Bio Cypress Extra Pra Pelancaran Air Minuman Kesihatan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 12 September 2012 (hari Rabu) yang lepas syarikat Kumpulan Al Ansar dengan kerjasama eQurban.com, Denaihati.com dan Bio Cypress Extra telah mengadakan majlis sambutan “Riang Ria Aidilfitri” bertempat di Restoran Tupai-Tupai, Jalan Bukit Petaling, KL. Ramai juga jemputan yang hadir pada hari tu tapi sayang rakan blogger tak ramai yang datang. Mungkin sebab event berlangsung pada waktu office hour. Jadi ramai yang tak dapat hadir sebab ada komitmen kerja di pejabat.

Riang Ria Aidilfitri dan Pra Pelancaran Bio Cypress Extra

Kalau tak silap cuma 4 orang rakan blogger je yang datang. Blogger MatJoe, Eyriqazz, Cik Lily dan Kak Ina KL. Terima kasih sebab sudi datang. Kalau lagi ramai blogger yang datang mesti lagi best.

Blogger di Majlis Pra Pelancaran Bio Cypress Extra

Di samping tu juga diadakan Pra Pelancaran Air Minuman Kesihatan Bio Cypress Extra di mana ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim yang turut hadir di majlis pada hari tu. Pembuka majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Urusan Kumpulan Al Ansar, Tuan Hj. Muhamad Khanafi Husin.

Perasmian Pra Pelancaran Bio Cypress Extra

Sedikit info tentang air minuman Bio Cypress Extra – Ianya merupakan produk hasil kajian intensif selama lebih 30 tahun oleh seorang gemologist dari Malaysia, Dr. Hisham bin Hashim serta seorang pakar etnologi, Dr. Hj Abd Manan bin Embong. Air Bio Cypress mengandungi mineral alkali yang tinggi terdiri daripada Garam Kristal Hunza, Ekstrak Amber Pokok Cypress, Ekstrak Daun Cypress, Air Zam–Zam dan Air Gau. Khasiatnya insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, batu karang, gout, sakit saraf, sakit kepala, darah tinggi dan sebagainya. Maklumat lanjut tentang air Bio Cypress Extra boleh baca di laman web www.BioCypress.com.

Pra Pelancaran Bio Cypress Extra

Menambahkan lagi ‘mood’ keseronokan majlis Riang Ria Aidilfitri pada hari tu dengan adanya hidangan makanan dan minuman yang sangat menyelerakan.

Hidangan Makanan di Majlis Riang Ria Aidilfitri anjuran Kumpulan Al Ansar

Hidangan Makanan di Majlis Riang Ria Aidilfitri anjuran Kumpulan Al Ansar

Denaihati di Majlis Riang Ria Aidilfitri

Sambil menjamu selera hadirin dihiburkan dengan nyanyian nasyid dari artis jemputan iaitu Mu’adz Dzulkefly dan juga persembahan silap mata. Ramai yang ternganga mulut bila tengok meja terbang!

Muadz Dzulkefly

Persembahan Silap Mata

Majlis pada hari tu cukup meriah walaupun tak ramai blogger yang datang. Mungkin next time jika diizinkan oleh Allah kita kumpulkan lebih ramai blogger join event seperti ni. InsyaAllah..

Riang Ria Aidilfitri 2012

Kepada Rakan Blogger yang berminat nak buat duit lebih dengan menjadi agen Biocypress Extra bolehlah klik website BioCypress dan contact admin untuk dapat maklumat lanjut.


Spread the love

72 Comments

  1. salam tuan saya ada membuat perkhitmatan sewaan lori bagi membuat pnghantaran di semenanjung malaysia kami menawarkan harga yang berpatutan jika tuan berminat sila hubungi kami di 0125641142 jabar

  2. Air sebenarnya merupakan komponen terbesar di dalam tubuh manusia. Kandungannya bervariasi sesuai usia. Kandungan air pada bayi 80 persen, orang dewasa sebesar 60 persen dan pada usia lanjut atau di atas 65 tahun sebesar 50 persen.
    Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Test Pap SmearMy Profile

      1. Fakta medis menunjukkan bahwa 60% tubuh manusia terdiri dari cairan. Fungsi-fungsi cairan ini antara lain untuk proses pencernaan, penyerapan sari makanan sirkulasi darah dalam tubuh, transportasi nutrisi dan mempertahankan suhu tubuh. Jadi bisa dibayangkan bila tubuh sampai kekurangan asupan cairan.
        Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Test Pap SmearMy Profile

  3. Dah nak habis sebotol…Alhamdulillah, memang nampak kesan positif selepas lebih kurang 2 minggu minum..rasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk…lebih lawas buang air kecil dan besar…

    bro,takde jual area KL ke? Agak jauh nak pergi bangi time weekend…..
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Aaron Aziz TelefonMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!