Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah melalui beberapa proses percubaan, plugin Waktu Solat yang dibagunkan oleh Blogger Eizil ini telah sedia untuk digunakan oleh para pengguna WordPress dan tidak dilupakan juga pengguna blogger/blogspot contoh di Blogspot Denaihati. Seperti dimaklumkan dalam artikel Waktu Solat Malaysia, plugin ini dibangunkan untuk memaparkan widget waktu solat bersama tempoh yang tinggal sebelum masuknya waktu solat seterusnya. Versi kali ini terhad untuk kawasan sekitar Malaysia terlebih dahulu, tetapi team Denaihati sedang berusaha membangunkan versi 1Dunia untuk memastikan fungsi ini boleh dinikmati oleh semua blogger di seantero dunia. Di harap rakan Denaihati yang berada di luar kawasan dapat bersabar sementara versi seterusnya dibangunkan.
Jika anda ingin mencuba plugin ini, anda boleh pergi ke halaman Projek Waktu Solat untuk mendapatkan penerangan lanjut bagaimana untuk menggunakan plugin ini. Disebabkan ini adalah versi pertama, pasti ada banyak perkara yang boleh dibaiki, jika anda menjumpai sebarang ralat, ataupun mempunyai cadangan lanjut untuk dimuatkan dalam plugin ini, sila kongsikan dalam ruangan komen atau hubungi team Denaihati menggunakan halaman Contact. Semoga dengan plugin ini, kita akan memperolehi kebaikan dan sentiasa bersedia untuk menunaikan kewajiban kepadaNya. Semuga Projek Waktu Solat akan memberi manafaat kepada seluruh alam dan mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Duniakan semakin hampir kepenghujungnya.
Kepada yang dah pasang plugin sila tinggalkan link diruangan komen, insya Allah kita semua akan datang melawat blog anda. Kepada yang sudi bolehlah buat review Plugin Waktu Solat untuk maklumat seluruh Rakan Blogger Malaysia.
105 Comments
sekali utk pengguna blogspot tu.. menarik..
lepas ni release utk tumblr plak..
Curahan rasa Omar @ ..Kenali perkhidmatan Amazon Cloud Drive
untuk tumblr boleh juga guna kod yang sama dari Waktu Solat Generator tu… 😀 cuma cara nak letak jer yang berbeza sedikit.
Curahan rasa Eizil @ ..Tangan yang memberi, lebih baik daripada yang menerima.
mahu pasang dulu..
hehe
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
plugin yang ringkas dan menarik ..
Curahan rasa anastasyea @ ..Remove Perkataan Said Dalam Blogger Comments Form
Dan FREEE
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
Alhamdulillah berjya jugak pasang plugin in my blog..blue color..tpksa adjust sndri tuk lokasi dan warna..huhuhu..thanks DenahiHati =)
Curahan rasa are-rull @ ..10 amalan yang TERBALIK [part #2]
wah..ini lah semangat anak tempatan..tahniah2 🙂
tengs…dah pasang
Curahan rasa AlamHati @ ..My IUI Experience
saya dah pasang dan berfungsi dengan baik rasanya
aik rasanyer..hehe..:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
thanks kongsi info..nak pasang jugaklah
Curahan rasa Adib @ ..Unmistakable
Pasang jangan tak pasang
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
dah pasang.. tp x berfungsi.. kenapa eh?
Curahan rasa sjiehan @ ..Boleh Ke Ucap RIP Kepada Orang Kafir?
Cuba reinstall plugin tu… mungkin ada masalah waktu pemasangan kali pertama…
Curahan rasa Eizil @ ..Tangan yang memberi, lebih baik daripada yang menerima.
something wrong tu bro…cube buat semula…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
saya pun dah pasang.. untuk negeri pulau pinang… 🙂 thanks.. saham akhirat ni..
Curahan rasa CMRatu @ ..Makan Malam KGKT SMKRTU 2011
Dah pasang… green
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa paling ringkas untuk penjaga harta dan keluarga sewaktu ketiadaan
baru nampak l=plug in tu semalam….thanks!
Curahan rasa sjiehan @ ..Boleh Ke Ucap RIP Kepada Orang Kafir?
terbaik!! saya akan pasangkannya nanti.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Penutupan Jalan Sempena Deepavali 2011
semoga semua dapat manfaatkannya
Curahan rasa chekgu naman @ ..Bersama Artis Muadz Dzulfekli Tajaan EQurban.com
Semua orang boleh alert waktu sembahyang
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
salam..
terbaik!!
dari Denaihati
Curahan rasa zulkbo @ ..Casey Stoner Dan Aku : Kalau Dah Jodoh
Comments are closed.