Poligami Pengalaman Peribadi


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan komen terbaru daripada seorang wanita dalam entri “Kesalahan Besar Suami” : “sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri.”

Kalau baca komen-komen di entri “Apa salahnya suami berpoligami” majoriti tidak menolak poligami tetapi ramai yang mempersoalkan berapa ramai suami yang benar-benar layak berpoligami.

Poligami terlalu rapat dengan diri aku. Jangan terkejut ya …. Aku belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya :

1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.

2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.

3. Seorang rakan Master Chef lintang pukang rumahtangga dengan isteri pertama setelah perkahwinan ke dua terdedah. Niat rakan aku ini baik nak selamatkan janda yang baru berhijrah agama ke Islam. Mungkin juga rakan aku ini nak anak perempuan yang tidak diperolehi daripada isteri pertama. Bertahun jugalah nak bagi stabil rumahtangga kedua-dua tu pun setelah berguru dengan beberapa ustaz. Agama juga dapat selamatkan rumahtangga teman aku ni.

4. Kawan perempuan aku ni bermadu jadi isteri ke dua. Kesian juga kerja bertungkus lumus cari rezeki nak besarkan anak dan belanja rumahtangga. Katanya suami tak bagi satu sen pun. Tapi kawan aku selalu redha dengan ujian Allah semuga dia terus kuat.

Banyak lagi kalau nak cerita kisah poligami yang berlaku sekeliling aku. Ada kes isteri ke dua yang tidak dapat menerima hakikat dia bermadu walaupun sebelum kahwin dah tahu dia bakal jadi isteri kedua. Isteri kedua serang isteri pertama dengan bermacam kata-kata kesat melalui SMS dan panggilan telefon dengan tujuan untuk menguasi suami dan harta benda. Isteri pertama tidak maklumkan pada suami tentangan serangan isteri kedua sebab mungkin dia dah hilang harapan pada suaminya. Anak menjadi penyelamat rumahtangga tapi sampai bila.

Teringat cakap isteri, mana ada lelaki tak nak berpoligami. Memang tak dinafikan semua lelaki ada perasaan nak berpoligami tetapi tak semua lelaki akan berpoligami. Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ini ketentuan Allah SWT. Ada kawan yang sibuk nak berpoligami tapi sampai sekarang tak termakbul dan ada kawan senyap-senyap je tapi rupanya dah ada tiga. Ada lelaki lebih mengutama urusan lain selain daripada memikirkan poligami kerana sunnah Nabi bukan hanya berpoligami ada beribu lagi yang lain antaranya berniaga dan membantu umat Islam seluruh dunia. Lagi pun hidup di dunia sebentar kebahagian akhirat yang dicari tapi majoriti kita mengejar kebahagian dunia tapi malangnya tak pun bahagia malah rumahtangga jadi bercelaru. Soalnya sampai bila?

Kepada rakan-rakan yang sudah berpoligami good luck to you all, kepada yang belum ada rancangan nak cuba ke?

Istimewa di denaihati.com
  • bubllegumprincess 23 November 2011 at 10:53 am

    adooi tak suka fakta ke3 bila lelaki nak kahwin baru gara-gara belum dapat anak lelaki/ prempuan dari isteri pertama..bukanka gene X dan Y tu dari lelaki sendiri..lau kawin baru pun tetap dapat jantina sama gak…tak salah berpoligami asalkan adil.. =)
    Entri terbaru bubllegumprincess – Buffered Earning untuk November 2011- Thanks Nuffnag!!My Profile

  • obat herbal penyakit jantung 23 November 2011 at 10:40 am

    kalo memang bener-bener saling menyayangi satu samalain pasti tidak akan terjadi poligami…
    Entri terbaru obat herbal penyakit jantung – Agen Xamthone TerdekatMy Profile

  • obat herbal stroke 23 November 2011 at 10:15 am

    menurut saya poligami itu tidak baik jika hanya mementingkan diri sendiri….
    Entri terbaru obat herbal stroke – Agen Xamthone TerdekatMy Profile

  • obat penyakit ginjal 23 November 2011 at 9:57 am

    poligami di jaman sekarang sudah sangat beda dari jaman rasullah….
    karena sekarang hanya mementingkan nafsu saja….
    Entri terbaru obat penyakit ginjal – Agen Xamthone TerdekatMy Profile

  • obat alternatif asam urat 23 November 2011 at 2:26 am

    sebenarnya poligami di jaman Rasulullah, dengan tujuan karena Allah, membantu para istri yang di tinggalkan syahid…
    Entri terbaru obat alternatif asam urat – Agen xamthone plus sintangMy Profile

  • Becks 22 November 2011 at 11:32 pm

    salam.
    poligami adalah bagian dari syariat islam, jadi saya heran bila karena alasan ham atau tidak relevan dengan zaman sebagian orang menolak poligami, tapi memang butuh syarat yang tidak gampang untuk poligami, termasuk didalamnya tentang berlaku adil, tapi jangan juga dimudah-mudahkan,karena bagian dari syariat islam.
    Salam.
    Entri terbaru Becks – Blogger harus peka MomenMy Profile

  • Akma 22 November 2011 at 4:13 pm

    tepuk dada tanya iman..hidup di dunia ni niatnya semua kerana Allah..klau kerana diri sendiri..tak taulah apa nak jadi…
    Entri terbaru Akma – Giveaway by Aida Shafiena and Fasihah LatiffMy Profile

  • apaajanews 21 November 2011 at 10:18 pm

    kebenarannya…ramai wanita di malaysia tidak setuju untuk bermadu
    Entri terbaru apaajanews – PERSAHABATAN DAN PERPADUANMy Profile

  • ozzy 21 November 2011 at 11:13 am

    zaman skrg ni dah ramai yg lari dari niat sebenar untuk berpoligami cuma yang sering disebut ia adalah sunah nabi sebagai tiket utk berpoligami..kalau layanan isteri semuanya bagus bagi saya tiada sebab lagi utk saya berpoligami..cukuplah tu
    Entri terbaru ozzy – FACEBOOK BUKAN FACEBLOGMy Profile

  • Wawan Kurn 21 November 2011 at 6:50 am

    Katakan tidak pada poligami.!!

  • Grafis 71 21 November 2011 at 12:18 am

    makanya jika tidak bisa adil…. jangan poligami. Jangan cuma nafsu ajaa…

  • Grafis 71 21 November 2011 at 12:17 am

    poligami jika hanya karena nafsu pasti berantakan… tapi klo poligami didasarkan sikap adil dan menolong wanita yang lemah dan janda… insyallah membawa pahala dan barokah…

  • liyana ahmad 20 November 2011 at 3:33 pm

    susah rsenye kalau kasih sayang kita perlu dikongsi..

  • Mr. Bukit Besi 20 November 2011 at 2:54 pm

    Suka entri ni, tapi boleh ke semua madu tinggal serumah?
    Entri terbaru Mr. Bukit Besi – Facebook Profile TimelineMy Profile

  • hasrulhassan 19 November 2011 at 4:32 am

    Lelaki … pantang nak yang baru …. hahaha… tetapi itulah, ada sebab Allah Taala menurunkan Quran untuk dijadikan panduan. Bukan setakat nikah kawin tetapi banyak soal lain. Jika lelaki boleh pegang dan amalkan segala yang ada dalam Al Quran….. masalah dan isu poligami takkan timbul.

    Buat wanita. Memang bukan mudah untuk menerima poligami, itu sebab Allah memberikan tempat yang sangat istimewa buat isteri yang membenarkan perkongsian kasih sayang yang sah ini. Syurga .. hebat bukan?
    Entri terbaru hasrulhassan – Temui Tuhan Dengan IlmuMy Profile

1 4 5 6 7 8 9


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network