Lelong.My.

Tidak mengira jantina atau kaum, program eUsahawan ini amat sesuai untuk semua golongan. Ada yang sudah lama dalam bidang perniagaan secara tradisional dan ada yang belum pernah mengetahui ilmu pemasaran secara atas talian ini.

eUsahawan Johor

eUsahawan membantu menjadikan perniagaan kita berjaya dengan  maklumat, inovasi , pengetahuan dan pemasaran. Makumat yang didapati secara digital, dapat pasarkan produk secara lebih meluas lagi termasuk ke luar negara. Ini kerana sistem digital ini tiada sempadan dan usahawan-usahawan di Malaysia tidak harus melepaskan peluang ini.

Asalkan anda mempunyai produk ataupun servis untuk dijual, sudah pasti program eUsawahan di bawah kempen #YouCanDuit ini akan membantu menambah ilmu perniagaan dan pemasaran.

MDeC eUsahawan

Testimoni eUsahawan

Siti Noratiqah Hassan yang berumur 25 tahun telah menjadikan eUsahawan satu platform yang tepat untuk mengembangkan perniagaannya. Pada asalnya beliau hanya inginkan pendapatan tambahan sebanyak RM500-RM600 sebulan dan hanya sekadar suka-suka sahaja. Namun setelah mendapat tahu program eUsahawan ini beliau telah mencatatkan keuntungan bersih yang berlipat ganda.

Banyak perubahan positif dengan pengetahuan dari program eUsahawan ini. Jika dulu beliau hanya seorang, tetapi kini mampu mengupah tujuh orang untuk membantu beliau di dalam perniagaan dropship jubah. Apa yang lebih mengejutkan, keuntungan bersih pasukan beliau sebelum Hari Raya baru-baru ini mencecah RM20,000 berbanding hanya RM3000 hingga RM4000 sebulan.

Sudah pasti ia akan menjadi pendorong untuk usahawan-usahawan yang lain untuk terus berusaha dan bersama program eUsahawan ini untuk lebih maju jaya.

Testimoni eUsahawan

Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih. Daftar sekarang melalui weblink bit.ly/eUsahawanweb untuk untuk menjana pendapatan secara online.


Spread the love

26 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!