Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pilihanraya kecil di Malaysia ibarat pesta yang ditunggu apabila seluruh jentera pilihanraya kedua-dua pihak turun membanjiri kampung dan bandar. Berbagai janji diikrar yang untung apabila limpahan projek diberikan kepada penduduk kawasan tersebut. Kali ini giliran PRK Rompin setelah penyandangnya arwah DS Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih. Permergian arwah tanpa disangka memang memeranjatkan semua terutama dengan cara yang begitu tragis.
PRK Rompin selang beberapa hari sahaja dengan PRK Permatang Pauh cuma sebabnya berbeza. PRK Permatang Pauh diadakan kerana penyandangnya DS Anwar Ibrahim dipenjarakan setelah gagal dalam rayuan kes liwat Saiful Bahri. Keputusan PRK Pematang Pauh sudah boleh dijangka dengan kedudukan Dr. Wan Azizah sebagai penganti agak sukar digugat walaupun khabarnya nak melawat DUN Kajang pun tak sempat. Untuk PRK Rompin Barisan Nasional di wakili oleh Datuk Hasan Arifin menentang Ustaz Nazri Ahmad dari PAS.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Rompin
Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini. Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi. Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.[/box]
PRK Rompin adalah gelanggang ujian kesetiaan rakyat kepada Barisan Nasional setelah GST yang diperkenalkan pada 1/4/2015 yang menjadi kritikan bukan sahaja daripada pembangkang malah NGO dan pemimpin tua Barisan Nasional termasuk Tun Dr. Mahathir. Parlimen Rompin juga jiran kepada Parlimen Pekan yang merupakan kawasan DS Najib Razak juga boleh dijadikan ujian berat kepada Perdana Menteri yang sedang diselubungi berbagai isu dari 1MDB sehingga ke majlis perkahwinan mewah anak beliau. Itu belum cerita lagi kisah isteri PM, DS Rosmah Mansur tetapi ini bukan gelanggang untuk menceritakan keburukan peribadi orang sebab takut sangat mati kita tak sempat nak memohon maaf.
Selalu sahaja keputusan pilihanraya kecil tidak bergantung kepada isu nasional, lebih kepada isu tempatan tetapi kali ini mungkin tidak. Janji Kerajaan untuk mengurangkan harga berbagai barang selepas memperkenalkan GST tidak menjadi kenyataan. Rakyat seperti membayar cukai berganda sehingga pada bulan pertama pengenalan GST hampir semua peniaga berdegil tidak mahu menurunkan harga baranag yang sepatutnya turun. Keputusan PRK Rompin pasti akan menjadi medan penentu kesetiaan rakyat kepada kepimpinan DS Najib Razak dan barisan menteri kabenit.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Permatang Pauh
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.[/box]
PRK Rompin adalah suara sebenar rakyat samada ianya sevokal dan segarang mantan PM, Tun Dr Mahathir yang menentang keras kepimpinan Najib Razak. Keputusan PRK Rompin juga memberi peluang kepada Barisan Nasional menilai semula strategi politik menjelang PRU14 untuk terus kekal mentadbir Malaysia dari jatuh ketangan pembangkang.
59 Comments
kekalkan harga kad reload tanpa GST dah cukup bagus..sebab kad reload adalah keperluan yang penting sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Sediakan Payung Sebelum Hujan
soal politik kadang-kadang bagus juga untuk diikuti agar tak la ketinggalan isu penting yang berlaku dalam negara..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Seronoknya Panggilan Pertama Guna Bestmobile
Sukar nak ramal…siapa yang menang Pilihanraya Umum 2015, apapun mengikut situasi semasa tidak memihak kepada Kerajaan BN. Itu yang dapat kita saksikan skrg.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut
Setiap kali ada pilihanraya, sudah pasti serangan peribadi akan timbul. Begitulah setiap kali ada PRU, baik negeri maupun negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut
Dengan isu terkini GST, BN sedikit terjejas dari segi undian mereka. Jika terus begini, BN mungkin tumbang pada PRU14.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut
Wakil rakyat yang menang diharap jalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan lupa terhadap pengundi yang menyokong.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut
Sukar nak ramal siapa yang menang pada PRU24 nanti. Ikut keputusan Pru Rompin dan Permatang Pauh, sokongan kedua-dua parti ini amat hebat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut
Kalau menang maka sila jalankan amanah dengan sebaiknya. Jangan dikhianati amanah yang diberikan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Miliki multivitamin TERTUA di dunia secara PERCUMA!
Tak sangka wakil BN masih menang dengan majoriti. Ini menunjukkan GST antara isu yang boleh diterima oleh rakyat
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Keadaan Yang Membuatkan Hubungan Seksual Tidak Selamat Ketika Kehamilan
Wibawa calon BN mungkin tak sehebat Allahyarham Dato’ Jamaludin Jarjis yang jasanya banyak pada negara. Namun pengurangan majoriti (bukan kecil) berkait rapat dengan penolakan terhadap GST.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee Mei 2015
X faham kenapa g sokong bn lagi.dah tau bn tu jenis menyusahkan ,g sokong lagi..
Semoga yang terpilih akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. dan tidak seperti yang sudah sudah dalam masalah keburkannya
Curahan rasa agen judi togel @ ..Agen Judi Togel Online ituCasino
kubu kuat tapi majoriti dh berkurang…nasib ade kaum Asli
tak sempat nak ikuti perkembangan PRK di rompin.
semoga semua calon dapat bertanding dengan baik.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Biskut Di Bulan Ramadan
haahla..tibe-tibe dengar dah menang je..masih lagi menunggu 40% barang yang turun harga selepas GST macam iklan tu cakap..
yang nampak, makin naik je!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
kebiasaannya rakyat akan lebih kepada isu setempat apabila pilihanraya…lagipun kawasan kubu ni susah nak bolos
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit Lutut
Comments are closed.