Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita isu politik lah walaupun ramai yang dah bosan kecuali mereka yang fanatik dengan politik. Adakah sekarang waktu paling sesuai untuk DS PM Najib Razak untuk bubarkan parlimen untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13)?

Ada kawan kata tak sesuai lagi sebab Barisan Nasional (BN) mesti betulkan segala kelemahan dalaman yang ada sebelum nak umumkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Aku rasalah kalau nak mencari kesempurnaan sampai bila-bila pun BN atau Pakatan Rakyat (PR) tidak akan sempurna. Selama ini pun wakil BN atau PAKATAN menang satu kawasan bukan kerana mereka yang terbaik tetapi kerana lawan mereka lebih lemah dari mereka.

SEMAK DAFTAR PEMILIH

Pada PRU 12 PAKATAN berjaya mengambil alih Kedah, Perak dan Selangor bukan kerana mereka kuat tetapi kerana kelemahan BN. Ramai pengundi BN tidak keluar mengundi sebagai tanda protes dengan kepimpinan BN ketika itu yang dikatakan lupa diri setelah menang besar dalam PRU 11.

Kerajaan di bawah Barisan Nasional terus melaksanakan berbagai pembaharuan dengan berbagai projek-projek baru untuk membuktikan bahawa Janji Ditepati. PAKATAN terus mendedahkan berbagai salah laku pemimpian Kerajaan dan terbaru akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk memastikan Rakyat tidak lupa kepada mereka untuk Pilihan Raya Umum ke 13.

Bantah Hina Nabi Malaysia

Kepada pengundi fanatik memang tak susah nak memilih pasti mereka mengundi parti yang mereka sokong tanpa perlu membuat analisa. Kepada pengundi atas pagar jangan pening kepala nak memilih untuk Pilihan Raya Umum ke 13 yang penting jangan pilih ikut emosi. Ingat memilih itu adalah tanggungjawab warga negara yang wajib disempurnakan.

Malaysia perlukan pembangkang untuk mengimbangi Kerajaan yang memerintah. Rakyat akan mendapat manafaat besar apabila semua wakil rakyat bekerja bersungguh-sungguh untuk menang pilihan raya umum ke 13. Jadi pembangkang yang bijak bukan sekadar hanya nak jadi pembangkang untuk jadi popular.

Joom kita membuat pilihan … klik sahaja Logo Undian Pilihanraya 13 yang disediakn di bawah untuk membawa anda ke kotak undian.

undian-pilihanraya-13

Kedudukan Undian semasa

  • Pakatan Rakyat : 673 Undi [58.27%]
  • Barisan Nasional : 352 Undi [30.48%]
  • Belum buat keputusan : 130 Undi [11.26%]

Spread the love

133 Comments

  1. mengundi untuk masa depan. pilihan kita menentukannya.
    jika salah pilih, lain kali jangan undi wakil rakyat tu lagi.

  2. Saya setiap kali mengundi, akan ada satu undi tak dipangkah sebab tempat mengundi jauh sangat. Saya mengundi di perak dan isteri mengundi di Johor. Jadi kalau balik Johor, kompom la saya tak boleh mengundi. Tahun lepas giliran mengudi di kampung saya. Jadi, PRU13 nanti, giliran wife mengundi di Johor. Jadi saya tak pergi buang undi la…. hehehe
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Kesian dekat blog akuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!