Plugin retweeter count.

Assalamualaikum dan salam 1Dunia kepada semua, pasti ramai yang telah tahu mengenai projek Retweeter Count yang telah dipaparkan tempoh hari di sidebar Denaihati.com, sebelum ini capaian iframe digunakan untuk memaparkan senarai rakan twitter yang paling mesra. Namun plugin untuk senarai rakan twitter ini telah pun siap dibina untuk kemudahan pengguna WordPress.

Antara sebab mengapa plugin ini dibina adalah disebabkan jika menggunakan iframe, fungsi hovercards daripada @anywhere twitter akan tertutup dan tidak berfungsi dengan baik. Plugin ini membuat panggilan API terus dari server Retweeter Count ini untuk mendapatkan bacaan terkini (durasi 30 hari) jumlah retweeter yang dijana oleh rakan-rakan Denaihati di sini.

Jika plugin waktu solat sebelum ini dapat dilancarkan kepada umum begitu sahaja, plugin retweeter count ini tidak dapat dilepaskan kepada umum begitu sahaja. Disebabkan ada beberapa perkara yang perlu dijana secara manual. Para blogger yang ingin menggunakan plugin ini perlu memohon untuk mendapatkan plugin ini. Anda boleh menggunakan borang di bawah untuk memohon, setiap permohonan akan diteliti, dan permohonan yang tidak layak akan kami tangguhkan terlebih dahulu. Ada beberapa kriteria yang akan perlu dipatuhi oleh para blogger untuk menggunakan plugin ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah guna perkhidmatan yang disediakan oleh Denaihati Network ini.

Semoga plugin ini akan memberikan faedah kepada para blogger terutama yang aktif dalam kegiatan social di laman sesawang twitter.

Notis : Proses kelulusan permohonan akan mengambil masa yang mungkin agak panjang, kami menerima banyak permohonan, dan setiap permohonan akan diteliti satu persatu. Kami akan memaklumkan sekiranya permohonan anda berjaya ataupun tidak. Tunggu email pemberitahuan daripada kami. Harap maklum.

---

  1. terima kasih DH kerana sentiasa berkongsi info & plug-in yang sangat berguna…
    Entri terbaru noorsyamsul – SITI NUR FATIHAH BUAT HAL LAGI!My Profile

  2. Oraittt…dh apply DH…hehehe..nanti kasi yg cun cun kt aku ek…hehehe
    Entri terbaru faizfakhirin – #Magician, iPad Mengeluarkan air untuk DiminumMy Profile

  3. berdaya maju betul la DH ni
    Entri terbaru Norasikin – Semasam Buah CermaiMy Profile

  4. Big claps pada developer =D
    Entri terbaru donha – Movies 2012My Profile

  5. Masih belum paham sepenuhnya ttg plugin ni.
    Tapi berminat gak.
    Entri terbaru RIS-FAMILI – Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird ParkMy Profile

  6. plugin yang luar biasa ramai yang nak paasang pun
    Entri terbaru munir ardi – Pengumuman Hasil UKA Sertifikasi Guru 2012My Profile

  7. Nak, nak, dah mohon tolong perkenankan hehe :)
    Entri terbaru Ahmad Hati – Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus saham 5%My Profile

  8. dah mohon juga :)
    Entri terbaru zuls – 7 Perkara Yang Boleh Buat Sekarang Juga Di TwitterMy Profile

  9. nak nak, aktif twitter ni..hehe
    Entri terbaru syahrilhafiz – Muaturun Koleksi Chrome OS WallpapersMy Profile

  10. Macam xperlu lagi je…xbyk follower lg..
    Entri terbaru Sadiq – Technology Blogs: Tech News Made EasyMy Profile

  11. Bang Iwan
    Kalau saya usulkan, gimana kalau nicenya khusus untuk gadget Kang.. Pasti bakalan banyak yang lirik.
    Entri terbaru Bang Iwan – Nenek Gayung

    Usulan yang bagus sekali, Ok saya akan coba…terimakasih bang..
    Entri terbaru Dadan – Gerakan 27 Maret Akan Goyang Istana NegaraMy Profile

  12. masih baru dalam berblog…mungkin tak perlu ketika ini

  13. Plugin baru dilepaskan. Tanniah kepada yang membangunkan plugin ini.
    Entri terbaru akubiomed – Bantu saya cadang untuk masakan ikan SalmonMy Profile

  14. Hmm jugak tu…
    Entri terbaru azmanisma – Taik Burung Ada OngMy Profile

  15. Baik, ikut procuder pihak yg kendalikan..
    http://toneexcel.biz/index.php?id=M-22538

Trackbacks