Program eU@Marketplace membuka peluang usahawan mikro meluaskan pasaran mereka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

harini merupakan hari kedua program Daya eUsahawan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Program bermula pada awal pagi dan dihadiri oleh 3000 usahawan terpilih dari program eUsahawan anjuran Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Peserta hadir dengan penuh semangat untuk sesi perkongsian lanjutan yang diadakan oleh penggiat-penggiat industri yang terkemuka. Antara usahawan berjaya yang berkongsikan tips dan pengalaman mereka adalah seperti Dato’ Rizalman Ibrahim, Anne Idris, Prof. Datuk Doktor Muhaya Mohamad, Erma Fatima, Neelofa, Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly.

Dato' Sri Najib dalam lautan peserta daya eUsahawan
Dato’ Sri Najib dalam lautan peserta daya eUsahawan

Perasmian eU@Marketplace oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Dato' Sri Najib melancarkan program eU@Marketplace

Kemuncak acara pada siang hari kedua program Daya eUsahawan adalah perasmian eU@Marketplace oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Program eU@Marketplace ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh MDEC untuk menaik taraf usahawan-usahawan mikro yang menyertai program eUsahawan ke tahap yang lebih tinggi.

Kolaborasi bersama 7 platform jual beli online seperti Lelong.my, 11street.my, AVANA, EasyStore, AmaxMall, MyBazaar dan Shopee bakal membuka peluang membina ekosistem e-dagang bagi program eUsahawan. Ini adalah langkah MDEC untuk memperkasakan belia dan usahawan mikro menjangkau jualan melalui perniagaan online.

Kad ucapan terima kasih Dato' Sri Najib
Kad ucapan terima kasih gergasi untuk Dato’ Sri Najib

Peserta eUsahawan melalui kemudahan platform jual beli online ini akan dapat meluaskan capaian pasaran mereka bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara. Platform e-dagang ini memudahkan pengurusan perniagaan dan jual beli produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan mikro dalam program eUsahawan.

Malam gala dan anugerah

Pada sebelah malam, satu majlis gala makan malam dan anugerah telah diadakan untuk meraikan semua peserta eUsahawan yang terpilih ini. Mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam perniagaan yang mereka usahakan.

Ucapan oleh YB Khairy Jamaluddin

Majlis makan malam diserikan dengan teater Mak Cun yang membawa topik usahawan desa yang ingin memajukan perniagaan mereka melalui program eUsahawan anjuran MDEC. Teater yang ditulis berdasarkan kisah benar yang dialami oleh para usahawan mikro dalam program eUsahawan ini sangat menarik dan memberi impak kepada para peserta.

Perkongsian kisah kejatuhan Fizo Omar juga menjadi salah satu daripada intipati teater persembahan pada malam ini. Bagaimana beliau telah jatuh tersungkur kerana ditipu sehingga RM8 Juta dan akhirnya kini telah berjaya mengorak langkah yang membanggakan dalam perniagaan.

YB Khairy Jamaluddin turut hadir untuk memberi penghargaan kepada para peserta eUsahawan yang menghadiri program daya eUsahawan selama dua hari ini. Pelbagai anugerah telah disampaikan pada malam ini untuk beberapa kategori seperti berikut:

  • Anugerah Pensyarah TVET Terbaik eUsahawan 2016;
    – 
    Nik  Suriani Bt Nik Fauzi
    Politeknik Kota Bharu
  • Anugerah Pelajar TVET Terbaik eUsahawan 2016;
    – 
    Nur Athirah Binti Kamarul Zaman
    Politeknik Kota Bharu
  • Anugerah Pusat TVET Terbaik eUsahawan 2016;
    – 
    Politeknik Kota Bharu
  • Anugerah Pusat Latihan eUsahawan Mikro Paling Aktif 2016;
    – 
    PACE University Utara Malaysia, Sintok Kedah
  • Anugerah Pelatih eUsahawan Mikro Cemerlang 2016;
    – 
    Azriel Azim Bin Azelan
  • Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi 2016 (Perniagaan Sedia Ada);
    – 
    Nor Rashidah Binti Abd Hamid
  • Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi 2016 (Perniagaan Baru);
    – 
    Muhammad Akmal Danial Bin Shahril Dani
  • Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Mikro 2016;
    – 
    Mohamad Izzuddin Bin Isa
  • Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Muda 2016;
    – 
    Muhd Zakuan Bin Muhd Zain
  • Anugerah Penghargaan Khas
    – 
    Ybhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar

Penyampaian anugerah oleh YB Khairy Jamaluddin

Sememangnya usaha MDEC dalam membantu usahawan-usahawan mikro dan desa ini sesuatu yang sangat bagus dan memberikan faedah kepada ekonomi setempat. Ianya merupakan program berterusan yang membolehkan usahawan-usahawan berjaya dilahirkan.

Peningkatan hingga 40 kali ganda merupakan keputusan yang sangat bagus dan memberikan impak kepada perniagaan para usahawan yang menyertai program eUsahawan ini. Sehingga kini, lebih 30% peserta program eUsahawan berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga usaha tidak mengenal lelah yang disediakan oleh MDEC ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dalam pasaran.


Spread the love

19 Comments

  1. Alhamdullilah dan tahniah pada yang telah berjaya.Semoga bertambah lagi rezeki mereka dan kita semua.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!