Plugin Waktu Solat Wordpress dan Blogspot dilepaskan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah melalui beberapa proses percubaan, plugin Waktu Solat yang dibagunkan oleh Blogger Eizil ini telah sedia untuk digunakan oleh para pengguna WordPress dan tidak dilupakan juga pengguna blogger/blogspot contoh di Blogspot Denaihati. Seperti dimaklumkan dalam artikel Waktu Solat Malaysia, plugin ini dibangunkan untuk memaparkan widget waktu solat bersama tempoh yang tinggal sebelum masuknya waktu solat seterusnya. Versi kali ini terhad untuk kawasan sekitar Malaysia terlebih dahulu, tetapi team Denaihati sedang berusaha membangunkan versi 1Dunia untuk memastikan fungsi ini boleh dinikmati oleh semua blogger di seantero dunia. Di harap rakan Denaihati yang berada di luar kawasan dapat bersabar sementara versi seterusnya dibangunkan.

Paparan untuk setting plugin waktu solat countdown

Jika anda ingin mencuba plugin ini, anda boleh pergi ke halaman Projek Waktu Solat untuk mendapatkan penerangan lanjut bagaimana untuk menggunakan plugin ini. Disebabkan ini adalah versi pertama, pasti ada banyak perkara  yang boleh dibaiki, jika anda menjumpai sebarang ralat, ataupun mempunyai cadangan lanjut untuk dimuatkan dalam plugin ini, sila kongsikan dalam ruangan komen atau hubungi team Denaihati menggunakan halaman Contact. Semoga dengan plugin ini, kita akan memperolehi kebaikan dan sentiasa bersedia untuk menunaikan kewajiban kepadaNya. Semuga Projek Waktu Solat akan memberi manafaat kepada seluruh alam dan mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Duniakan semakin hampir kepenghujungnya.

Kepada yang dah pasang plugin sila tinggalkan link diruangan komen, insya Allah kita semua akan datang melawat blog anda. Kepada yang sudi bolehlah buat review Plugin Waktu Solat untuk maklumat seluruh Rakan Blogger Malaysia.


Spread the love

105 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!