Poligami Pengalaman Peribadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan komen terbaru daripada seorang wanita dalam entri “Kesalahan Besar Suami” : “sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri.”

Kalau baca komen-komen di entri “Apa salahnya suami berpoligami” majoriti tidak menolak poligami tetapi ramai yang mempersoalkan berapa ramai suami yang benar-benar layak berpoligami.

Poligami terlalu rapat dengan diri aku. Jangan terkejut ya …. Aku belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya :

1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.

2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.

3. Seorang rakan Master Chef lintang pukang rumahtangga dengan isteri pertama setelah perkahwinan ke dua terdedah. Niat rakan aku ini baik nak selamatkan janda yang baru berhijrah agama ke Islam. Mungkin juga rakan aku ini nak anak perempuan yang tidak diperolehi daripada isteri pertama. Bertahun jugalah nak bagi stabil rumahtangga kedua-dua tu pun setelah berguru dengan beberapa ustaz. Agama juga dapat selamatkan rumahtangga teman aku ni.

4. Kawan perempuan aku ni bermadu jadi isteri ke dua. Kesian juga kerja bertungkus lumus cari rezeki nak besarkan anak dan belanja rumahtangga. Katanya suami tak bagi satu sen pun. Tapi kawan aku selalu redha dengan ujian Allah semuga dia terus kuat.

selamat pengantin madu

Banyak lagi kalau nak cerita kisah poligami yang berlaku sekeliling aku. Ada kes isteri ke dua yang tidak dapat menerima hakikat dia bermadu walaupun sebelum kahwin dah tahu dia bakal jadi isteri kedua. Isteri kedua serang isteri pertama dengan bermacam kata-kata kesat melalui SMS dan panggilan telefon dengan tujuan untuk menguasi suami dan harta benda. Isteri pertama tidak maklumkan pada suami tentangan serangan isteri kedua sebab mungkin dia dah hilang harapan pada suaminya. Anak menjadi penyelamat rumahtangga tapi sampai bila.

Teringat cakap isteri, mana ada lelaki tak nak berpoligami. Memang tak dinafikan semua lelaki ada perasaan nak berpoligami tetapi tak semua lelaki akan berpoligami. Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ini ketentuan Allah SWT. Ada kawan yang sibuk nak berpoligami tapi sampai sekarang tak termakbul dan ada kawan senyap-senyap je tapi rupanya dah ada tiga. Ada lelaki lebih mengutama urusan lain selain daripada memikirkan poligami kerana sunnah Nabi bukan hanya berpoligami ada beribu lagi yang lain antaranya berniaga dan membantu umat Islam seluruh dunia. Lagi pun hidup di dunia sebentar kebahagian akhirat yang dicari tapi majoriti kita mengejar kebahagian dunia tapi malangnya tak pun bahagia malah rumahtangga jadi bercelaru. Soalnya sampai bila?

Kepada rakan-rakan yang sudah berpoligami good luck to you all, kepada yang belum ada rancangan nak cuba ke?


Spread the love

186 Comments

  1. buat masa sekarang sabarlah puan, dan sy cadangkan puan cuba tarik perhatian suami puan hingga dia terleka nak berFB dan bermesej. cuba2 lah manja2kan diri dengan suami. n more thing, puan jgan lupa berdoa minta diberi yg terbaik. kerana Allah lah pemilik segala hati. selamat meencuba ^_^

  2. baru-baru ini suami mengaku ada teman baru dan ingin menjadikan isteri kedua. Saya redha dengan ketentuanNya sebab kami tiada zuriat. Tapi siapa yang boleh tahan bila setiap malam berbalas sms dan pm fb. Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan dengan keadaan ni.

  3. Segala yang tidak dilarang oleh Allah, dan tidak haram tidak perlu dicari-cari kejelakannya. Pasti ada banyak kebaikan disana, kalau memang poligami digunakan untuk mencari Ridha Allah…

  4. Poligami seringkali dikomentari oleh posisi gender yang bertolak belakang. Wanita lebih banyak bicara dengan perasaan dan emosinya. Laki-laki ratio dan logika yang terkadang berkesan egoistis. Jika kutub mereka berseberangan…tentu tak akan ada kata sepakat. Yang paling benar adalah pendapat berdasarkan dalil-dalil agama. Jika dalil itu ada di Al Qur’an maka sudah pasti benar dan tak terbantahkan. Tinggal si pelaku poligamy nya saja yang diluruskan. Jika poligay berdasarkan Lillahi Taala, tentu akan benar niatnya. Sebaliknya jika karena semata-mata syahwat… ya yang didapat tentunya berbeda dengan yang pertama tadi.

    1. Beberapa renungan yang didihadapkan kepada para wanita untuk turut juga memikirkan kaum sesamanya yang realistisnya jumlah wanita lebih banyak dari pria apabila tidak adanya ayat Al-quran dan sunnah Rasulallah yang menggambarkan diperbolehkannya poligami ;

        1. Menjadi bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rusak. Muncullah pergaulan bebas yang mengakibatkan banyaknya anak-anak haram, anak-anak temuan yang kehilangan hak-hak secara materi dan moral, sehingga menjadi beban sosial bagi masyarakat.

          1. Dinikahi secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu memelihara dirinya, sebagai istri kedua, ketiga atau keempat.

            1. Tidak diragukan bahwa cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan obat yang mujarab. Inilah hukum Islam. Allah berfirman:

  5. Pada dasarnya, syari’at telah membolehkan seorang laki-laki memiliki isteri lebih dari satu. Akan tetapi, jumlah maksimal wanita yang boleh dinikahi adalah empat orang.

    1. Ketentuan semacam ini didasarkan pada firman Allah swt:

      “Maka kawinilah wanita-wanita (lain yang kamu senangi, dua tiga, atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berbuat adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” [QS. al-Nisaa’[04]:3]

      1. Berlaku adil dalam bermuamalah dengan istri-istrinya, yaitu dengan memberikan kepada masing-masing istri hak-haknya dalam hal ini adil adalah menyamakan hak yang ada pada para istri dalam perkara-perkara yang memungkinkan untuk disamakan di dalamnya.

        1. Adapun perintah agar seorang suami bisa berlaku adil kepada isteri-isterinya hanya berhubungan dengan hal-hal yang masih dalam penguasaan dan kemampuan dirinya, yakni adil dalam masalah-masalah fisik.

    1. Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW, tentunya dengan syarat sang suami memiliki kemampuan untuk adil diantara para istri,

      1. Namun demikian, tidak jarang masalah satu ini dijadikan senjata oleh orang-orang yang benci dengan Islam untuk menohok dan mendiskreditkan ajaran Islam.

        1. Dengan alasan bias gender, keseteraan gender, dan juga feminisme mereka menyatakan bahwa poligami merupakan salah satu bentuk penindasan terhadap hak-hak perempuan.

    1. Poligami adalah satu dari sekian banyak aturan yang telah diatur dalam Al Qur’an dan diperjelas oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Segala aturan yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an adalah sumbernya dari Allah SWT, Maha Adil dan Maha Bijaksana, Maha Tahu segala yang manusia tidak ketahui.

      1. Siapapun yang merasa berat hati menerima aturan, menolak bahkan sampai mengharamkannya apa yang telah dihalalkan dalam Al Qur’an, berarti dia telah menolak aturan Allah SWT dan Rasul-Nya.

        1. Demikian pula dengan masalah poligami. Siapapun yang menentang bahkan mengharamkan poligami berarti menentang aturan Allah, SWT.

          1. Ada di antara para penentang poligami yang malah lebih memilih dan membenarkan zina daripada poligami. Mereka mengizinkan suami mereka mencari wanita penghibur disaat suami mereka jauh dari istrinya. Mereka berpendapat zina itu lebih baik daripada poligami

  6. Sebaiknya sebelum melakukan poligami, kita mesti belajar dulu selok belok mengamalkan poligami ni dan kena ambil tahu apa yang wajib, harus, sunat dan haram kita lakukan dalam berpoligami.

    Org pompuan tuntut keadilan, tetapi dalam hukum syarak adil yang macam mana wajib kita laksanakan.. poligami ni mudah dan boleh dilakukan jika kita benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang ada isteri lebih dari satu!

    Marilah belajar, melihat dan berkongsi pengalaman di binimuda.com percuma jerk!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!