Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehingga entri ini ditulis Tribe Denaihati Network mempunyai 64 ahli dengan capaian 76,501 ahli Twitter. Ramai juga yang tanya apa sebenarnya Tribe Denaihati Network (TDN). TDN adalah kumpulan ahli Twitter yang terpilih dimana setiap ahli akan berkongsi setiap entri baru blog untuk dikongsikan kepada semua rakan twitter masing-masing.
64 ahli TDN mempunya berbagai tema blog yang akan dikongsikan kepada 76,501 ahli Twitter seluruh dunia. Daripada maklumbalas Tribe Denaihati Network telah memberi kesan positif dengan membantu penjenamaan blog dan meningkatkan jumlah trafik. Ahli TDN sudah tidak perlu risau dengan trafik dan boleh fokus untuk menghasilkan entri yang berkualiti . Untuk memaksimakan fungsi Tribe Denaihati Network setiap daripada ahli perlu menguruskan dengan baik supaya ianya tidak memberikan kesan negatif kepada rakan Twitter yang lain.
Untuk maklumat ahli TDN, Tribber telah membuat perubahan besar untuk mematuhi polisi baru Twitter. Ramai ahli TDN rasanya yang belum tahu sekarang Tribber dah tidak ada automatik retweet semuanya manual. Ahli perlu login 2-3x sehari untuk memilih mana-mana entri Rakan Blogger lain yang hendak kita lepaskan untuk di retweet oleh Tribber. Terbaru Tribber baru lepaskan feature baru dimana ahli boleh pilih entri yang lama-lama untu di retweet balik, memang terbaiklah jadi kita boleh pilih entri Rakan Blogger yang bagus dan berkualiti untuk diretweet balik. Nampak Rakan Blogger kena buat baik dengan aku supaya aku boleh retweet entri yang lama tu heeee.
Kepada yang dah jadi ahli TDN bolehlah kongsikan sikit pengalaman yang ada. Bagi yg belum join bolehlah memohon untuk join dengan syarat mesti ada ahli twitter 500 atau lebih. Nak memohon sila tinggalkan nama dan username twitter di contact. Bukan tak mahu terima yang kurang daripada itu tetapi kita mahu hasil yang maksimum. Itulah antara kelebihan bersama Denaihati Network, Hidupkan Untuk Memberi.
100 Comments
Sukar tu mahu ada 500 lebih ahli twitter, baru boleh jadi ahli TDN.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Terima kasih atas info tersebut. Twitter saya di ssshjah.
Curahan rasa shahrir hj ahmad @ ..Just a few Facebook Facts and Figures
Nice info!
kalau nk 500 ahli.. mmg den x dpt nk join ler.. sob3..
ops terlupa nak cakap , semasa ada auto meman g tk login tribberr sgt , sekarang kena login hari2 pula ..
Curahan rasa puanbee @ ..Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong
Sekarang ni guna handphone pun dah boleh tweet kan, tak perlu nak login selalu..
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
dah mencuba setakat ni triberr membantu dlm meningkatkan traffic , denaihati rajin juga tweet entri saya , terima kasih 🙂
Curahan rasa puanbee @ ..Ops ‘terr’sendawa CARA HINDARI SENDAWA
belum ada twitter lagi ni
Curahan rasa semasa @ ..Sukan SEA Indonesia : Malaysia Kalahkan Indonesia 1-0
Terimakasih atas informasinya.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
nice!!
first time dengar pasal tribber ni.
Curahan rasa ROJAK @ ..Ice Cube Rain in Subang Jaya!
Baru tahu beritanya….:)
Curahan rasa Hybrid cars @ ..The Toyota Prius, Hybrid Car Phenomenon
Memberi satu keputusan yang tepat, telus dan adil. Jika tak klik 1 hari @ 1 bulan @ 1 tahun,tiadalah yg bertweet dgn kita, maka tidak rakan twitter la, begitu ke?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?
belum join lg …
takut tak dpt patuhi syarat lak – yg kena login 2-3 x sehari tu :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Bayi bernombor siri 111111
seperti yang dijangka. 😀
takpe. nasib blog denaihati memang saya dah twitterfeedkan.
Curahan rasa zuls @ ..Spritzer Mini Dispenser
ok baru tahu kenapa dah tak ada tweet2 dr triberr ni.eheheh!tapi,baguslah macam ni. kita boleh pilih
Curahan rasa Lizz @ ..7 Emas Milik Malaysia Pada Hari ke 3 Sukan Sea. Tambahkan Lagi!!
Comments are closed.